Ops Daulat Lahad Datu – Perjuangan Yang Tidak Akan Dilupakan

1,830

Salah satu konflik yang dihadapi oleh pasukan pertahanan negara kita dan unit Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terhebat adalah k0nflik pencerobohan negeri Sabah yang berlaku sekitar awal tahun 2013. K0nflik yang berlangsung selama lebih kurang 6 minggu ini sekali lagi menunjukkan kesepakatan dan kerjasama antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) [TDM, TUDM dan TLDM), dan PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Marin malaysia (APMM) dalam menumpaskan p3nceroboh yang berasal daripada Selatan Filipina ini.

Gambar- Jamalul Kiram III (The Washington Post)

Kejadian ini bermula apabila seorang lelaki bernama Jamalul Kiram III, yang mengatakan dialah pemilik takhta Kesultanan Sulu menghantar beberapa orang mereka untuk menceroboh perairan negeri Sabah dalam usaha mereka untuk merampas negeri tersebut. Mereka mengatakan bahawa negeri Sabah merupakan negeri milik Sultan Sulu dan penghantaran beberapa orang ke jajahan milik negara Malaysia ini adalah bukan untuk berunding, sebaliknya lebih kepada untuk merampas secara peperangan negeri tersebut berdasarkan senjata-senjata api yang dibawa menyerupai satu skuadron askar kecil ini.

Gambar – Askar DiRaja Kesultanan Sulu (ADKS)

Jamalul Kiram III, atau nama sebenarnya Jamalul ibni Punjungan Kiram III yang dilahirkan pada 16 Julai 1938 merupakan seorang rakyat Filipina yang dikenali ramai atas kegagalannya untuk mendapatkan jawatan sebagai senator semasa pilihanraya umum Filipina pada tahun 2007. Kerana Sabah, yang dikenali sebagai Borneo Utara pernah menjadi jajahan kesultanan sulu, maka dia mulai membangkitkan kembali isu ini dan mula membuat perancangan untuk merampas semula kawasan ini, yang sebenarnya telah termetrai perjanjian persefahaman sempadan di antara presiden Filipina, Benigno Aquino III dan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, perdana menteri Malaysia pada 7 Oktober 2012.

Gambar – Agmibuddin Kiram (mstar.com.my)

Setelah melantik adik bongsunya, Agmibuddin Kiram sebagai ketua kumpulan operasi ini, mereka melancarkan operasi untuk merampas semula negeri Sabah. Bermula 9 Februari 2013, sekumpulan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu (ADKS) daripada Pulau Simunul, Tawi-Tawi yang terletak di selatan Filipina mulai tiba di perairan Sabah. Seramai 210 orang bersenjata ini menjadikan Kampung Tanduo yang terletak di Lahad Datu sebagai tempat perkumpulan mereka secara berperingkat dan pada 11 Februari 2013, mereka mengambil alih kawasan perkampungan ini.

Gambar – Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah

Penduduk kampung yang terkejut dengan kehadiran skuad ini melarikan diri dan meninggalkan kira-kira 15 buah rumahmilik mereka. Laporan awal mengatakan sekumpulan lelaki lengkap dengan pakaian seragam tentera dan bersenjata menceroboh dan mendjadikan rumah-rumah penduduk kampung ini sebagai tempat tinggal mereka. Antara s3njata yang dlaporkan kebanyakkannya adalah merupakan s3njata api yang berasal daripada era perang Vietnam seperti FN MAG 7.62 mm, M16A1, Rocket-propelled Gr3nade (RPG), mortar dan b0m tangan.

Presiden Filipina – Benigno Aquino III (Wikipedia)

Apabila berita mengenai perkara ini mulai tersebar ke seluruh negara, rundingan kedua-dua negara dimulakan. Beberapa kenyataan media dikeluarkan, antaranya adalah daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang telah memberitahu mengenai identiti para penceroboh tersebut telahpun dikenal pasti, dan tuntutan mereka untuk merampas negeri Sabah juga telah diketahui. Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan keadaan di sana terkawal, dan memberi tarikh 26 Februari sebagai tarik terakhir mereka untuk meninggalkan Malaysia bagi mengelakkan pertumpahan darah berlaku.

Gambar- Kenyataan Rasmi PDRM

PDRM telah diberi arahan untuk melakukan kepungan dan kordon dilakukan secara besar-besaran dengan cara sekatan jalan raya. PDRM dan APMM juga telah ditugaskan untuk menjaga perairan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan bertambah, dan hal ini dibantu oleh kerajaan Filipina yang telah menyekat sebarang kemasukkan sesiapa pun di bahagian selatan Filipina dengan menghantar 6 buah kapal milik tentera laut mereka.

