Semasa P3rang Dunia Kedua (WW II), semua sedia maklum permusuhan tegar antara diktator N4z1 Jerman, Ad0lf H1tl3r terhadap pihak Bersekutu. Dengan pihak rejim berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan termasuk kegagalan mendominasi ruang udara Britain (Pertempuran Britain) dan tentangan sengit Kesatuan Soviet (Operation Barbarossa), H1tl3r memerlukan idea baru untuk membuka ruang kepada kemenangan rejim N4z1 dalam WW II. Dan ini membawa kepada Operasi Long Jump (Unternehmen Weitsprung).

Operasi Long Jump ialah operasi pembvnvhan ke atas tiga ketua kerajaan pihak Bersekutu iaitu Winston Churchill (Britain), Franklin Delano Roosevelt (Amerika Syarikat) dan Josef Stalin (Soviet). Pilihan ini diambil memandangkan ketiga-tiga tokoh ini akan bertemu di Tehran untuk satu persidangan di sana bagi membincangkan strategi menghadapi ancaman rejim N4z1 termasuk membuka medan kedua di Eropah Barat. Persidangan itu diadakan di Kedutaan Soviet di Tehran pada 28 November hingga 1 Disember 1943.

Pada ketika itu, Iran diduduki oleh pakatan British-Soviet sebagai cara menjamin pengangkutan bahan-bahan mentah yang dihantar dari Amerika Syarikat sampai ke Soviet. Walaupun Iran mengisytiharkan diri sebagai negara berkecuali sejak September 1939 dan mempunyai ramai askar Bersekutu di situ, itu tidak menghalang Dinasti Pahlavi yang memerintah Iran ketika itu meneruskan polisi pro-Jermannya.

Atas sebab itulah, untuk mengelak Iran dari menjadi rakan tidak langsung rejim N4z1, pakatan Britain-Soviet menceroboh Iran pada Ogos 1941. Pemerintah Iran ketika itu iaitu Shah Reza Shah Pahlavi turun takhta secara sukarela dan tinggal dalam buangan di Afrika Selatan sebagai tukaran kepada jaminan kedudukan Dinasti Pahlavi dengan puteranya Mohammad Reza menaiki takhta sebagai Shah Iran yang baru.

Sebelum hari persidangan bermula, kawalan keselamatan di Tehran amat ketat. Pihak tentera Bersekutu menubuhkan pos-pos pemeriksaan di mana pengguna jalan raya dan pejalan kaki perlu menunjukkan dokumen pengenalan mereka apabila diperiksa. Kedutaan Britain dan Kedutaan Soviet yang dikawal ketat terletak bersebelahan antara satu sama lain dalam sebuah kawasan taman yang dikelilingi tembok di tengah-tengah pusat bandar sementara Kedutaan Amerika Syarikat pula hanya dipisahkan dengan jarak sebatu.

Seperti mana ibu kota-ibu kota negara lain dalam WW II, tidak sah jika Tehran tidak melihat kehadiran ejen-ejen asing sama ada dari pihak N4z1 atau pihak Bersekutu. Rejim meletakkan sekurang-kurangnya 400 ejen Jerman beroperasi di Iran semasa WW II. Manakala pihak Soviet pula bertindak balas dengan menubuhkan Perkhidmatan Perisikan Asing Soviet di Iran yang diketuai Ivan Agyavants. Tugas Agyavants mudah saja iaitu mencantas mana-mana operasi yang digerakkan perisikan asing yang boleh mengancam kepentingan Soviet dan kepentingan ekonomi Iran.

Tetapi untuk Operasi Long Jump, rejim N4z1 memilih orang yang paling sesuai untuk tugas ini. Orang yang dimaksudkan ialah Otto Skorzeny atau James Bond versi SS. Skorzeny bukan calang-calang orangnya kerana merupakan antara ejen Jerman yang bertanggungjawab membawa keluar diktator Itali, Benito Mussolini yang ditahan oleh kerajaan Itali beberapa bulan sebelumnya selepas disingkirkan oleh Raja Victor Emmanuel III dan digantikan oleh Marshal Pietro Badoglio. Atas kejayaan ini, beliau dianugerahkan pingat Knight’s Cross of the Iron Cross dan hutang Budi Fvhr3r.

Namun, jika Skorzeny menjangkakan operasi ini akan mendapat sokongan warga Iran, maka beliau harus mengingati apa yang berlaku pada Operasi Francois. Operasi Francois ialah operasi rahsia rejim dengan tujuan berhubung dengan kelompok penentang di Iran dan menggalakkan mereka mensabotaj laluan bekalan pihak Bersekutu ke Rusia. Bagaimanapun, sebaik tiba, Skorzeny mendapati kelompok pemberontak tidak mempunyai keinginan untuk membantu mereka sekaligus membawa kepada pembatalan operasi berkenaan.

