Orang Utan Masih Diancam Kepupusan

190

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada berita baik yang telah dikongsikan dihalaman facebook “Sabah Parks” pada hari kedua pelaksaan PKP ketika ianya memasuki fasa ke 3. Ia berkenaan penemuan sarang Orang Utan dewasa berhampiran titian kanopi sub-stesen Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu.

Sarang Orang Utan yang ditemui berhampiran titian kanopi sub-stesen Mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu

Kejadian ini dianggap unik kerana pada hari-hari biasa kehadiran pengunjung yang ramai di kawasan ini pastinya men4kutkan makhluk yang turut dikenali dengan nama saintifik Pongo pygmeus itu untuk menghampiri kawasan berkenaan apatah lagi berkesempatan untuk membina sarang.

Saiz sarang Orang Utan berkenaan adalah sekitar 70 atau 80 sentimeter dengan jarak ketinggian dari tanah sekitar 10 meter. Menerusi perkongsian di halaman rasmi Sabah Parks itu juga, mereka turut menjelaskan bahawa kebiasaannya Orang Utan akan membuat sarang baru setiap hari.

Bahkan terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa ada Orang Utan yang dilihat membaiki sarang mereka yang telah lama ditinggalkan untuk dijadikan tempat persinggahan sementara. Saiz sarang juga akan berbeza mengikut bentuk tubuh dan umur Orang Utan. Orang Utan dewasa cenderung untuk membuat sarang yang besar dan tebal berbanding Orang Utan yang lebih muda.

Kepadatan sarang Orang Utan turut dipengaruhi oleh jumlah taburan makanan yang boleh diperolehi dari kawasan berhampiran. Spesies ini dikategorikan sebagai Omnivor dan diet pemakanan mereka meliputi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara makanan kegemaran mereka adalah buah-buahan hutan, daun muda, kulit kayu dan serangga.

FAKTA MENARIK

Fakta menarik mengenai Orang Utan adalah apabila mencecah usia 10 tahun mereka mampu mengenal pasti sebanyak 200 jenis tumbuhan yang berbeza. Orang utan betina dewasa lazimnya akan beranak enam sehingga lapan tahun sekali!. Orang Utan juga merupakan mamalia yang bergerak dan tinggal diatas pokok terbesar di dunia.

Dan tahukah anda, Orang Utan Borneo dan Sumatera memiliki sedikit perbezaan di mana walaupun memiliki warna yang lebih kurang serupa akan tetapi Orang Utan Sumatera memiliki bulu muka lebih panjang dan memiliki hubungan yang lebih erat sesama mereka dibandingkan Orang utan Borneo.

Fizikal Orang Utan Sumatera. Rerambut pada wajah sedikit panjang.

Orang Utan Borneo juga gemar menghabiskan masa di atas permukaan tanah dibandingkan Orang Utan Sumatera. Bilangan Orang Utan Borneo pada hari ini dianggarkan sekitar 104, 700 ekor sementara Orang utan Sumatera sekitar 7, 500 ekor sahaja.

November 2017 mencatat sejarah tersendiri apabila satu lagi spesies Orang Utan di Sumatera ditemukan iaitu spesies Tapanuli. Dinamakan sempena nama tempat spesies ini ditemui jumlah Orang Utan Tapanuli direkodkan sekitar 800 ekor sahaja dan dikenalpasti antara spesies Orang Utan yang benar-benar terancam.

Spesies Orang Utan Tapanuli yang baru ditemui pada November 2017.Kredit foto Tim laman/Creative Commons/Neprimate conservancy.

 ORANG UTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Menyebut mengenai negara kita, pastinya populasi Orang Utan ini lebih sinonim dan tertumpu di kepulauan Borneo, tepatnya di dua Wilayah Malaysia Timur di pulau ini iaitu Sabah dan Sarawak. Namun tahukah anda. Orang Utan juga dikatakan pernah hidup di Semenanjung Malaysia ratusan ribuan tahun yang silam?

Menerusi kajian bersama di antara Universiti Malaya, University Macquerie dan Universiti Queensland masing-masing dari Australia dan Muzium Kebangsaan London (National Museum of London), mereka telah berjaya menemui fosil Orang Utan di Batu Caves, Kuala Lumpur dan Gua Badak, Perak berusia sekitar 33, 000 sehingga 500, 000 tahun lampau.

Antara foto fosil gigi Orang utan yang ditemui di Batu Caves, Kuala Lumpur. Anggaran usia sekitar
33, 000 – 66, 000 tahun dari zaman Pleistocene, saat Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo bercantum menjadi daratan besar dikenali sebagai Sundaland. Kredit foto E-Science.com

Bahkan menerusi penerbitan makalah jurnal bertajuk ‘Discovery of Pleistocene Orang Utan Fosil in Peninsular Malaysia : Biogeographic and Paleonenviromental Implications’ nukilan Lim Tze Shen, seorang pelajar doktor falsafah dari Universiti Malaya pada ketika itu menyatakan antara lokasi penemuan fosil Orang Utan ini adalah dalam  rangkaian gua dikenali sebagai Swamp Cave, Cistern Cave dan Villa Cave dalam kawasan Batu Caves.

Orang Utan juga dikatakan pernah wujud sejauh China. Namun pada hari ini spesies yang sedang terancam punah ini hanya boleh ditemui di Pulau Sumatera dan Pulau Borneo sahaja.

Terdapat pelbagai faktor yang dikatakan menjadi punca kepada perkara ini. Antaranya adalah perubahan iklim dan cuaca setempat. Akan tetapi pada masa kini malangnya ancaman kepupusan utama Orang Utan sedikit berbeza dibandingkan pada masa lalu..

