Adakah orang Yunani Kuno pernah berlayar ke Kanada? Para saintis mendakwa bahawa mereka masyarakat daripada ketamadunan ini pernah berlayar ke Newfoundland dan membuka penempatan untuk melombong emas pada abad pertama Masihi, satu millennia lebih awal sebelum kedatangan orang Viking.

Orang Yunani Kuno mungkin pernah tiba di Kanada pada tahun 56M – seribu tahun lebih awal sebelum kedatangan orang Viking. Kenyataan ini diperoleh dari sebuah kajian kontroversi yang mendakwa bahawa tamadun Yunani Hellenistik mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang asronomi di mana mereka mampu menentu dan mengenal-pasti arus Lautan Atlantis yang boleh membawa mereka ke arah barat.

Idea ini lahir daripada kajian yang dilakukan terhadap teks ‘De Facie’ oleh ahli biografi dan penulis Yunani, Plutarch yang hidup antara 46 dan 119M. Seorang karakter dalam teks ini menceritakan tentang pertemuan dengan seorang warga Yunani tidak dikenali yang baru pulang dari ‘benua yang besar’ – dan saintis berkata bahawa benua tersebut berkemungkinan adalah Kanada.

Hasil kajian itu turut mendakwa bahawa dengan hanya bergantung pada layar dan dayung, mereka mungkin kerapkali melawat tanah Newfoundland, melombong emas dan membuka penempatan yang berlanjutan selama berabad-abad.

Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan berkenaan perlayaran ini dan ramai sejarahwan serta ahli arkeologi maritime menolak kajian ini kerana menganggapnya sebagai ‘tidak berasas’.

Orang Yunani Kuno tiba di Kanada pada 56 M – seribu tahun lebih awal sebelum kedatangan orang Viking.

“Hasrat kami adalah untuk membuktikan, dengan sains moden, bahawa tidak mustahil untuk perlayaran ini dilakukan,” kata Ioannis Liritzis, ahli arkeologi dari Universiti Aegean kepada Hakai Magazine sebagai sebahagian daripada usaha mendalami penyelidikannya.

Para penyelidik berkata bahawa para peneroka Yunani ini telah lama berlayar bagi mencari tanah dan kekayaan yang baru. Mereka percaya bahawa sesetengah pelayar ini akan kembali semula ke tanah air mereka setalah menetap di sana selama beberapa tempoh, tetapi sebilangan yang lain hanya berlayar sehala sahaja – tidak pulang.

Para penyelidik mengakui bahawa mereka tidak memiliki bukti bagi menyokong dakwaan bahawa perlayaran ini pernah berlaku, namun mereka percaya bahawa ia berkemungkinan pernah berlaku sepertimana yang dituliskan oleh Plutarch di dalam teksnya.

Plutarch telah menulis sebanyal lebih dari 60 biografi tentang figura masyhur dari Rom dan Yunani Kuno secara terperinci di mana penernagannya itu dimuatkan ke dalam Parallel Lives.

Teori ini berdasarkan pada bukti daripada hasil kerja Plutarch berjudul De Facie, yang juga dikenali sebagai On the Face Which Appears in the Orb of the Moon. Dalam teks yang menjadi bacaan sastera klasik masyhur di Zaman Pencerahan, karakter-karakternya membincangkan sama ada bulan itu adalah Bumi yang lain; adakah terdapat kehidupan di sana; dan persoalan-persoalan falsafah yang lain. Terdapat juga seorang karakter yang mengisahkan tentang pertemuannya dengan seorang lelaki tak dikenali yang baru kembali dari ‘benua yang besar’.

Dr. Liritzis dan rakan-rakannya percaya bahawa benua yang dinyatakan itu adalah Amerika Utara, khususnya Newfoundland.

Ini bukanlah kali pertama teori ini diperkenalkan. Johannes Kepler, seorang ahli matematik dan astronomi dari Jerman yang merupakan figura penting dalam revolusi sains pada abad ke-17, turut mempercayai bahawa kenyataan tersebut berkait dengan Amerika Utara. Lelaki tak dikenali di dalam teks berkenaan mengisahkan bagaimana para pelayar melakukan perjalanan setiap 30 tahun apabila planet Zuhal muncul dalam buruj Taurus.

Masyarakat Yunani kuno mempercayai dan menuruti fenomena astronomi yang berkaitan dengan planet Zuhal, yang dipanggil sebagai Kronos pada masa itu. Makanya, hipotesis menyebutkan bahawa perlayaran ini mungkin berlaku pad asetiap 30 tahun, selama berabad-abad.

Malangnya, beberapa bab awal De Facie telah hilang sekaligus mengakibatkan tidak ada seorang pun tahu pada tarikh bilakah perbualan di antara karakter-karakter tersebut berlaku. Hal ini memerlukan para penyelidik membuat andaian pentarikhan sendiri.

Hanya dengan menggunakan layar dan dayung, mereka mungkin kerap melawat Newfoundland, melombong emas, dan membuka penempatan dan berkembang selama berabad. Bot dalam gambar ini adalah Trireme Yunani, bot yang dipercayai diguna untuk tujuan pelayaran.


