Operasi Jaywick: Kisah 6 Komando Tenggelamkan 6 Kapal Perang Jepun

1,709

Pada PD Kedua (World W4r II), kuasa Jepun yang berpihak kepada pakatan Paksi (Axis) telah melancarkan beberapa siri penaklukan dan jajahannya di sekitar Asia Tenggara. Dengan beberapa siri pertempuran yang dihadapi mereka termasuk Pertempuran Laut Jawa menghadapi pakatan Bersekutu (Alliance). Kekalahan yang memalukan ini, memberikan tamparan yang hebat kepada pihak Bersekutu sehinggakan ia memaksa mereka melakukan misi tragis terakhir untuk melumpuhkan kuasa empayar Jepun iaitu mengebom kota Hiroshima dan Nagasaki.

Sebelum tragedi tersebut berlaku, kuasa Jepun telah berjaya menduduki Asia Tenggara dan membina kubu mereka di sini untuk menghadapi apa-apa serangan dari pihak Bersekutu yang berkemungkinan datang dari Australia atau kepulauan Filipina. Maka, untuk bersiap sedia, empayar Jepun yang terkenal dengan armada lautnya telah menjadikan Singapura sebagai pelabuhan kapal-kapal p3rang mereka. Singapura pada waktu tersebut dikenali sebagai ‘Gibraltar of the East’.

Kisah ini bermula apabila Jepun mula mengalahkan benteng terakhir British di Tanah Melayu, iaitu Singapura dalam Pertempuran Bukit Chandu, 15 Februari 1942. Dalam pertempuran ini, seorang pelaut dari Australia, W.R Bill Reynolds, mengambil kesempatan untuk mencuri sebuah kapal milik pasukan Jepun yang berlabuh di pelabuhan Singapura iaitu Kofuku Maru dan melarikan diri dengan kapal tersebut bersama 1,100 orang menuju ke pulau Sumatera. Berkat kapal Kofuku Maru, pelayaran mereka menuju ke Sumatera tidak disyaki oleh pasukan peninjau udara Jepun dan mereka akhirnya selamat tiba di sana.

Di Sumatera, Reynolds bertemu dengan seorang pegawai tentera British, Mejar Ivon Lyon dan wakil daripada Badan Perisikan Pasukan Bersekutu. Pada waktu ini, Sumatera masih berada di bawah jajahan SHTB (Syarikat Hindia Timur Belanda) dan belum dijajah oleh Jepun. Kerana beranggapan Jepun hanya ingin menjajah Tanah Melayu sahaja, Reynolds bersama Mejar Lyon dan perisik merancang sebuah strategi untuk mengambil alih kembali Singapura. Tetapi rancangan mereka hanya tinggal kenangan. SHTB juga menyerah kalah kepada Jepun pada bulan Mac 1942.

Setelah penyerahan SHTB kepada Jepun, Reynolds bersama beberapa orang pegawai atasan British melarikan diri ke Ceylon (Sri Lanka).

Di Ceylon, Reynolds bertemu lagi dengan Mejar Lyon dan mereka mula merangka strategi baharu untuk menggunakan kapal Kofuku Maru dalam misi menghendap lalu mensabotaj pihak Jepun. Setelah strategi ini dirancang, maka kapal Kofuku Maru dihantar kepada pihak sekutu mereka di Australia. Mereka akan melancarkan misi kali ini dari Australia kerana jaraknya yang lebih dekat untuk pergi dan pulang dengan selamat.

Kapal Kofuku Maru diubah menjadi nama yang baharu, iaitu MV Krait, nama seekor ular Asia yang mem4tikan. Kapal Krait berlabuh di pelabuhan Sydney, Australia.

MERANGKA STRATEGI: DARI AUSTRALIA KE SINGAPURA

Sebelum operasi ini dilancarkan, pasukan yang ditugaskan untuk melakukan misi ini telah menjalankan latihan tempur selama tiga bulan di sungai Hawkesbury, New South Wales. Mereka diajarkan taktik bertempur, membvnuh, menyerbu, menyelamatkan diri dan bertahan hidup.

Pasukan yang diamanahkan untuk menjalankan misi ini dari Unit Khas Z (Z Force), iaitu pasukan khas yang ditubuhkan oleh seorang pegawai British yang berjaya melarikan diri daripada Singapura. Kemahiran utama pasukan ini adalah menghendap dan mensabotaj pihak musuh. Walaupun ia ditubuhkan di Australia, pasukan ini terdiri daripada tentera berbangsa British, Belanda, New Zealand, Timor dan Indonesia. Daripada kesemua ini, hanya 14 orang sahaja yang terpilih untuk melaksanakan misi ini, iaitu:

Antara 14 orang anak kapal yang bergambar di atas MV Krait ketika dalam misi Jaywick menuju ke Singapura.

1. Mejar Ivan Lyon (Ketua misi).

2. Leftenan Hubert Edw4rd Carse (Kapten kapal).

3. Leftenan Donald Montague Noel Davidson.

4. Leftenan Robert Charles Page.

5. Koperal Andrew Anthony Crilly.

6. Koperal R.G. Morris.

7. Kevin Patrick Cain.

8. James Patrick McDowell.

9. Horace Stew4rt Young.

10. Walter Gordon Falls.

11. Mostyn Berryman.

12. Frederick Walter Lota Marsh.

13. Arthur Walter Jones.

14. Andrew William George Huston.

Dalam pasukan khas misi ini, tiga daripada mereka adalah British dan selebihnya lagi dari Australia.

