Operasi Shah Eufrat: Usaha Turki Melindungi Makam Bapa Kepada Etrugul

1,922

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Berdasarkan catatan sejarah dan cerita-cerita hikayat tradisi Empayar Uthmaniyyah, tokoh penting yang memimpin migrasi suku Kayı dari Isfahan ke Aleppo, iaitu Süleyman Shah, merupakan anak lelaki kepada Kaya Alp. Beliau adalah bapa kepada pemimpin penerusnya yang mengetuai cabang bangsa nomad Turki Oghuz itu, tidak lain dan tidak bukan, Ertuğrul Gazi. Ertuğrul pula merupakan bapa kepada Osman Gazi, pengasas Empayar Uthmaniyyah.

Pada mulanya, kajian awal mengenai salasilah keturunan terawal dinasti Uthmaniyyah ini menyebabkan berlaku pertikaian terhadap status keturunan ini, status Süleyman Shah sebagai bapa kepada Ertuğrul dipersoalkan berikutan terdapat juga dakwaan bahawa seorang lagi tokoh bernama Gündüz Alp juga dipercayai merupakan datuk kepada Osman merangkap bapa kepada Ertuğrul.

Akhirnya sejarawan menemui titik persamaan dan bersependapat bahawa Gündüz Alp bukanlah bapa Ertuğrul tetapi beliau adalah anak kepada Ertuğrul dan abang kepada Osman.

Kepentingan Makam Süleyman Shah

Sebuah makam penting era Uthmaniyyah yang asalnya berada disekitar atau berdekatan dengan Qal’al Ja’bar (istana pemerintah Syria) adalah dikaitkan secara bersejarah dengan tokoh lagenda bernama Süleyman Shah ini.

Makam Süleyman Shah menurut tradisi Uthmaniyyah, adalah kubur yang menjadi tempat jasad Süleyman Shah bersemadi, namun jasadnya itu tidak pernah ‘berehat dengan aman’. Ini berikutan makam legenda ini semenjak mula dibina setelah kemangkatan Süleyman Shah pada tahun 1236 hingga sekarang, ia telah berpindah randah ke tiga lokasi yang berbeza, dan semuanya bertempat di dalam sempadan negara Syria sekarang. Dari tahun 1236 hingga 1973, lokasi pertamanya adalah berhampiran istana Qal’at Ja’bar di wilayah pentadbiran Raqqa, Syria.

Kompleks makam Süleyman Shah pertama kali dibina pada tahun 1886 semasa era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II

Süleyman Shah dipercayai hidup sekitar antara tahun 1178 hingga tahun 1236. Pada saat-saat terakhir hayatnya, Süleyman Shah dipercayai telah tenggelam dan m4ti lem4s di sungai Eufrat berhampiran istana Qal’at Ja’bar, tempat yang sama menjadi lokasi pengebumiannya, dan berdasarkan beberapa hikayat legenda, datuk kepada pengasas Uthmaniyyah itu dikebumikan sangat dekat dengan istana itu, dan lokasinya ditandakan hingga ia dibaikpulih secara beransur-ansur mengikut zaman, bermula dengan zaman Ertuğrul Gazi sendiri.

Pemindahan Pertama

Pada tahun 1973, daerah di sekitar istana Qal’at Ja’bar, bersama dengan lokasi kompleks makam sedang ditenggelami air ketika Empangan Tabqa pecah dan bakal membentuk Tasik Assad. Makam itu, dengan persetujuan antara Turki dan Syria kemudiannya dipindahkan ke lokasi baru sekitar 85 kilometer ke utara tetapi ia juga bertempat di pinggir Sungai Eufrat dan juga di  Syria, 10 km di barat laut bandar Sarrin, di Aleppo, dan sekitar 27 km dari sempadan Turki.

Sehingga Februari 2015, Turki mengekalkan keberadaan unit tenter4 kecil di tapak makam ini untuk ditugaskan sebagai pengawal kehormat.

Pada awal tahun 2015, menurut Al Jazeera, makam itu dikelilingi oleh kumpulan lSIL. BBC bagaimanapun menyatakan, bahawa setelah mengusir ISlL keluar dari Kobanî pada bulan Januari 2015, Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan pember0ntak Syria menguasai beberapa kampung di sekitar makam tersebut.

Operasi Eufrat

Semasa kerajaan Republik Turki campur tangan dalam Per4ng Saudara Syria pada tahun 2015, Angkatan Bersenj4ta Turki melancarkan satu operasi berskala besar di perkampungan Karakozak Syria, yang berjarak 37 kilometer dari sempadan Turki. Kira-kira 500 anggota pasukan khas yang dilengkapi dengan kenderaan berperisai dan senj4ta berat turut serta dalam operasi tersebut.

Sebahagian daripada aset tentera Turki yang dihantar untuk memindahkan makam Süleyman Shah

Makam Süleyman Shah merupakan aset sejarah yang penting bagi bangsa Turki, ia dikawal di oleh satu unit ketenter4an yang ditempatkan di sekitar perkampungan itu. Tanah seluas 10 ekar yang menempatkan makam tersebut diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah Turki mengikut syarat Perjanjian 1921 yang dipersetujui bersama Perancis.