Dr Liritzis dan rakan-rakannya kemudian menyelidiki kejadian gerhana matahari yang berlaku sepanjang 5000 tahun dan mendapati kejadian yang sepadan dengan penerangan yang termuat di dalam penulisan Plutarch. Fenomena tersebut berlaku pada tahun 75M.
Mereke menumpukan pada rujukan salah satu karakter yang diberitahutentang kejadian gerhana matahari yang berlaku pada waktu tengah hari.

Kemudian, mereka merujuk pula dekad-dekad sekitar waktu berlakunya gerhana itu untuk mencari bukti kemunculan planet Zuhal di buruj Taurus. Kajian ini mendapati bahawa ia pernah berlaku sebanyak tiga kali; iaitu dari tahun 26 hingga 29M, 56-58M, dan 85-88M.

Lantas, mereka pun memutuskan bahawa perlayaran tersebut berkemungkinan besar berlaku pada tahun 56M memandangkan ia tahun di mana Zuhal berada paling cerah di buruj Taurus. Menurut dakwaan mereka, para pengembara itu akan menetap di sana selama setahun dan kemudian berlayar pada tahun 58M ketika Zuhal tidak lagi berada di buruj Taurus.

“Dengan menerapkan data saintifik, kerja-kerja penilaian semula terhadap unsur astronomi dan geografi yang terdapat di dalam dialog pada teks berkenaan telah menghasilkan penafsiran dan pemahaman yang baru berkenaan tarikh dan tempat pertemuan serta masa berlakunya perlayaran ke Lautan Atlantik,” tulis para penyelidik di dalam jurnal mereka yang diterbitkan di Journal of Coastal Research Online.

Mereka meneliti arus Gulf Stream dan perairan-perairan lain yang terdapat di Lautan Atlantik utara untuk menganggarkan kelajuan kapal.

“Benua yang besar” terletak sebaris dengan teluk yang berada di latitude yang sama seperti delta Sungai Volhga, iaitu pintu masuk utara ke pantai Caspian. Dengan menggunakan perisian Google Earth, mereka mengandaikan bahawa peneroka Yunani tersebut berkemungkinan pernah tiba di teluk St. Lawrence dan Pulau Newfoundland.

Kata para pengkaji, “Pulau-pulau tidak bernama lain yang disebutkan di dalam dialog pada teks berkenaan dikenal pasti mempunyai persamaan dengan pulau-pulau di Norway, Azores, Iceland, Greenland dan kepulauan Baffin.”

Mereka mendakwa bahawa orang-orang Yunani mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang arus lautan dan astronomi, sekaligus memaksudkan bahawa penjelajahan mereka merupakan ‘peristiwa yang boleh dipercayai’.

Walau bagaimanapun, para pengkaji lain membantah teori ini secara meluas. “Walaupun (teori) ini kelihatan bijak dan menarik, saya tidak fikir bahawa orang-orang Yunani pernah tiba di Kanada,” kata Dr Hector Williams dari University of British Columbia kepada media MailOnline.

“Para penulis sendiri mengakui bahawa tiada sebarang bukti arkeologi atau sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Yunani ini pernah menyeberangi Lautan Atlantik,” katanya lagi.

“Penyeberangan merentas laut itu mungkin munasabah secara teori – misalnya terdapat sejumlah contoh bot-bot nelayan Jepun yang mampu merentasi Lautan Pasifik apabila ia dibadai ribut dan dibawa oleh arus yang mengalir ke barat-laut – namun, masyarakat Yunani tidak cenderung pernah tiba di Atlantik (tidak seperti masyarakat Rom yang sudah tentu pernah menjajah British).”

Brendan Foley, ahli arkeologi lautan dalam dari Univeristi Lund di Sweden memaklumkan kepada Hakai Magazine bahawa mustahil untuk para pelayar dari Mediterranean millennium pertama SM mempunyai ilmu pengetahuan tentang arus Lautan Atlantik.

“Mereka diyakini tidak memiliki teknologi navigasi dan pengetahuan (seperti para pelayar Polynesia) untuk meletakkan diri mereka berlayar meredah Lautan Atlantik secara terbuka,” kata Dr. Foley.

Beliau juga mengatakan bahawa tidak ada sebarang artifak Yunani purba yang mengandungi emas dari Amerika Utara. Malahan, jurnal berkenaan mendakwa bahawa bot-bot tersebut mendakwa bahawa bot-bot tersebut berlayar dengan kelajuan 10 knot, namun kelajuan seperti itu dianggap terlalu laju walaupun untuk kapal-kapal moden.

TERJEMAHAN:

Phoebe Weston and Tim Collin. (11 Jun 2019). Ancient Greek Colonies in America? Sounds Unbelievable, But May Be True. Greece High Definition.
https://www.greecehighdefinition.com/blog/2019/6/11/ancient-greek-colonies-in-america-sounds-unbelievable-but-may-be-true


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.