Moving Forward As One

Operasi Riddah: Operasi Menyelamat Akidah Umat

922

PayLater by Grab

Selepas kewafatan Rasulullah , timbul gerakan murtad di pelbagai tempat di tanah Arab.Ada dikalangan mereka bukan sahaja murtad dari Agama Islam bahkan mengaku sebagai Nabi atau Rasul. Ada juga dikalangan mereka yang enggan membayar zakat dan menentang keabsahan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RAH sebagai Khalifah (pemimpin) selepas kewafatan Rasulullah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mereka ini juga merencana untuk men.yera.ng Kota Madinah yang pada ketika itu menjadi pusat pemerintahan Negara Islam Madinah. Khalifah Abu Bakar RAH mengambil beberapa langkah keselamatan untuk menjaga kedaulatan Negara Islam Madinah. Antara langkah yang diambil ialah menghantar beberapa pasukan dan menempatkan mereka di beberapa pos kawalan di sekitar Kota Madinah Al-Munawwarah.

Khalifah Abu Bakar RAH juga membentuk 11 pasukan tentera untuk membanteras golongan murtad dan golongan yang enggan mengeluarkan zakat ini.Operasi membanteras ini digelar operasi Riddah.

Ketua Panglima Islam yang diamanahkan untuk Operasi Riddah

Sebelum kewafatan Rasulullah ﷺ telah ada yang mengaku menjadi Nabi.Pada masa Nabi Muhammad ﷺ masih hidup,ada dua orang yang mengaku menjadi Nabi iaitu Musailamah Al-Kadzab dari Bani Hanifah dan Aswad Al-Ansi dari Yaman.Namun,setelah kewafatan Rasulullah SAW bilangan yang mengaku menjadi Nabi bertambah dan ini amat membimbangkan Khalifah Abu Bakar RAH dan ianya akan merosakkan akidah Ummat Islam.

Musailamah Al-Kadzab

Musailamah pernah mengutus surat kepada Rasulullah ﷺ dan meminta baginda untuk berkongsi kawasan pemerintahan dan meminta untuk mengakui kenabiannya. Setelah Baginda ﷺ mendapat surat ini,baginda menggelarnya Al-Kadzab yang membawa maksud Sang Pendusta.

Musailamah juga melakukan pelbagai kemungkaran ke atas agama Islam. Dia mengubah syariat Islam dengan mengurangkan bilangan solat, membuat ayat Al-Quran palsu dan mendakwanya ianya wahyu.

Dia juga cuba untuk meniru mukjizat yang ada pada diri Nabi Muhammad ﷺ. Namun,perkara yang dibuatnya itu bukan mendatangkan manfaat malahan memburukkan lagi keadaan. Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Musailamah semakin galak menyebarkan penipuannya dikalangan bangsa Arab yang lemah imannya.

Bilangan pengikut Musailamah ini mencecah puluhan ribu orang. Ditambah lagi dengan perkahwinan Musailamah dengan seorang Nabi palsu dari kalangan wanita. Bilangan pengikut Musailamah dan Sajjah ini mencecah 40 000 orang. Bilangan ini terlalu ramai dan ini akan mengancam ibu kota Negara Islam Madinah.

Justeru itu, Khalifah Abu Bakar RAH mengirim Sayyidina Ikramah bin Abu Jahal RAH untuk menewaskan Musailamah Al-Kadzab di Yamamah. Pasukan Ikramah ini akan digandakan jumlahnya dengan pasukan bantuan yang dipimpin oleh Sayyidina Syurahbil bin Hasanah. Namun, Sayyidina Ikramah yang pada ketika itu bersifat darah muda lantas melancarkan s.erang.an tanpa menanti bantuan daripada Sayyidina Syurahbil bin Hasanah RAH. Se.rang.an yang gopoh ini mengakibatkan kekalahan keatas pasukan Sayyidina Ikramah Abu Jahal RAH.

Pasukan Sayyidina Ikramah terpaksa berundur dan diarahkan oleh Khalifah Abu Bakar untuk meny.er.ang di kawasan lain. Kemenangan ke atas pasukan Sayyidina Ikramah ini menjadikan Musailamah semakin galak untuk mem.eran.gi pasukan Islam. Kegembiraan mereka itu tidak akan bertahan lama sehinggalah tiba Sayyidina Khalid Al-Walid RAH.

Sayyidina Khalid Al-Walid RAH memberi peluang kepada Musailamah dengan penawaran agar kembali kepada Agama Islam yang sebenar dan mentaati Sayyidina Abu Bakar RAH sebagai Khalifah. Namun, dengan sombongnya Musailamah tidak menghiraukan langsung ajakan panglima Islam itu. Dengan tanda itu genderang p.eran.g pun dipalu menandakan bermulanya pe.ran.g. Takbir bersahutan daripada pasukan Islam menggegar bumi Yamamah.Serentak itu,pasukan Islam mara dengan penuh keberanian.

Di dalam pertempuran ini ramai para Huffaz Al-Quran telah gugur sebagai Syuhada. Antaranya,Salim Maula Abu Huzaifah.Seorang yang kuat ingatannya dan seorang yang pakar Al-Quran. Sayyidina Abu Huzaifah melaungkan “Wahai Ahli Al-Quran hiasilah Al-Quran dengan perbuatan kamu!”. Lantas,menyerbu pasukan musuh laksana singa yang kelaparan dan akhirnya syahid.