Pada 24 Februari 2013, kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi mereka untuk membawa pulang kesemua daripada kumpulan penceroboh berkenaan, namun mereka tidak mahu bekerjasama dan Agmibuddin Kiram mengarahkan kerajaan Malaysia untuk berunding secara terus dengan abangnya, Jamalul Kiram III yang berada di Filipina. Mengikutknya, hanya Jamalul seorang sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan ADKS untuk melakukan apa-apa sahaja.

Setelah tarikh terakhir untuk mereka meninggalkan Malaysia tamat pada 26 Februari, kerajaan Malaysia masih lagi berbaik hati untuk membenarkan rundingan lagi, walaupun kelihatan seperti pihak mereka langsung tidak ingin berunding. Namun, pada 1 Mac 2013, ADKS mulai melancarkan serangan apabila mereka mulai mara dan ingin melepasi kordon polis yang terletak kira-kira 1500 meter daripada Kampung Tanduo.

Gambar- 2 Anggota Vat69 yang Terkorban pada 1 Mac 2013

Pert3mpuran ini meragut ny4wa 2 orang anggota polis daripada unit komando Vat69 iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud tetapi telah berjaya membvnuh 12 orang daripada ADKS.

Gambar – Selepas Pertempuran Tamat di Semporna

Belum pun berakhir lagi kesedihan akibat k3matian 2 orang anggota PDRM, pada keesokkan harinya, 2 Mac 2013, satu lagi pertempuran berlaku, kali ini di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah. Pertempuran ala gerila ini menyebabkan 6 orang daripada anggota PDRM mavt. Serangan hendap ini juga meng0rbankan 6 lagi anggota ADKS dikatakan bermula dengan penyerbuan pasukan polis PDRM kepada sebuah rumah yang dimiliki oleh pendatang asing tanpa izin daripada FIlipina setelah mereka menjadi suspek kepada dalang yang melindungi beberapa orang anggota ADKS dirumahnya.

Gambar- 6 Anggota Polis yang Terkorban di Semporna

Pada 3 Mac, Ketua Polis Negara mengesahkan perkara ini, dan hal ini mendapat perhatian daripada bekas perdana menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa tindakan keras harus dikenakan kepada ADKS.

Gambar – Pesawat F/A 18 Hornet Milik TUDM

Perbincangan damai kini tidak lagi merupakan satu pilihan pada peringkat ini. Jelas mereka tidak mahu berundur dan Jamalul Kiram III tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk berdamai. Justeru, akibat kelakuan mereka yang sudah melampaui batas ini, mahu tidak mahu, serangan dengan bantuan ketenteraan dan polis mulai dirancang.

Gambar – Serangan Udara oleh TUDM (TV3)

Pada 5 Mac 2013, Operasi Daulat dilancarkan. Operasi bersama ini dilancarkan dan diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menghantar 7 batalion ATM dan 1 batalion PGA bersama beberapa sokongan udara daripada pesawat milik TUDM iaitu 3 buah pesawat F/A-18 Hornet dan 5 buah pesawat BAE Hawk 208 mengeb0m tempat perkumpulan mereka iaitu di Kampung Tanduo setelah semua penduduk kampung tersebut dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Fajar Harapan.

Gambar – Anggota PASKAU Menggunakan GLTD

Beberapa unit kereta perisai seperti Armored Personnel Carrier (APC) Radpanzer Condor dan FNSS ACV-15 (ACV Adnan) sebagai sokongan tentera darat juga dihantar. Penggempur utama yang terdiri daripada pasukan komando tentera dan komando PDRM (Vat69) juga dihantar sebagai pasukan utama yang menjalankan risikan dan pemantauan mengenai kedudukan ADKS ini. Setelah posisi mereka ditanda dengan bantuan ground laser target designator (seperti di dalam gambar) bagi membantu pesawat mendapatkan lokasi tepat dan strategik untuk pengebom4n, kira-kira 60 anggota ADKS terk0rban dalam serangan ini.

Malangnya, semasa pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, salah seorang anggota ATM, Prebet Ahmad Hurairah Ismail terk0rban akibat dit3mbak militan ini. Juga, dalam usaha membekalkan makanan kepada pasukan keselamatan, Prebet Ahmad Farhan Roslan meningg4l dunia akibat kemalangan jalan raya di jalan Cenderawasih-Lahad Datu.

Gambar – Pasukan Vat 69

Timbul juga beberapa perkara yang menjadi kepelikan seperti yang diceritakan oleh Konstabel Andy Mahmud daripada PGA Sarawak dalam menceritakan pengalamannya berdepan dan bertempur dengan musuh yang dikatakan mempunyai ilmu kebal. Katanya, mereka menerima arahan secara secara verbal untuk menemb4k di bahagian kepala dan kaki musuh sahaja kerana ada beberapa anggota ADKS yang mereka pasti telah dapat men3mbak 2-3 das pelurv di dada mereka, namun, setelah mereka memeriksa badan m4yat tersebut yang hanya ma7i apabila ditemb4k di kepala, ternyata lubang kesan temb4kan di dada itu hanyalah berada pada baju, tidak pada badan. 

