Perjuangan hak asasi manusia berlaku di seluruh dunia. Tidak dinafikan terdapat perlanggaran hak asasi manusia yang berlaku di mana-mana sahaja, sama ada negara maju atau negara membangun, negara kaya atau miskin. apabila ada golongan yang melanggar hak asasi manusia, maka aka nada juga golongan yang bangkit untuk mempertahankan hak tersebut. Namun begitu, dalam memperjuangkan hak asasi manusia ini, pasti akan wujud pelbagai cabaran dan dugaan daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan perjuangan mereka. Pejuang hak asasi kebiasaannya menerima tentangan agar memberhentikan perjuangan mereka, atau menerima ugutan dan ancaman melibatkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, atau mereka yang terdekat dengan pejuang hak asasi tersebut. Jadi bagaimana pejuang hak asasi atau pertubuhan yang memperjuangkan keadilan hak asasi ini boleh meneruskan usaha mereka menuntut keadilan dan hak tertentu dengan ancaman yang ada dalam kehidupan mereka?

Dari sudut antarabangsa, telah diwujudkan satu deklarasi peringkat dunia yang memperuntukkan bahawa setiap pejuang hak asasi manusia ini dilindungi dari segi undang-undang. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) atau United Nations (UN) telah mengambil inisiatif untuk menjaga hak individu atau pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia ini daripada turut menjadi mangsa dalam isu yang mereka perjuangkan. Jadi, pada 9 Disember 1998, telah diwartakan satu deklarasi yang memperjuangkan juga hak dan nasib pejuang hak asasi manusia ini. Deklarasi ini digelar United Nations Declaration on the Right and Responsibility of Individuals, Groups and Organs of Society to Promote and Protect Universally Recognized Human Rights and Fundamental Freedoms, atau secara ringkasnya dikenali sebagai Declaration on Human Rights Defenders. Pelaksanaan deklarasi yang membela pejuang hak asasi manusia ini secara tidak langsung memberi sokongan moral yang positif terhadap mereka yang berjuang membela hak asasi manusia untuk meneruskan usaha mereka dengan sokongan undang-undang di belakang mereka.

Declaration For Human Rights Defenders

Deklarasi yang membela pejuang hak asasi manusia ini menunjukkan kepentingan usaha untuk membela hak asasi manusia dan pengiktirafan dunia terhadap usaha yang dilakukan. Mengikut beberapa laman sesawang perjuangan hak asasi manusia seperti International Service for Human Rights (http://www.ishr.ch) atau United Nations Human Rights Office of The High Commissioner (http://www.ohchr.org), Declaration for Human Rights Defenders ini memperuntukkan beberapa asas penting yang perlu dijaga oleh setiap pejuang hak asasi manusia iaitu:

• The right to be protected;
• The right to freedom of assembly, and of association;
• The right to develop and discuss new human rights ideas and to advocate for their acceptance;
• The right to criticise government bodies and agencies and to make proposals to improve their functioning;
• The right to provide legal assistance or other advice and assistance in defence of human rights;
• The right to unhindered access to and communication with non-governmental and intergovernmental organisations, and international bodies;
• The right to access resources for the purpose of protecting human rights, including the receipt of funds from abroad.

Hak yang dicatat di dalam deklarasi ini diperkuatkan lagi dengan usaha United Nations (UN) menubuhkan satu badan khas yang diberi mandat untuk mengawasi dan memberi tekanan kepada pihak yang mengabaikan pelaksanaan hak asasi manusia serta perlindungan terhadap pejuang hak asasi tersebut. Badan khas ini dikenali sebagai Special Rapporteur on Human Rights Defenders. Rasionalnya penubuhan badan ini adalah kerana terdapat segelintir pihak berkuasa yang melanggar hak asasi manusia mengabaikan usaha yang dilakukan oleh pejuang hak asasi manusia disamping menghukum pejuang-pejuang tersebut dengan hukuman seperti penjara, seksaan secara psikologi dan fizikal, bahkan ada yang sanggup membunuh pejuang hak asasi tersebut.
Pertubuhan Perjuangan Hak Asasi Manusia

Berikut disertakan beberapa nama pertubuhan yang aktif dan rancak memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia. Pertubuhan-pertubuhan ini mempunyai latar belakang dan organisasi tersendiri mengikut objektif masing-masing, namun mempunyai tujuan yang sama iaitu giat memperjuangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia.

1. United Nations (UN)

Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau dikenali sebagai United Nations (UN) merupakan satu badan penting yang bertanggungjawab menguruskan dan memperjuangkan pelbagai isu melibatkan pelbagai negara di seluruh dunia, termasuklah hak asasi manusia. Walaupun ada sesetengah pihak menolak United Nations sebagai badan pejuang hak asasi manusia kerana tugas dan tanggungjawab yang dipegang mereka terlalu besar, tetapi tidak dinafikan United Nations juga memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak asasi manusia serta hak pejuang yang membela hak asasi manusia. Usaha pertubuhan United Nations mewujudkan United Nations Human Rights Council (UNHRC) , The United Nations Commission on Human Rights (UNCHR) dan banyak lagi menunjukkan bahawa United Nations memainkan peranan penting dalam menjaga hak asasi manusia di peringkat globalisasi.

