William Kemmler hanya hidup selama 30 tahun sahaja. Tetapi dalam hayat pendek ini, beliau tidak sempat buat apa-apa benda yang hebat pun. Walau bagaimanapun, beliau diingati sampai hari ini.

Beliau dilahirkan di Philadelphia, bandar dimana Perlembagaan Amerika Syarikat ditulis. Ibu bapanya berasal dari Jerman dan mempunyai masalah ketagihan minuman keras. Masalah ini menjadi punca kem4tian keluarga ini.

Bapanya yang m4buk terlibat dalam pergaduhan yang akhirnya mer4gut ny4wa. Ibunya pula menghid4pi peny4kit kerana minuman keras.

Jadi senang kata, keluarga Kemmler ini tiada masa depan. Budak-budak umur 10 tahun sepatutnya pandai membaca dan menulis, tetapi William masih belum menguasai ilmu asas ini.Tanpa ibu bapa, William mencari rezeki melalui perniagaan jaja barangan.

Contoh Penjaja Semasa Zaman Itu

Dengan hasil keuntungan, beliau membeli seekor kuda dengan kereta. Perniagaan ini mungkin boleh berjaya, jika William tidak m4buk. Seperti yang boleh dibayangkan, gejala ini menyebabkan kereta kudanya h4ncur.

Jadi kenapa kaki m4buk ini diingati sampai hari ini?

Semuanya kerana apa yang berlaku pada 29 Mac 1888.

Sebelum Kejadian

Amerika Syarikat dilengkapi dengan undang-undang mewajibkan hvkuman m4ti terhadap jen4yah tertentu.

Tetapi hvkuman gantung didapati tidak begitu efisyen (Miller, 2014). Ada yang terpvtus kepala. Ada yang perlu digantung dua kali kerana tali terpvtus.

Jadi pada tahun 1886, Gabenor New York menubuhkan suruhanjaya tiga orang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini. Salah seorang ahli tersebut ialah Alfred Southwick.

Alfred Southwick

Kebetulan pula pada masa itu, Amerika Syarikat sedang mengharungi p3rang teknologi antara Thomas Alva Edison dan George Westinghouse.

Jadi pertembungan dua pakar elektrik ini menjadi medan untuk menjayakan misi ditetapkan Gabenor New York. Southwick mendapat solusi untuk menjatuhkan hvkuman secara berperikemanusiaan: kerusi elektrik.

Kejadian Yang Menjadi Sejarah

William Kemmler bekerja sebagai penjaja sayur di Buffalo, New York. Pada 29 Mac 1888, beliau bertelingkah dengan isterinya Tillie Ziegler. William yang masih m4buk pada masa itu kemudian hilang sabar.

Tillie dituduh mencuri dan cuba melarikan diri dengan kawan. Jadi William mengambil sebilah k4pak dan menjadi sebahagian daripada sejarah.

Biasanya William akan dijatuhkan hvkuman gantung. Tetapi jen4yah bvnuh dilakukan di New York, dan negeri itu pula ingin menggunakan kaedah baru.

Perbicaraan Dan Rayuan

William Kemmler sudah menerima hakikat bahawa beliau bersalah. Dan perbicaraan pun tidak memakan masa lama. 45 hari selepas kem4tian Tillie Ziegler, mahkamah menjatuhkan hvkuman m4ti.

Alfred Southwick

Ini bermakna William akan menjadi orang pertama direnj4t dengan menggunakan kerusi elektrik. Penj4ra Auburn pun sudah menunggu William.

Tetapi beberapa pemain teknologi seperti George Westinghouse sendiri tidak mahu produk baharu mereka digunakan atas tujuan sebegini.

Jadi mereka pun mencabar perintah New York, bahawa hvkuman kej4m sebegini melanggar Pindaan Kelapan (dalam Perlembagaan):

Tidak boleh meletakkan wang ikat jamin terlalu tinggi, atau denda terlalu tinggi, atau menggunakan hvkuman z4lim.

Pihak guaman yang membela William masih lagi bertegas, bahawa kem4tian sebegini sangatlah z4lim.

Tetapi proses rayuan menemui jalan buntu kerana ditolak pada 9 Oktober 1889. Mahkamah Agung pun yakin bahawa hvkuman kerusi elektrik tidak z4lim.

Hari Akhir

Ogos 6, 1890.

Itulah tarikh bersejarah, yang bermula apabila William Kemmler bangun pada pukul 5 pagi. Beliau mengenakan pakaian kemas dan diberi sarapan sebelum kepalanya dicukur.

Gambar William Kemmler Dipasang Pada Kerusi Elektrik

Pada pukul 6:38, William dibawa ke bilik hvkuman dan mengatakan kesediannya untuk pergi (The New York Times, 1889).

Dengan tenang, beliau duduk dan dipasang pada kerusi elektrik tersebut. Bajunya dip0tong sedikit supaya besi elektrik boleh dimasukkan.

Dan apabila dipasang besi di kepalanya, William berkata, “Ambil masa. pasang betul-betul. Aku tak bergegas pun.”

Apabila suis ditekan, arus sebanyak 1,000 volt mer3nj4t William selama 17 saat. Sangkaan mereka bahawa beliau akan m4ti meleset. William masih lagi bernafa, dan atas permintaan doktor, suis ditekan lagi.

Kali ini William dir3nj4tkan dengan arus 2,000 volt pula. Salur d4rahnya mula pecah. Semua orang dapat menghidu bau yang teruk, sambil melihat kesan ngeri terhadap tubuh William.

Kem4tian William dijadikan medan pertempvran antara pihak media. Masing-masing ingin menerbitkan tajuk berita paling sensasi. Tetapi semua dalam kalangan mereka, termasuk New York Times, bercerita dengan konsisten.

Cerita mereka boleh dirumuskan dengan kenyataan George Westinghouse: “baik guna k4pak saja.”

RUJUKAN:

Miller, G. (2014, Disember 5). America’s Long and Gruesome History of Botched (ditapiskan). Wired. Retrieved from (Request Link).

The New York Times. (1889, Ogos 6). Far Worse Than (Ditapiskan). Retrieved from https://timesmachine.nytimes.com/timesmachine/1890/08/07/103256332.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.