Namun, hal sedemikian tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan, dan sememangnya menjadi sesuatu yang diperhatikan ramai terutama pada badan musuh yang terkorb4n ini bahawa hampir kesemua mereka yang mat1 adalah akibat dit3mbak di kepala atau yang betul-betul hancur akibat dib0m. Semasa pertempuran ini sedang mencapai kemuncaknya, pelbagai isu lain terjadi antaranya adalah rusuhan 100 orang rakyat Filipina membuat rusuhan di kedutaan Malaysia yang terletak di Makati Filipina (yang berakhir tanpa apa-apa tragedi) serta penglibatan Moro National Liberation Front (MNLF) yang kononnya sedang juga mempersiapkan tenteranya untuk membantu rakyat Filipina di Malaysia, namun hal sedemikian dikatakan hanyalah fitnah semata-mata.

Gambar- Selepas Pengeboman di Kampung Tanduo

Setelah pertempuran sengit berlaku dan usaha gigih pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan negara, pada 22 Mac 2013, lebih kurang 6 minggu daripada peristiwa pencerohan ini bermula, konflik tersebut akhirnya tamat dengan kem4tian sebanyak 68 orang daripada anggota ADKS dan penangkapan seramai 111 penggan4s Sulu di mana 8 daripadanya didakwa di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

104 warga Filipina yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden ini juga ditahan. Mereka yang ditangkap diletakkan di bawak Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dengan pelbagai kesalahan seperti penggunaan identiti palsu untuk memasuki negeri Sabah. 6 bulan kemudian, Agmibuddin Kiram meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya yang terletak di Tawi-Tawi manakala Jamalul Kiram III pula maut akibat kegagalan organ di ‘istana’ miliknya yang terletak di Sulu.

Gambar – ESSZONE – Bernama Infographics

Setelah insiden tamat, kerajaan Malaysia yang telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah semasa konflik sedang berlaku dan ditukarkan namanya kepada Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 25 Mac 2013 bagi memperketatkan lagi kawalan keselamatan dan kawalan perairan Sabah bagi menangani mana-mana pencerobohan seumpama ini daripada berlaku lagi.

Anggota keselamatan Malaysia yang terkorban menerima bantuan khas sebanyak RM100,000 dan mereka juga dinaikkan pangkat supaya keluarga mereka mendapat bayaran pencen yang lebih tinggi. Mereka yang tercedera pula menerima bantuan sebanyak RM50,000 daripada kerajaan negeri serta RM1000 dan bantuan pembinaan semula rumah dan kerosakkan daripada konflik yang melanda ini diserahkan kepada penduduk khususnya mereka yang menetap di kampung Tanduo.

Insiden sebegini menjadi pengajaran kepada kesemua rakyat negara kita akan kepentingan kawalan keselamatan di sempadan yang memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, tetapi di sempadan-sempadan dengan negara lain khususnya di Semenanjung Malaysia. Juga, kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai pasukan pertahanan yang hebat dan terlatih, dan dapat menumpaskan musuh dengan serangan yang sistematik tanpa melibatkan nyawa orang awam.

Di sini, sekali lagi saya akan menyenaraikan senarai anggota yang terk0rban sepanjang konflik ini berlangsung. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam kalangan orang yang beriman. (pangkat mereka dinaikkan untuk meningkatkan bayaran pencen)

Anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Inspektor Zulkifli Mamat (ASP)

Koperal Sabaruddin Daud (Sarjan)

Supt Ibrahim Lebar (ACP)

ASP Michael Anak Padel (DSP)

Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan Mejar)

Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal)

Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar)

Koperal Salam Tugiran (Sarjan). 

Anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Prebet Ahmad Hurairah Ismail (Koperal)

Prebet Ahmad Farhan Ruslan (Koperal)

Sudah tentu baru-baru ini, kenyataan daripada pihak yang mencemuh anggota keselamatan kita ini dapat diibaratkan seperti mereka telahpun lupa apakah peristiwa demi peristiwa yang berlaku dan sepatutnya menjadi pengajaran kepada pemikiran mereka yang lunak itu.

Apapun, kami, sebagai warga The Patriots ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua anggota pertahanan negara Malaysia baik daripada ATM, PDRM dan juga PDRM atas jasa dan bakti yang telah mereka curahkan kepada negara kita. Salam takziah juga kami ucapkan sekali lagi kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban dalam pertempuran ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.