2. Amnesty International (AMNESTY)

Amnesty International adalah salah satu badan bukan kerajaan yang sangat terkenal dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Mengikut laman sesawang rasmi mereka iaitu www.amnesty.org, objektif penubuhan Amensty International adalah :

The stated objective of the organisation is “to conduct research and generate action to prevent and end abuses of human rights, and to demand justice for those whose rights have been violated”

Amnesty International mengambil tanggungjawab menyiasat dan mendedahkan apa-apa aktiviti yang melibatkan perlanggaran hak asasi manusia, menyokong mana-mana pertubuhan atau organisasi yang berusaha mendapatkan hak untuk kepentingan umum dan banyak lagi. Mereka mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai daripada seluruh dunia, dan pihak pengurusan Amnesty telah menafikan bahawa mereka menerima sokongan kewangan daripada pemerintah beberapa negara tertentu untuk kepentingan politik pihak tersebut. Pihak Amnesty International telah mengeluarkan kenyataan bahawa setiap sumbangan yang diterima adalah untuk perjuangan hak asasi manusia semata-mata.

3. Human Rights Watch (HRW)

Mengikut laman sesawang rasmi Human Right Watch iaitu : ‘www.hrw.org’. Human Right Watch adalah satu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organization) yang ditubuhkan pada 1978 dengan satu tujuan sahaja, iaitu memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia. Kumpulan Human Right Watch ini mempunyai ahli dan pekerja seramai 400 orang seluruh dunia, dan kebanyakannya terdiri daripada peguam, wartawan, ahli akademik serta petugas sukarela yang aktif di media massa dan media sosial dalam perjuangan mereka memartabatkan hak asasi manusia.

4. International Federation for Human Rights (FIDH)

International Federation for Human Rights merupakan satu lagi organisasi yang besar dalam perjuangan hak asasi manusia. Mengikut laman sesawang utama mereka, FIDH ini diasaskan pada 1922 selepas jatuhnya Tembok Berlin (Berlin Wall) dan telah dianggotai oleh beberapa pertubuhan pejuang hak asasi manusia daripada negara besar dunia seperti German dan Perancis pada waktu itu, lantas menjadi asas kepada kewujudan FIDH yang bersifat global sehingga kini.

1922: FIDH is founded by some twenty national organisations on the initiative of French and German member organisations. It is the first international human rights organisation. Its motto is: “Peace for human rights.

Selain memperjuangkan hak asasi manusia, fokus organisasi ini juga adalah membela mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia. Selain itu, organisasi ini juga memperjuangkan hak bekas tentera yang cedera, hukuman bunuh sampai mati yang dipraktikkan di beberapa negara di benua Afrika, hak wanita dan lain-lain lagi dengan memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan moral. Maklumat lanjut berkenaan organisasi ini boleh dirujuk terus melalui laman sesawang utama mereka iaitu : www.fidh.org.

5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Sebagai sebuah negara berdaulat, mempunyai rakyat berbilang kaum dan mempraktikkan keadilan dalam kehidupan rakyat, Malaysia juga mempunyai pertubuhan tersendiri yang giat memperjuangkan hak asasi manusia. Pada 1999, telah ditubuhkan satu suruhanjaya yang bertanggungjawab memantau dan memperjuangkan hak asasi manusia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, selari dengan penglibatan Malaysia yang aktif dalam perjuangan hak asasi manusia di seluruh dunia melalui pertubuhan United Nation Commissions on Human Rights (UNCHR). Mengikut laman rasmi SUHAKAM iaitu www.suhakam.org.my, fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah seperti berikut:

a) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
b) Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
c) Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
d) Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk membincangkan sebarang itu berkaitan hak asasi manusia, boleh hadir ke pejabat utama SUHAKAM yang terletak di Menara Tabung Haji, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Dengan berpegang pada visi dan misi ‘untuk mewujudkan satu masyarakat yang menghormati hak asasi manusia’, pastinya pihak SUHAKAM mengalu-alukan sebarang usaha yang menyokong perjuangan mereka memartabatkan hak asasi manusia.

6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Selain SUHAKAM yang giat memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia, satu lagi pertubuhan yang memainkan peranan yang sama adalah Suara Rakyat Malaysia atau singkatannya SUARAM. Mengikut laman sesawang rasmi www.suaram.net, sejarah penubuhan SUARAM bermula pada 1987 selepas terjadi satu peristiwa yang dianggap melanggar hak asasi manusia di Malaysia. SUARAM dikatakan sebagai satu pertubuhan bukan kerajaan yang berpegang pada moto Working for Human Rights (“Bekerja untuk Hak Asasi Manusia”). Walaupun disertai oleh ramai bekas ahli politik, namun SUARAM bertegas mengatakan bahawa mereka bukan bersifat partisan atau menyebelahi mana-mana pihak. Mereka boleh dihubungi untuk sebarang perbincangan berkaitan isu hak asasi manusia di ibu pejabat mereka yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Ini adalah antara 6 pertubuhan hak asasi manusia yang dapat dibawakan secara ringkas sebagai pengenalan kepada semua, dan tidak dinafikan banyak lagi pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, Namun begitu, apa yang penting adalah kita harus menyedari bahawa di dunia ini pasti akan sentiasa wujud manusia yang menentang dan melanggar hak asasi manusia dengan tujuan atau kepentingan peribadi, dan wujud juga golongan yang akan memperjuangkan hak asasi manusia.

Sesungguhnya golongan yang memperjuangkan keadilan akan sentiasa bangun dan bangkit menentang segala kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum, bangsa atau negara. Sebagai seorang manusia yang berakal dan waras, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kita menentang sebarang kemungkaran dan ketidak adilan dalam kehidupan, menggunakan nikmat akal yang diberi kepada kita untuk hidup aman damai bersama-sama tanpa sebarang konflik.

Rujukan

• https://www.fundsforngos.org/featured-articles/worlds-top-ten-human-rights-organisations/
• www.hrw.org
• http://hrlibrary.umn.edu/center/fellowshipguide/hrorgs.shtm
• www.fidh.org
• www.suhakam.org.my
• www.suaram.net


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

Comments are closed.