Pertempuran semakin sengit, sedikit demi sedikit pasukan Musailamah berjaya dipukul mundur dan pasukan Musailamah berundur ke kubu Hadiqat(Kebun).Mereka bertahan didalamnya dan mereka menyakini bahawa mereka akan terselamat didalamnya.

Sangkaan mereka meleset, Sayyidina Barra bin Malik berjaya memanjat kubu Hadiqat dan seterusnya membuka gerbang kubu. Pasukan Muslimin menerobos ke dalam kubu bagaikan ombak yang tidak bertepian. Di tengah sengitnya pe.ra.ng, seorang penombak mahir yang bernama Wahsyi bin Harb sedang cuba membidik mangsanya iaitu Musailamah Al-Kadzab.

Ya! Wahsyi bin Harb yang telah berjaya memb.unu.h Sayyidina Hamzah Asadullah di medan Uhud dan kini dia ingin menebus kembali dosanya yang lalu dengan memb.un.uh Musailamah Al-Kadzab dengan tombaknya.Musailamah akhirnya terdedah sedikit daripada pasukannya.

Dengan penuh tawakal, Wahsyi melemparkan tombaknya dan langsung menusuk jantung Musailamah Al-Kadzab. M.atin.ya Musailamah Al-Kadzab ini menandakan kalahnya pasukan Bani Hanifah ini. Dan kemenangan milik pasukan Muslimin.

Tulaihah Al-Asadi

Tulaihah berasal dari Bani Asad. Dia mengaku sebagai Nabi dari Bani Asad dan dakyahnya ini berjaya mempengaruhi golongan yang lemah imannya. Dia juga berjaya mempengaruhi seorang pemimpin Arab dari Bani Fazarah yang bernama Uyaynah bin Hisn. Mereka ini telah bersepakat untuk me.meran.gi pasukan Muslimin di Madinah.

Khalifah Abu Bakar RAH mengirim Sayyidina Khalid Al-Walid RAH untuk menewaskan mereka.Kedua-dua pasukan ini bertemu di suatu tempat yang bernama Buzakha.Seperti biasa,tawaran dihulur kepada Tulaihah Al-Asadi.Namun,reaksi yang sama seperti Musailamah Al-Kadzab.Maka,tercetuslah pertempuran yang sengit diantara keduanya.

Sayyidina Khalid Al-Walid RAH berjaya memukul mundur pasukan musuh dan menawan Uyaynah bin Hisn. Manakala, Tulaihah Al-Asadi berjaya lari dari medan p.eran.g meninggalkan pasukannya dan menuju ke Syam. Uyaynah bin Hisn dibawa ke Madinah untuk pengadilan. Beberapa tahun kemudiannya, Tulaihah Al-Asadi bertaubat dari kesalahannya dan menghadap Khalifah Abu Bakar RAH lalu menyatakan syahadahnya dan kesetiaannya kepada Khalifah Abu Bakar RAH.

Aswad Al-Ansi

Aswad Al-Ansi yang berasal dari Yaman ini dan telah mengaku menjadi Nabi bagi penduduk San’a.Pada ketika itu,Rasulullah ﷺ masih hidup dan utusan baginda ke Yaman iaitu Sayyidina Muaz bin Jabal RAH telah diusir keluar dari Yaman.Aswad Al-Ansi berjaya menguasai pemerintahan di Yaman dan menjalankan dakyahnya dikalangan rakyatnya

Akhirnya,dia dib.unu.h oleh panglima kanannya sendiri iaitu Fairuz.Dia dibu.nu.h ketika dia sedang tidur di kamarnya.Maka,bebaslah Yaman daripada ancaman Nabi palsu ini.

Golongan yang tidak membayar Zakat

Golongan ini antara golongan yang terawal dip.eran.gi oleh Khalifah Abu Bakar RAH.Bahkan,Khalifah Abu Bakar sendiri memimpin meny.era.ng mereka.Tercetuslah pertempuran di Rabdzah dan kemenangan berjaya dikecapi oleh Khalifah Abu Bakar RAH.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Setelah kemenangan itu, berbondong-bondonglah penduduk Arab yang tadinya ingkar perintah zakat menunaikan zakat serta menyatakan kesetiaannya kepada Khalifah Abu Bakar RAH.

Kemenangan berikutnya menyusul pasukan Muslimin di medan yang lainnya di Bahrain dan Oman.Akhirnya,pasukan Muslimin berjaya menewaskan kesemua Nabi palsu serta mengembalikan ketertiban di Jazirah Arab dan menyatukan mereka semua di bawah panji Khulafa Ar-Rasyidin Sayyidina Abu Bakar RAH.

Setelah kemenangan operasi Riddah ini maka bermulalah tumpuan baharu Khalifah Abu Bakar RAH iaitu ekspedisi ke Iraq dan Syam.

RUJUKAN:

Al-Bidayah Wa An-Nihayah – Al-Hafiz Imam Ibnu Kathir (Zaman Khulafa Ar-Rashidin)

Sejarah Khalifah Rasulullah SAW – Prof Dr Amin Qudah (Terbitan PTS Islamika

Ruangan komen telah ditutup.