Selain manusia, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang dikatakan turut datang bulan. Haiwan-haiwan dari kumpulan primat, ialah antara kumpulan yang mempunyai banyak spesies yang tergolong dalam topik kali ini. Kedengaran agak pelik dan meragukan. Begitu juga saya pada awal mengetahui perihal ini. Namun, inilah realitinya.

Antara spesies primat yang terkait ialah Orang Utan, monyet, beruk dan manusia. Hasil penelitian mendapati, spesies monyet seperti rhesus macaques yang majoritinya menghuni dan hidup di sekitar Asia dan Afrika, merupakan antara sekumpulan spesies besar menghidapi kitaran haid.

Bagi Cimpanzi dan Gibbon, pendaharan haid mereka mudah dikenal pasti pada pandangan manusia. Walaubagaimanapun, berbeza pula situasinya bagi Gorila dan Orang Utan. Hal ini demikian pendarahan haid mereka hanyalah sedikit sehingga memerlukan pemeriksaan jarak dekat bagi mengesan dan memastikan pendarahan berlaku terhadap mereka.

Primat yang lain seperti Kera Hutan, berkemungkinan juga menghidapi haid. Namun begitu, sukar untuk mengesahkan perkara ini atas faktor kurangnya pembuktian perkara ini. Selain haiwan Primat, evolusi haid juga berlaku terhadap beberapa spesies kelawar dan Elephant Shrew (Rajah 1).

Menurut seorang pakar pembiakan kelawar, John J. Rasweiler IV, pesara profesor dari State University of New York, beliau menyatakan bahawa terdapat dua jenis kelawar yang dikatakan menghidapi kitaran haid. Kumpulan keluarga kelawar yang dimaksudkan itu ialah Molossidae (free-tailed bats) dan Phyllostomidae (leaf-nose bats).

Terdapat juga spesies kelawar yang senasib tempoh kitaran haidnya seperti manusia, 21-27 hari, menurut Rasweiler. Walaubagaimanapun, pendarahan kelawar ini sukar untuk dilihat dengan jelas jika mahu dibandingkan dengan manusia. Hal ini demikian kerana saiz tubuh badan kelawar yang kecil, mempengaruhi juga saiz salur darahnya yang kecil.

RUJUKAN:

Dasgupta, S. (2015, April 20). Earth – Why do women have periods when most animals don’t? Retrieved October 13, 2020, from http://www.bbc.com/earth/story/20150420-why-do-women-have-periods


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.