Operasi Lalang merupakan sebuah operasi terbesar yang dijalankan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Pada 27 Oktober 1987, kerajaan telah melancarkan Operasi Lalang yang menyaksikan seramai 106 orang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Antara mereka yang ditangkap ialah aktivis NGO, tokoh politik, ahli akademik dan mahasiswa. Sewaktu operasi ini dijalankan, Tun Dr Mahathir baru sahaja menjadi Perdana Menteri ke- 4 selama 6 tahun. Sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, pelbagai insiden telah berlaku yang menyebabkan tercetusnya operasi ini.

Peristiwa yang pertama ialah apabila kerajaan Negeri Melaka hendak memajukan kawasan di Bukit Cina. Mereka perlu memindahkan kubur-kubur lama untuk memajukan kawasan tersebut. Ternyata. Tindakan itu mendapat bantahan daripada orang-orang cina. Parti DAP telah menjadikan insiden ini sebagai isu perkauman.

Mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk membantah projek itu. Mereka juga telah mengadakan pelbagai kegiatan seperti penyebaran poster, berjalan kaki dan mengumpul petisyen. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, pembangunan di Bukit Cina merupakan satu helah kerajaan untuk menghapuskan segala jasa-jasa yang ditaburkan oleh bangsa Cina di negara ini.

Selain itu, DAP juga telah mengutuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Bagi mereka, dasar tersebut akan mengetepikan budaya bangsa lain dan dasar itu juga dikatakan sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Oleh itu, pada 27 Mac 1983, sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGGSCM) dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (DPCS) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang bertajuk Joint Memorandum On National Culture yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan negara Malaysia.

Pada 12 Oktober 1985 pula, sebanyak 27 pertubuhan Cina Malaysia telah menggubal satu pengisytiharan. Pengisytiharan tersebut mendakwa bahawa kaum bukan Melayu telah tertindas dari segi politk, ekonomi dan sosial.

Peristiwa ini telah mencapai kemuncaknya pada 2 November 1986 semasa Konvensyen MCA Selangor. Di dalam konvensyen tersebut, mereka telah mengeluarkan resolusi yang berbunyi, “Based on historical facts, Malaysia’s three major races are orginated from other countries. Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives “

Pada 17 Ogos 1987, DAP telah melancarkan sebuah perhimpunan haram di pintu masuk Universiti Malaya. Perhimpunan yang didalangi oleh V David, Dr Eng Seng Chai dan Lim Guan Eng ini diadakan untuk membantah tindakan UM untuk mengadakan pembelajaran mereka di dalam Bahasa Melayu.

Perhimpunan ini bertambah keruh apabila peserta perhimpunan mula mencetuskan provokasi dan dibalas dengan cacian oleh pelajar-pelajar UM. Laungan-laungan berbaur provokasi dan perkauman juga dilaung-laugkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kejadian ini bertambah buruk apabila sepanduk sepanduk yang bertuliskan provokasi diangkat dan ditayangkan. Mahasiswa UM kemudiannya mengadakan satu perhimpunan balas. Tidak mahu mengalah, DAP membalas lagi dengan mengadakan mogok lapar dan bantahan  yang diketuai oleh Dr Eng Seng Chai.

Kemuncak kepada segala insiden ialah apabila terjadinya isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan mandarin di SRJKC. Pada Ogos 1987, Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar 100 orang guru yang tidak mendapat pendidikan mandarin di sekolah-sekolah SRJKC.

Tindakan ini ternyata mendapat bangkangan daripada pertubuhan-pertubuhan Cina. Pertubuhan Dong Jiao Zong telah menggesa kementerian untuk menarik balik perlantikan tersebut. Media-media massa turut menunggang isu ini dan menyerang kerajaan dengan isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar tidak berubah sama sekali.

Berang dengan tindakan itu, pada 11 Oktober 1987, kira-kira 2000 orang yang terdiri daripada ahli poltik yang majoritinya berbangsa Cina dan disertai oleh 15 Pertubuhan Cina telah mengadakan perhimpunan di Tokong Khean Hou, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh tokoh-tokoh politik berbangsa Cina seperti Lee Kim Sai dan Lim Kit Siang. Perhimpunan itu menuntut kerajaan supaya menyelesaikan masalah SRJK(C) dan meluluskan beberapa resolusi.

Untuk membalas tindakan kaum Cina ini, Pemuda UMNO telah mengadakan perhimpunan aman di Stadium TPKC, Kampung Baru pada 17 Oktober 1987, UMNO juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sempena ulang tahun 41 penubuhan parti itu dan dijangka seramai 500 000 orang akan hadir, tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.

Kesan daripada insiden-insiden ini, kerajaan telah melancarkan Ops Lalang tidak berapa lama kemudian. . Pada hari pertama, 55 orang telah ditahan dan berlanjutan sehingga Disember, Antara yang ditahan ialah

  1. Lim Kit Siang – Ketua Pembangkang
  2. Karpal Singh – Timbalan Pengerusi DAP
  3. Lim Kim Sai – Timbalan Presiden MCA
  4. Chan Kit Chee – Naib Presiden MCA Perak
  5. Lim Fong Seng – Pengerusi Dong Jiao Zong
  6. Ibrahim Ali – Ahli Parlimen Pasir Mas
  7. Dr Tan Seng Giaw – Ahli Parlimen Kepong
  8. Lim Guan Eng – Ahli Parlimen Kota Melaka
  9. Muhammad Fatmi Ibrahim – Exco Pendidikan Pemuda UMNO
  10. V. David – Ahli Parlimen Puchong

4 Suratkhabar juga telah digantung penerbitannya. Antaranya ialah The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. Kerajaan juga telah menggubal Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Polis selepas terjadinya operasi ini.

Ops Lalang merupakan antara titik-titik hitam yang berlaku ketika pemerintahan Perdana Menteri pada ketika itu sebagaimana kata-kata beliau di dalam memoirnya “Tidak syak lagi Ops Lalang menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran di Malaysia. Tapi ia mengajar kita satu pengajaran. Jika kita tak ada operasi seperti Ops Lalang, ia bermakna kerajaan dan rakyat belajar darinya”,

RUJUKAN:

  1. Plate, T. (2011). Conversations with Mahathir Mohamad: Doctor M: Operation Malaysia. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Marshall Cavendish Editions.
  2. Mahathir Mohamad (2011). A Doctor In A House. Kuala Lumpur, Malaysia : MPH Publications.
  3. Ooi, K. B. (2015). Lim Kit Siang: Defying the odds. Singapore: Marshall Cavendish Editions.
  4. Allers, C. (2017). Anwar Ibrahim: Penampilan muslim demokrat. Shah Alam, Selangor: Institut Darul Ehsan (DE).
  5. Loovi, M., & Singh, K. (2015). Karpal Singh 1940-2014: True Malaysian. Kuala Lumpur: REFSA.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.