MENGAPA POPULASI ORANG UTAN TERA4NCAM PvNAH PADA HARI INI?

Banyak faktor penyumbang kepada permasalahan ini. Sebagai contoh di Pulau Borneo. Kemvsnahan habitat akibat penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pertanian dan pembalakan disamping aktiviti pemburuan h4ram dikenalpasti sebagai antara aktiviti manusia yang menyumbang kepada penurunan populasi Orang Utan.

Menjelang tahun 1986 populasi Orang Utan di Sabah dianggarkan berjumlah 20, 000 ekor sebelum jatuh secara drastik kepada hanya 11, 000 ekor sahaja pada tahun 2004.

Foto menyayat hati seekor Orang Utan berusaha melawan kembali ‘raks4sa besi’ yang telah memvsnahkan habitatnya. Video ini pernah tular di platform saluran YouTube tidak lama dahulu.

Namun kita wajar berbangga apabila populasi Orang Utan di negara kita dikatakan jauh bernasib baik dibandingkan dengan ‘saudara-mara’ mereka di Indonesia. Dalam tempoh kurang lebih 20 ke 15 tahun kebelakangan ini penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan hidupan liar khasnya Orang Utan di Malaysia semakin membaik

Walaupun WWF cenderung meletakkan label sebagai‘ masih terdedah kepada ancaman’ namun di satu sisi badan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar dunia itu turut bersetuju bahawa kadar kemvsnahan habitat Orang Utan di negara kita adalah sangat rendah di samping hampir sifar kes berkenaan pembvruan h4ram keatas Orang Utan.

Bahkan majoriti populasi makhluk berbulu kemerah-merahan ini masih boleh ditemui di habitat asal ‘mereka’ khasnya kawasan hutan tanah rendah yang diletakkan di bawah status perlindungan hidupan li4r atau kawasan Hutan Simpan.

Pusat Rehabilitasi Hidupan Li4r Sepilok, Sandakan antara yang memainkan peranan aktif sejak awal penubuhannya pada tahun 1964 di Sabah dalam memberikan perlindungan kepada Orang Utan yang kehilangan habitat khasnya anak-anak Orang Utan ‘yatim piatu’ dan mengajarkan kemahiran mandiri kepada mereka agar dapat bertahan hidup sebaik dilepaskan kembali ke habitat liar.

Antara Gelagat Orang utan di Pusat Rehabilitasi Sepilok, Sandakan, Sabah yang sempat dirakam lensa kamera ketika sedang menikmati makanan yang diberikan penjaga mereka.

Inisiatif yang serupa diambil di Indonesia menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Orang Utan Nyaru Menteng pada tahun 1999 yang terletak di Kalimantan Tengah.

Populasi Orang Utan di Sarawak pula pada tahun 2004 berjumlah sekitar 1300 ekor dan kebanyakannya boleh ditemui di pusat perlindungan hidupan liar Lanjak Entimau dan kawasan Taman Negara Batang Ai di bahagian Selatan yang bersempadan langsung dengan Wilayah Kalimantan Barat.

Beberapa ekor Orang Utan bersama penjaga mereka di Pusat Rehabilitasi Orang Utan Nyaru Menteng, Kalimantan Tengah. Nyaru Menteng memberikan peluang kedua kepada Orang Utan untuk kembali mandiri di habitat li4r.

PENUTUP

Kembali kepada kisah Orang Utan di Taman Kinabalu. Ada satu komen menarik dari salah seorang pengunjung halaman facebook ‘Sabah Parks’ bernama Alim Biun. Beliau mendakwa pernah ditugaskan di sekitar stesen Poring satu masa dahulu dan kali terakhir beliau melihat sarang Orang Utan berhampiran kawasan berkenaan adalah pada tahun 1979.

Terlepas daripada sama ada dakwaan berkenaan benar atau tidak, satu yang pasti alam kini sedang berusaha untuk kembali pulih setelah sekian lama membiarkan makhluk bernama manusia melakukan kerosa4kan demi keros4kan keatasnya. Berita seumpamanya ini bukan sahaja berlaku di Taman Kinabalu/Sabah/Malaysia sahaja.

Bahkan banyak laporan berkaitan berlaku di seluruh dunia. Kualiti udara semakin pulih. Haiwan-haiwan li4r mula berani masuk ke bandar-bandar. Ramai yang beranggapan manusia lah virvs yang sebenar. Benarkah pandangan sedemikian? Penulis memulangkan persoalan itu untuk sama-sama difikirkan bersama para pembaca sekalian.

Walahualam.

BACAAN LANJUT :

  1. Mashhor Mansor, 2019, Orang Utan : Makhluk Yang Ter4ncam Kepupvsan, Penerbitan Universiti Sains Malaysia (USM).
  2. 2004, Man of The Forest Vulnerable To Forest Conversion, article by World Wildlife Fund (WWF) (https://www.wwf.org.my/about_wwf/what_do/species_main/orang_utan/)
  3. 2020, Species, Orang Utan. Facts. Article by World Wildlife Fund (WWF)(https://www.worldwildlife.org/species/orangutan)
  4. 202, Nyaru Menteng, Central Kalimantan Orang Utan Reintroduction Program, article by Borneo Orang Utan Survival (BOS) (https://www.orangutans.com.au/our-work/nyaru-menteng/)

Kisah mengenai Orang utan Taman Kinabalu boleh diikuti di pautan berikut :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1413812248789379&id=122393837931233

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.