Pada pertengahan Oktober 1943, Abwehr (perisikan Jerman) mendapat tahu tentang Persidangan Tehran. Tidak diketahui siapa sebenar perancang sama ada Skorzeny atau bosnya Ernst Kaltenbrunner (berkemungkinan Kaltenbrunner), ia mendapat lampu hijau daripada H1tl3r. Dan melihat kejayaan Skorzeny dalam menyelamatkan Mussolini, maka Kaltenbrunner tahu orang paling layak ialah ketua komando rejim yang terkenal itu.

Tetapi entah di mana silapnya, Operasi Long Jump musnah sebelum sempat digerakkan. Pada 21 November, sebuah stesen radio Jerman menyiarkan berita tentang Persidangan Tehran dan cubaan pihak Jerman membvnvh the Big Three (Churchill, Roosevelt dan Stalin). Salah seorang yang mendengarnya ialah pegawai perisik Soviet terkenal, Nikolai Kuznetsov. Kusnetsov yang fasih berbahasa Jerman menyamar sebagai seorang pegawai tentera W3hrm4cht bernama Paul Siebert untuk menyusup masuk ke dalam pasukan W3hrm4cht yang beroperasi di Medan Timur.

Tidak ramai tahu ‘Siebert’ sebenarnya seorang perisik Rusia dan ini memudahkannya mendapat maklumat dengan mudah termasuk plot Long Jump. Orang yang bertanggungjawab membocorkan plot tersebut ialah Ulrich van Ortel. Bagi memudahkannya mengorek maklumat, ‘Siebert’ minum bersama van Ortel dan sengaja membiarkan komando SS itu mabuk.

Dalam keadaan mabuk, komando SS itu mendedahkan rancangan mereka untuk mengh4puskan Churchill dan Stalin serta menjadikan Roosevelt sebagai tebusan untuk memaksa Amerika berundur. van Ortel turut mendedahkan komando-komando SS telah dilatih di sebuah sekolah khas di Copenhagen, Denmark.

Selain ‘Siebert’, van Ortel turut membuat satu lagi kesilapan dengan mendedahkan plot mereka kepada seorang lagi individu iaitu Lydiya Lissovskaya. Asyiknya komando SS itu menggoda wanita jelita itu tetapi terlepas cakap mereka akan membawa permaidani Parsi Tanpa pengetahuannya, Lissovskaya sebenarnya kekasih kepada Kuznetsov (Siebert). Perkara ini berlaku semasa mereka tiba di Tehran. Selain van Ortel, seorang lagi aset perisikan Barat turut bertanggungjawab menggagalkan plot Skorzeny iaitu Ernst Merser. Merser yang berasal dari Switzerland bertanggungjawab membocorkan laluan yang digunakan komando-komando SS semasa hendak menuju ke Tehran.

Kebocoran maklumat yang kritikal ini membolehkan perisikan Soviet menahan enam individu yang menjadi kelompok pertama komando SS yang tiba di Tehran. Menerusi komunikasi mereka, pihak Soviet turut memerhatikan pergerakan kumpulan kedua yang diketuai oleh Skorzeny sekiranya mereka tiba di Tehran.

Sebaik plot tersebut diketahui, Jeneral Dmitry Arkadiev dari Jabatan Pengangkutan NKVD segera menghubungi ketua keselamatan Roosevelt, Mike Reilly. Duta Amerika Syarikat ke Soviet Averell Harriman turut memberitahu beliau tentang plot tersebut. Walaupun persidangan tersebut dianggap berisiko, ia masih perlu dilakukan.

Bukan satu rahsia keadaan kesihatan Roosevelt dilihat menjadikannya sasaran mudah individu seperti Skorzeny. Untuk menjamin keselamatannya, rombongan Amerika menginap di kuarters tetamu Kedutaan Soviet daripada bergerak dari Kedutaan Amerika yang terletak sebatu dari Kedutaan Soviet.

Pihak Soviet sengaja membiarkan salah seorang operator radio menghubungi Berlin dan melaporkan kegagalan mereka. Dengan kegagalan ini, tiada keperluan untuk menghantar Skorzeny ke Tehran. Bagaimanapun selepas tamat p3rang, ada yang menganggap operasi ini sebagai satu mitos termasuk Skorzeny tetapi dinafikan ramai perisik Soviet dan sejarawan yang menyatakan operasi tersebut sememangnya wujud

RUJUKAN:

Warfare History Network. (2017). Operation Long Jump: The N4zi Ass4ssin4tion Attempt on the Big Three. National Interest. https://nationalinterest.org/blog/the-buzz/operation-long-jump-the-n4zi-ass4ssin4tion-attempt-the-big-20167

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.