Setiap kali membaca kisah-kisah penjelajahan baik penerokaan benua atau mengelilingi dunia, ia sentiasa didominasi oleh orang Barat. Malah, dalam bab penjelajahan Antartika, nama-nama seperti Robert Falcon Scott, Roald Amundsen dan Jean Baptiste-Charcot menjadi sebutan. Amat sedih apabila memikirkan penjelajah terawal Antartika bukan mereka tetapi seorang penjelajah Maori bernama Hui Te Rangiora.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mengikut kertas kajian yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Society of New Zealand, Hui Te Rangiora tiba di Antartika seawal abad ketujuh Masihi lagi. Penulis kajian Dr Priscilla Wehi turut mendedahkan nama kapal yang digunakannya semasa tiba di benua berkenaan iaitu Te Ivi o Atea.

Sebahagian daripada kisah Hui Te Rangiora diketahui dunia Barat menerusi juruukur dan pengkaji etnik Stephenson Percy Smith dalam satu kertas kajian pada akhir abad ke-19. Berikut keterangan-keterangan lisan orang Maori tentang Hui Te Rangiora yang direkodkan dalam catatan beliau:

  • Batu yang keluar dari laut (berkemungkinan merujuk kepada aisberg)
  • Laut membeku atau Te tai-uka-a-Pia
  • Haiwan hodoh yang berupaya menyelam jauh ke dalam air (berkemungkinan merujuk sama ada anjing laut atau singa laut)
  • Tempatnya berkabus dan gelap seperti tidak pernah disinari cahaya matahari (berkemungkinan tempoh di mana Antartica mengalami waktu malam melebihi 24 jam)
  • Kawasannya tandus dan tidak mempunyai sebarang bentuk tumbuhan.

Cerita-cerita yang didengar Smith berkemungkinan diambil daripada kisah-kisah lisan penduduk Ngāti Rārua dan Te Āti Awa. Dr Wehi melihat anekdot-anekdot yang direkodkan penjelajah Maori ketika itu sebagai pelik bin ajaib. Tetapi ia bertepatan dengan pelbagai keterangan tentang Antartika yang kita ketahui hari ini.

Pada era moden pula, jejak Hui Te Rangiora diikuti oleh seorang lelaki bernama John Sac atau Te Atu. Sac ialah anak kepada penangkap ikan paus Kapten William Stewart dan isterinya yang berdarah Ngapuhi. Beliau bukan saja orang Maori kedua tiba di Antartica tetapi orang New Zealand pertama melakukannya pada tahun 1840.

Te Atu tiba di Antartika menerusi kapal Vincennes, sebuah kapal penjelajah Amerika Syarikat. Ia digunakan sebagai cara memeta kawasan pesisir pantai Antartika dan merupakan sebahagian daripada Ekspedisi Penjelajahan AS yang dipimpin Leftenan Charles Wilkes.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ironinya, walaupun penjelajahan Antartika bertanggungjawab menaikkan nama beberapa penjelajah seperti Scott dan Amuendsen, ia tidak akan berlaku tanpa bantuan orang Maori. Bukan sedikit bilangan mereka yang menyertai ekspedisi-ekspedisi Antartika sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Misalnya, penangkap ikan paus berdarah Maori Buddy Willa merupakan sebahagian daripada ekspedisi menangkap ikan paus Norway di Laut Ross pada tahun 1920-an. Manakala pada 1934 dan 1935, Dr Louis Hauiti Potaka merupakan pakar perubatan kapal semasa ekspedisi kedua Richard E. Byrd ke benua berkenaan.

RUJUKAN:

Daly, M. (2021). Māori links to Antarctica from seventh-century Polynesian explorer who ventured far south. Stuff.co.nz.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.