Pada bulan Mac 2014, kumpulan pengg4nas IsIamic State Of Levant and Iraq (ISlS) telah menawan wilayah di mana makam itu berada, maka sejak itu Ankara mengawasi makam tersebut dengan teliti, tenter4 pengawal ditempatkan di pos kawalan yang menjaga makam untuk mencegah sebarang kemungkinan ser4ngan.

Mereka bertindak ketika mengesan aktiviti bersenj4ta lSIS di sekitar makam dan apabila k0nflik antara kumpulan Kurdish dan ISlS semakin meningkat. Operasi dilaksanakan pada waktu malam, mereka memindahkan sisa jasad Süleyman Shah dari makamnya ke lokasi yang lebih selamat di Syria, berhampiran dengan sempadan Turki dan 38 anggota tenter4 dipindahkan ke Turki.

Operasi itu diberikan nama kod ‘Şah Fırat Operasyonu’ atau Operasi Shah Eufrat (Operation Shah Euphrates). Makam itu dipindahkan dengan melintasi wilayah yang berisiko tinggi di mana ia didominasi oleh milit4n lSIS dan Parti Kesatuan Demokratik (PYD), yang disenaraikan sebagai organisasi pengg4nas oleh kerajaan Republik Turki. Ini adalah operasi berskala besar buat julung kalinya dilaksanakan oleh Angkatan Bersenj4ta Turki di Syria. Dan kerana itu ia telah mencetuskan banyak perdebatan.

Jentera yang digunakan ketika kerja-kerja mengeluarkan jasad Süleyman Shah

Walau bagaimanapun, ketika Operasi Shah Eufrat menjadi topik perbahasan di parlimen negara itu, ia tidak membawa sebarang manfaat kerana lebih bersifat perbahasan politik demokrasi. Perbahasan tertumpu pada persoalan sama ada operasi itu berjaya atau tidak dan adakah ia menjamin kemenangan atau kekalahan.

Ini kerana parti-parti politik cuba memanipulasi Operasi Shah Eufrat sebagai alat propaganda politik dalam negara dan meningkatkan kadar peratusan undi masing-masing hasil dari polemik ini menjelang pilihan raya umum pada 7 Jun 2015.

Objektif Dan Manfaat Politik

Apabila kes ini dilihat secara rasional dengan meninggalkan dasar domestik, kita dapat melihat gambaran menarik yang meramalkan masa depan Turki dalam masa terdekat pada waktu itu. Operasi Shah Eufrat bukanlah operasi yang dilakukan sebagai propaganda politik untuk meraih undi, mengubah agenda domestik atau sebagai ‘gula-gula’ untuk pengundi Turki dari golongan konservatif semata-mata, itu hanya sekadar hadiah bonus.

Objektif utamanya adalah, ia dilaksanakan sebagai satu operasi ketenter4an yang dirancang oleh Ankara untuk mencegah sebarang ancaman b4haya berlanjutan yang sedang berlaku di rantau itu. Kerajaan Turki menganggap mereka ‘terpaksa’ melaksanakannya.

Baik, sebelum kita teruskan, penulis ingin menekankan bahawa wilayah ini mempunyai dua perkara tidak jelas bagi Turki. Yang pertama adalah hakikat nyata yang mereka tidak tahu berapa lamakah lagi Presiden Syria Bashar Assad akan mempertahankan kerusinya dan bilakah per4ng saudara di Syria akan berakhir. Yang kedua adalah sasaran lSIS pada masa hadapan yang tidak diketahui, yang pernah cuba dilakukan ISlS tetapi gagal di Kobani, dan siapa yang akan menanggung kerugian di Kobani.

Kumpulan pengg4nas lSIS

lSIS bertindak balas terhadap kedatangan pasukan peshmerga (geril4 nasionalis Kurdish) di Kobani melalui tindakan diplomatik oleh Turki. Pangkalan Turki yang terletak di Iraq dan Syria mungkin menjadi sasaran. Turki kemudiannya akan menandatangani perjanjian latihan dan kelengkapan dengan Amerika Syarikat.

Ini adalah titik penting memandangkan ia memberikan idea mengenai waktu operasi. Turki melancarkan Operasi Shah Eufrat ketika mereka menyedari telah timbulnya kemungkinan ISlS akan menyasarkan Turki setelah kekalahannya di Kobani.

Operasi itu juga dilakukan dua hari setelah perjanjian latihan dan kelengkapan yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat yang bermaksud Ankara ingin mendapat kelebihan dari segi taktikal dan mengambil inisiatif untuk insid3n yang mendatang. Satu sumber menegaskan bahawa Turki melancarkan operasi ini atas dasar “mengambil inisiatif” dan “mencegah prov0kasi,” sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan mereka pernah menghadapi krisis 49 kakitangan kedutaan Turki yang dijadikan tebvsan oleh ISlS di Mosul.

