Tidak ramai tahu satu ketika dahulu, Sicily, Itali pernah menjadi sebahagian daripada wilayah Islam. Semasa ia di bawah pemerintahan kerajaan Islam, Sicily dikenali dengan nama Emiriah Sicily dengan penduduknya dari pelbagai latar belakang dapat hidup dengan harmoni. Buktinya, pengkaji-pengkaji arkeologi menemui saki-baki daging babi pada fragmen-fragmen tembikar periuk makanan yang ditemui di sekitar Sicily.

83 fragmen diambil sekitar kawasan tapak arkeologi Palermo. Manakala 51 lagi fragmen diambil dari Casale San Pietro, sebuah lembah di luar bandar Castronovo di Sicilia, wilayah Palermo, Sicily. Analisis mereka mendedahkan beberapa keputusan menarik.

Antara tembikar periuk makanan yang diambil sampel dari pelbagai tapak arkeologi sekitar Sicily. Sumber: Viva Sacco.

Bagi penduduk-penduduk tempatan yang menetap di Palermo yang ketika itu berperanan sebagai pusat pentadbiran emiriah, selera makan mereka sama seperti umat Islam ketika itu. Ini termasuk daging kambing dan lembu serta pelbagai jenis sayur-sayuran. Bagi penduduk luar bandar, pemakanan mereka bukan sekadar meliputi daging babi tetapi juga produk tenusu dan anggur.

Analisis fragmen turut mendedahkan tidak wujud sebarang produk makanan laut atau air tawar termasuk ikan pada fragmen berkenaan. Menurut ketua pengkaji, Jasmine Lundy dari Universiti York, walaupun ada berpandangan ketiadaan babi dalam diet penduduk didorong oleh polisi kerajaan ketika itu, beliau menolak pandangan tersebut. Sebaliknya, beliau percaya ia masih menjadi diet penduduk tempatan yang bukan beragama Islam walaupun dihukum sebagai haram dimakan mengikut syariat Islam.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Selain babi, pasukan pengkaji turut mengesan sisa-sisa haiwan domestik termasuk kaprin (kibas dan kambing), lembu dan ayam pada tapak-tapak arkeologi tempat semua fragmen diambil. Campuran kepelbagaian jenis makanan direkodkan secara berterusan dalam teks-teks Arab. Dan Lundy percaya dengan memerhatikan perbezaan tapak-tapak arkeologi ini, ia akan menunjukkan perbezaan budaya golongan bandar dengan golongan luar bandar Sicily ketika itu.

Antara sayur-sayuran yang digunakan dalam pelbagai hidangan hasil pengaruh Islam di wilayah itu ialah bayam, kubis, bawang, turnip dan daun kucai. Selain itu, Lundy menambah hidangan-hidangan yang mendapat pengaruh Arab memperlihatkan rasa manis dan masam/masin kepada pemakannya. Misalnya, hidangan savuri daging dicampur dengan jus-jus buah tertentu seperti buah sitrus (limau dan lemon), epal atau anggur.

Emiririah Sicily dipuncak perluasan kuasanya.

Emiriah Sicily tamat pada akhir abad ke-11 selepas pemerintah berdarah Norman, Roger II mengambil alih wilayah tersebut. Bagaimanapun, baginda memilih mengekalkan status quo dengan kebanyakan aspek pentadbiran dan industri Sicily masih dikawal oleh umat Islam. Tetapi lama-kelamaan, populasi Muslim diberi pilihan sama ada berhijrah atau bertukar agama sekiranya mahu kekal di Sicily.

Raja Roger II

Ini mendorong ramai Muslim berhijrah dan ada juga yang memilih bertukar agama. Tetapi ada juga yang berpura-pura memeluk Kristian tetapi mengamalkan Islam secara rahsia. Menjelang 1206, satu pemberontakan umat Islam terhadap pemerintah ketika itu, Frederick II tercetus. Tetapi ia berjaya dipa.ta.hkan dan baginda bertindak balas dengan mengusir 60,000 umat Islam keluar dari pulau berkenaan.

RUJUKAN:

Liberatore, Stacy. (2021). Sicilians living under Islamic rule more than 1,000 years ago ate PORK even though it was banned, residue on medieval cooking pots shows. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.