OPERASI JAYWICK: BERGEGARNYA PELABUHAN SINGAPURA DI MALAM HARI

Pada bulan Januari 1943, setelah tiga bulan lamanya mereka berlatih, maka 14 orang tersebut belayar keluar dari pelabuhan Sydney. Ketika awal pelayaran, kapal Krait dalam keadaan yang sangat baik sehinggalah mereka tiba di perairan pulau Fraser, enjin kapal Krait telah m4ti dan tidak boleh digunakan lagi. Kapal Krait ditunda ke pelabuhan Townsville dan anak-anak kapal terpaksa menetap di sini buat sementara waktu. Lagi mengecewakan, alat-alat ganti dan enjin baharu untuk kapal Krait akan dihantar dari Tasmania, Australia dan pastikanya membuatkan misi ini tergendala buat sementara waktu.

Laluan yang digunakan oleh Pasukan Unit Khas Z dalam Operasi Jaywick 1943.

Setelah berbulan lamanya menunggu barangan dihantar dari Tasmania dan kapal Krait dibaiki sepenuhnya, maka pada tanggal 1 September 1943, kapal Krait yang disertai oleh 14 orang anak kapal mula keluar dari pelabuhan Townsville menuju ke selat Lombok. Pada tanggal 6 September, mereka melayari selat Lombok lalu memasuki perairan Laut Jawa. Di sinilah, anak-anak kapal mewarnakan kulit tubuh mereka dengan w4rna kulit nelayan Melayu dan memakai sarung. Penyamaran sebagai nelayan yang pasti tidak akan mencurigakan tentera laut Jepun yang mengawal ketat perairan Jawa selama 24 jam. Setelah itu, mereka belayar menuju ke persisiran laut Borneo sebelum memasuki wilayah kepulauan Lingga, yang berada di selatan Singapura.

Pada tanggal 18 September, kapal Krait berlabuh sementara di Pulau Panjang untuk menurunkan enam orang komando yang bakal melaksanakan misi seterusnya. Anak-anak kapal yang ditinggalkan, diperintahkan untuk menjemput mereka kembali pada malam 1 atau 2 Oktober. Kapal Krait belayar berundur semula ke persisiran pantai Borneo.

Dari Pulau Panjang, enam orang komando ini menggunakan kayak lalu berdayung menuju ke Pulau Dongas. Mereka tiba di Pulau Dongas pada tanggal 22 September, setelah tiga hari berdayung tanpa henti. Dari Pulau Dongas, mereka memerhati dan melihat pelabuhan Singapura yang penuh dengan kapal pengangkut barang dan dikelilingi oleh kapal-kapal p3rang lainnya. Setelah tiga hari memantau pergerakan keluar-masuk kapal, rutin harian pengawalan di pelabuhan Singapura oleh pasukan pengawal Jepun, maka pada malam tanggal 26 September, mereka berdayung secara perlahan menuju ke pelabuhan Singapura.

Apabila dipastikan keadaan telah selamat, mereka mula menyusup masuk dan melekatkan bom masa magnetik pada tujuh buah badan kapal. Setelah pemasangan selesai, maka mereka berundur secara perlahan-lahan menuju ke Pulau Dongas.

Letupan bergema di langit Singapura. Daripada tujuh buah kapal, hanya enam kapal sahaja yang meletup. Asap hitam mengepul tebal menutupi ruangan langit. Dipastikan, sebutir bom lagi gagal meletup. Tujuh buah kapal tersebut adalah:

1. Shosei Maru: Rosak.

2. Nichiren Maru: Rosak.

3. Arare Maru: Tidak diketahui.

4. Hakusan Maru: Tenggelam.

5. Hakusan Maru: Tenggelam.

6. Kizan Maru: Rosak.

7. Tidak diketahui: Tenggelam.

Setelah dipastikan misi ini telah berjaya dilaksanakan, mereka mula berdayung berundur semula ke Pulau Panjang. Pada tanggal 2 Oktober, kapal Krait telah menunggu untuk menyambut mereka. Kapal Krait menggunakan laluan yang sama dan anak-anak kapal menyamar yang sama juga ketika dalam perjalanan keluar dari Laut Jawa. Kesemua anak-anak kapal yang menyertai misi ini telah kembali dengan selamat ke Exmouth, Australia pada tanggal 19 Oktober.

Kejadian letupan ini menyebabkan pihak Jepun mengamuk lalu pihak Bersekutu menyatakan yang mereka tidak terlibat dalam kejadian ini. Pihak Jepun terus melemparkan tuduhan yang masyarakat tempatan bertanggungjawab dalam kejadian letupan ini. Masyarakat tempatan Melayu dan komuniti Cina ditangkap dan dis3ksa hidup-hidup di atas kejadian tersebut. Tahanan p3rang juga disoal siasat sehinggakan ada yang dibvnuh. Penahanan secara besar-besaran ini dikenali sebagai Tragedi Double Tenth.

Alasan pihak Bersekutu tidak mengaku dalam serangan ini kerana mereka beranggapan misi ini kemungkinan akan digunakan lagi pada masa akan mendatang. Kewujudan kapal Krait yang pada sebelumnya milik Jepun juga disembunyikan oleh pihak mereka beberapa waktu lamanya sebelum misi ini dikisahkan pada umum.

Walaupun misi ini berjaya dilaksanakan dengan strategi yang teratur, tetapi kesan yang buruk dilemparkan kepada penduduk tempatan.

Tetapi daripada kisah ini, kita boleh belajar, untuk mencapai sesuatu tujuan, kita haruslah sentiasa bersiap sedia dan walaupun benda yang kita mahu dapatkan tertunda atau tertangguh, jangan putus asa. Tetaplah maju dan tidak gentar untuk menyelesaikannya. Maka hasil daripada segala jerih payah ini akan terlihat jua pada akhirnya.

– TAMAT –

RUJUKAN:

1. Operation Jaywick: W4rtime (Australian W4r Memorial) oleh Brad Manera.

2. Operation Jaywick, Museum oleh Richard Wood.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.