Operasi Shah Eufrat sangat penting dalam konteks ini. Turki tidak mahu menghadapi krisis Mosul kali kedua dalam menghadapi perkembangan politik baharu di rantau itu. Mereka ingin mengambil inisiatif dalam langkah-langkah yang harus diambil terhadap lSIS, atau mungkin terhadap Assad. Ini sekaligus menghalang sebarang cubaan manipulasi terhadap makam Süleyman Shah.

Rangkuman Kronologi Operasi

Operasi Shah Eufrat dilaksanakan oleh Angkatan Bersenj4ta dari tenter4 Turki bertujuan untuk memindahkan lokasi makam Süleyman Shah di Syria yang berlangsung pada 21-22 Februari 2015. Makam bersejarah bangsa Turki itu berada di dalam ancaman kemvsnahan kerana pada waktu itu ia terletak di dalam satu-satunya kawasan Turki di dalam daerah asing (foreign enclave), dan dikelilingi oleh ‘Negara Khilafah Islam’ yang diisytiharkan oleh pengg4nas lSIL @ ISlS selama lebih dari 4 bulan.

Kompleks makam Süleyman Shah

Pada malam 21–22 Februari 2015, sebuah konvoi bersenj4ta tenter4 Turki termasuk unit kereta kebal dan kenderaan perisai lain yang berjumlah kira-kira 100 buah kenderaan memasuki Syria untuk memindahkan 40 orang pengawal makam dan memindahkan jen4zah Süleyman Shah. Seorang anggota tenter4 terk0rban semasa operasi. Kompleks pemakaman itu telah dimvsnahkan bagi mengelakkan ia memberi manfaat kepada lSIS.

Makam itu sekarang terletak di wilayah yang dikuasai Turki 200 meter di dalam Syria, 22 km di sebelah barat Ayn al-Arab dan 5 km di sebelah timur Eufrat, kurang dari 2 km ke tenggara Perkampungan Turki Esmesi yang berada di Daerah Birecik paling selatan.

Beberapa tahun sebelum itu iaitu pada Ogos 2012, Presiden Recep Tayyip Erdogan (ketika itu masih PM) telah memberi amaran bahawa sebarang gangguan terhadap makam itu akan dianggap sebagai “ser4ngan ke atas wilayah Turki, dan juga ser4ngan terhadap tanah Nato”. Tahun 2014, parlimen Turki meluluskan tindakan kekerasan terhadap milit4n IS.

Makam itu dikawal secara kekal oleh satu kontinjen pengawal keselamatan berjumlah sekitar 40 anggota tenter4, yang bertukar shif secara berkala. Tapak bersejarah ini merupakan sebahagian dari wilayah Turki yang kedudukannya berada di luar sempadan Turki berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1921 dengan Perancis yang memberikan Turki hak untuk menempatkan pengawal dan mengibarkan bendera Turki di sana.

Protokol yang diamalkan sejak 2003 antara Republik Turki dengan Republik Arab Syria berkaitan Makam Süleyman Shah (di lokasi keduanya) memberikan hak transit terhadap Turki untu keluar dan masuk kawasan makam melalui wilayah Syria, samada untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kompleks makam.

Bendera Turki dipacak sebagai simbolik kejayaan operasi

Sejak 2014, kedudukan rasmi Turki menunjukkan tanah di sekitar lokasi kedua makam (1973 – Februari 2015) adalah atau merupakan wilayah berdaulat Turki. Turki juga meminta pengunjung tapak ini untuk membawa pasport. Namun, belum ada bukti yang menunjukkan bahawa negara-negara lain, termasuk Syria, secara terbuka menyokong kedudukan Turki ini.

Pendirian Syria adalah bahawa penempatan semula yang pertama telah melepaskan hak Turki atas kedaulatan tapak ini, dan penempatan semula makam yang terbaru pada Februari 2015 (ke lokasi ketiga) adalah bertentangan dengan Perjanjian Ankara.

Namun apa yang pasti, usaha ini membuktikan hubungan rohani itu masih wujud di antara kerajaan Republik Turki dengan pendahulunya, Empayar Uthmaniyah, lebih-lebih lagi apabila Turki dianggap sebagai negara yang tidak pernah dij4jah secara terus semenjak era Uthmaniyah hinggalah era republik. Republik Turki dianggap sebagai penerus Uthmaniyah namun dengan sistem yang berbeza, dan pemerintahan oleh bangsa yang sama.

Pada 2 April 2018, Wakil Perdana Menteri Republik Turki, Fikri Işık mengumumkan, makam itu akan dipindahkan kembali ke lokasi asalnya di utara Syria.

RUJUKAN:

Aktar, Cengiz. (2015). The truth about Operation Shah Euphrates. Al Jazeera.

Burns, R. (1999). Monuments of Syria. An Historical Guide. London: I.B. Tauris.

Manav, Bekir (2017). Ertuğrul Gazi (in English). Pergole Yayınları.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.