Baru-baru ini saya ke sebuah forum sejarah. Saya ke sana kerana dikhabarkan ianya sebuah forum yang membincangkan mengenai penambah-baikkan teks sejarah negara untuk ke arah Nation Building.

Saya fikir, mungkin saya boleh lontarkan satu dua pandangan serta idea untuk menambah-baik silibus sejarah.

Tapi malangnya forum itu hanyalah satu lagi forum yang diterajui oleh mereka yang bukan benar-benar ikhlas di dalam menaikkan pemahaman sejarah negara, tetapi lebih kepada menggunakan Sejarah sebagai alasan untuk mengetengahkan agenda mereka.
Perkataan murni seperti “Nation Building” juga digunakan untuk menyedapkan wacana.

Forum dimulakan dengan awal-awal lagi sudah cuba menanam sebuah idea kepada para hadirin, yang akan menjadi kompas serta justifikasi yang berbentuk falasi kepada perjalanan keseluruhan program.

Ianya dimulakan dan diulang-ulangi dengan mantera:

1) History is written by the victor
2) Malaysia’s history as you know it, is written by UMNO
3) Malaysia’s history is written to stamp Ketuanan Islam, Ketuanan Melayu and Ketuanan UMNO
4) “Cash is King” (jangan tanya saya apa kena-mengena statement ni dalam forum sejarah)

Sepanjang apa yang diulas, mantera ini diulang-ulang, memberikan gambaran sejarah hari ini sejarah yang salah dan ditulis oleh atas dasar kepentingan “politik” (ya ini forum politik dan mengetengahkan agenda membakul-sampahkan perlembagaan negara sebenarnya).

Sejarah itu cuma menjadi medium.

Ok fine. 4 poin yang dihujahkan itu bukan tidak ada asasnya (jika nak bercakap dalam konteks yang lebih luas). Boleh diperbahaskan. Tapi yang kelakarnya ia ibarat tergantung..

Kalau itu salah, ini salah, apa yang betulnya..?

Tak ada sekelumit pun dinyatakan apa sejarah yang betulnya. Cuma sekadar lontaran kata-kata tanpa substance. Sesuai hanya untuk membuai pemikiran mereka yang tidak mampu berfikir panjang atau yang sudah dimamah kebencian.

Yang lebih menggelikan hati adalah ketika salah seorang speaker, secara sengaja atau tidak sengaja, sebut mengenai bagaimana sejarah setiap aliran di sekolah (sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah antarabangsa dan sekolah agama) berlainan dan sepatutnya ia diselaraskan dan disatukan; speaker yang tadi sungguh-sungguh kononnya menyatakan sejarah tertulis hari ini melebarkan jurang kefahaman antara kaum, sepertinya menolak dan tidak bersetuju serta terus mengubah topik.

Hebat…

Kemudian datang satu lagi speaker yang bercakap soal “Nation Building”. Sekali lagi ditegaskan mengenai bagaimana sejarah sepatutnya disantuni dalam membentuk sebuah negara “Bangsa Malaysia”.

Diputar-putar lidahnya dengan mengambil definisi serta pandangan sejarah daripada penulis-penulis Perancis dan Amerika.

Nampak cantik pada permukaan. Tetapi dasarnya keruh.
Pandangan dan definisi sejarah bangsa Eropah, dan bagaimana mereka menyantuninya untuk “Nation Building” adalah sarat dengan White Man’s Burden.

Apa sinonimnya dengan sejarah kita..?

Orang Melayu TIDAK ADA White Man’s Burden.

Don’t try to impose this fallacy on me. Untuk golongan yang apologetik dan kurang jati diri dan tiada identiti mungkin boleh. Untuk mereka yang kurang membaca sejarah pun boleh..

Jadinya boleh disimpulkan apa yang cuba disampaikan melalui medium “Nation Building” ini adalah:

“Sejarah yang boleh menimbulkan perpecahan perlu dikeluarkan.”

Ini underlying message nya. Dari pemahaman dan gaya mereka, yang saya boleh kembangkan adalah:

1) Keluarkan Sejarah Ketamadunan Melayu & Islam
2) Keluarkan Sejarah Kemasukan Pekerja Oleh British
3) Keluarkan Sejarah Ketidak-seimbangan dan Ketidak-adilan Sosio-Ekonomi & Pendidikan Pasca Penjajahan British
4) Keluarkan Sejarah Ketegangan Kaum Akibat Keadaan Sosio-Ekonomi Yang Berat Sebelah Tadi

Basically, ini yang cuba disampaikan dalam konotasi murni Nation Building dan membentuk bangsa Malaysia.

Tapi……. yang kelakarnya, dalam sejarah-sejarah “divisive” ini perlu dikeluarkan, mereka pada masa yang sama minta rakyat Malaysia ACKNOWLEDGE pendudukan British sebagai sebahagian dari sejarah negara..

Pertama, ini namanya cherry-picking. Keluarkan mana yang tidak sesuai dengan agenda sendiri. Simpan mana yang ok.

Keduanya, mana ada silibus sejarah kita tidak akui pendudukan British. Kan senang je katakan sejarah pendudukan mana yang boleh digunakan untuk agenda sendiri.

Tak perlu segan-segan dan malu-malu..

Mungkin ada yang membaca ini panas hati dan nak menidakkan. Boleh juga kata apa yang saya tulis ini hanyalah andaian saya sendiri.

Boleh je…

Tapi sebelum kata begitu kepada penulisan saya ini, saya cabar…
Saya cabar JIKA SEJARAH HARI INI DIKATAKAN SALAH, TUNJUKKAN SEJARAH VERSI ANDA YANG KONONNYA BENAR ITU..

Setelah ditunjukkan versi sejarah tersebut, baru kata tulisan saya ini andaian dan tuduhan tidak berasas semata-mata.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk rakan-rakan tahu apa yang sedang berlaku di luar sana. Bunyinya lunak dan nampak baik. Tapi niat yang tersembunyi itu yang perlu dipersoalkan..

Jangan telan semua bulat-bulat..

Kumpulan begini, selalu sahaja berkeliaran di media sosial.

Hujah anda akan dipatahkan semudah mereka berkata “Ini sejarah ditulis UMNO”, walaupun sumber sejarah yang anda beri itu catatan-catatan dari era Melaka serta ke atas.

Tak tahu pula UMNO telah wujud selama itu. Pasti menarik sejarah versi mereka ni.

And they say the Malays writes fairy tales and myths… Pfft…

Saya akhiri penulisan saya ini dengan satu kenyataan menarik dari sesi Q&A.

Seorang lelaki bangun mengatakan..

“Tanah Melayu, Melaka tidak pernah menggunakan Shariah Law. Kalau di Melaka dulu ada Shariah Law, kaum Baba & Nyonya, kaum Chettiar tidak akan wujud atau tinggal lama di sana.”

1) Mana mamat ni belajar pasal Shariah Law ni..? Awat sampai bangsa lain tak boleh ada di bawah Shariah Law..?

2) Mamat ni mesti tak pernah baca atau tak tahu asas-asas pembentukan Hukum Kanun Melaka. Cakap ikut sedap mulut.

3) And the fact that not even one speaker corrected him shows that either the speaker(s) have no real knowledge about History, or they simply don’t care to correct him for other reasons.

Apa sebabnya dia tidak diperbetulkan, saya tinggalkan persoalan ini untuk rakan-rakan Patriot menjawabnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Leave A Reply