Sebut saja nama Viking, kita membayangkan sekumpulan p4hlawan yang mengembara dari rantau Scandinavia ke seluruh pelosok Eropah dengan tujuan meny3rang, menjarah dan berdagang. Mendengar saja nama mereka, ia sudah pasti menggerunkan penduduk dan kerajaan-kerajaan Eropah ketika itu. Tetapi siapa sangka rupanya orang Viking datang dari pelbagai latar belakang berbeza, bukannya satu jenis seperti didakwa rejim N4z1 Jerman.

Satu kajian genetik yang diterbitkan dalam jurnal penyelidikan Nature mendedahkan orang Viking dari pelbagai tempat di Scandinavia bukan saja berlayar ke pelbagai tempat di dunia. Malah, kajian sama mendedahkan individu berambut hitam dalam kalangan mereka lebih banyak berbanding dalam kalangan orang Denmark hari ini. Sesetengah mungkin lahir sebagai orang Viking tetapi ada juga yang memilih mengikut atau dipaksa mengikut budaya masyarakat tersebut.

Salah seorang penulis kajian, Prof Eske Willerslev dari Universiti Copenhagen berkata, “Orang Viking tidak terhad kepada orang Scandinavia yang berambut perang sahaja”. Willerslev bersama pasukan penyelidik dari Universiti Copenhagen dan Universiti Cambridge membuat jujukan genom membabitkan 442 rangka manusia yang tinggal di Eropah antara 2400 SM hingga 1600 Masihi.

Majoriti tulang yang diuji tinggal semasa era Viking yang bermula dari 750 hingga 1050 Masihi. Kajian ini turut mengambil data yang wujud membabitkan 1,000 individu yang hidup pada era bukan Viking dan 3,855 individu moden hari ini.

Berdasarkan keputusan kajian, mereka mendapati bermula pada Zaman Besi, genetik selatan Eropah memasuki Denmark sebelum tersebar ke utara sementara genetik dari sebelah Asia pula memasuki Sweden. Keputusan ini yang mendorong Prof Willerslev berkata, “Viking secara genetik bukan orang Scandinavia yang tulen.”

Bagaimanapun, keputusan kajian turut mendedahkan orang Viking bukan satu populasi yang sama tetapi tiga kumpulan utama yang datang tempat berbeza di Scandinavia. Perbezaan ini dapat dilihat di negara-negara Scandinavia moden hari ini. Begitupun, orang Viking di barat daya Sweden berkongsi ciri genetik sama dengan saudara jauh mereka di Denmark dan kepelbagaian genetik dikesan di kawasan-kawasan pesisir pantai.

Analisis ini turut mengesahkan asal-usul orang Viking yang bertapak di negara-negara Eropah. Misalnya di England, kumpulan orang Viking yang bertapak di situ datang dari Denmark dan ia dibuktikan menerusi nama tempat dan rekod sejarah. Wilayah-wilayah Baltik didominasi orang Viking Sweden sementara orang Viking Norway meneroka Isle of Man, Greenland, Ireland dan Iceland. Bagaimanapun, ada juga rekod menunjukkan orang Viking Denmark menghala ke Rusia.

Kajian sama turut mendedahkan s3rangan-s3rangan Viking bersifat tempatan. Ini berdasarkan penemuan rangka empat bersaudara dan seorang saudara terdekat mereka di Salme, Estonia dan hidup pada tahun 750 Masihi. Kumpulan ini dikatakan menjadi sebahagian kumpulan peny3rang Viking yang datang dari Sweden. Selain itu, mereka turut menemui dua rangka yang ditanam di Orkney bersama p3dang-p3dang Viking tetapi bukan berdarah Scandinavia.

Prof Willerslev menambah, “Viking bukan fenomena etnik tulen tetapi lebih kepada gaya hidup yang boleh diamalkan sama ada anda orang Scandinavia atau bukan Scandinavia. Pengaruh genetik asing sebelum dan semasa era Viking turut menjelaskan variasi genetik rambut hitam yang biasa dilihat dalam kalangan orang Viking.

Pakar arkeologi era Viking dari Universiti York, Dr Steve Ashby melihat kajian ini mengesahkan pergerakan dan perdagangan yang wujud semasa era berkenaan. Beliau berkata, “Bukti aliran genetik dari selatan Eropah dan Asia amat mengejutkan dan mengisi maklumat terbaru kajian sebelumnya bahawa kesalinghubungan berskala besar berlaku pada tempoh itu.

“Kajian ini turut menyediakan maklumat baru berkenaan tahap hubungan dan pengasingan dalam Scandinavia sendiri dan membuka maklumat baru tentang komposisi kumpulan peny3rang Viking.” Profesor Judith Jesch dari Universiti Nottingham menyifatkan maklumat tersebut tidak akan mengubah buku sejarah.

Namun begitu, pada masa sama, beliau menambah, “Ramai pakar arkeologi mencadangkan kebanyakan idea kebudayaan tiba di Scandinavia melalui Denmark, jadi amat menarik untuk membincangkan apa maksud aliran genetik ini dari segi bagaimana budaya mereka bercampur. Apakah ia berlaku disebabkan oleh pergerakan manusia atau melalui proses lain?”

RUJUKAN:

Davis, Nicola. (2020). Dark hair was common among Vikings, genetic study confirms. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/2020/sep/16/dark-hair-was-common-among-vikings-genetic-study-confirms

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.