Dalam industri pengeluaran telefon pintar, sudah pasti nama-nama yang gah seperti Apple Inc. dan Samsung menjadi sebutan ramai pengunna umum berbanding Oneplus. Secara dasarnya, pengasas syarikat kecil ini terdiri daripada dua orang yang hebat iaitu Carl Pei dan Pete Lau. Mereka merupakan bekas naib presiden disyarikat pengeluar terkemuka Oppo. Mengekalkan konsep telefon pintar dengan spesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan, Oneplus sering menjadi sebutan sebagai telefon pintar bajet suatu ketika dahulu.

Bermula dengan hanya keluaran pertama yang hanya diwar-warkan menerusi internet, cara mudah pengiklanan mereka dapat meningkatkan lagi perasaan ingin tahu dan memiliki model pertama mereka iaitu Oneplus One. Didatangkan dengan spesifikasi yang dilabel sebagai Flagship Killer dengan harga yang murah ketika itu membuatkan ramai ingin mendapatkannya khususnya sekitar Eropah, Amerika dan India. Ditambah dengan pengoperasian yang berasaskan Cyanogen menyebabkan telefon pintar ini memperoleh peminat-peminatnya yang tersendiri. Pengiklanan yang mereka lakukan adalah pembeli hanya dapat memiliki telefon pintar tersebut jika hanya memperoleh jemputan rasmi atau lebih dikenali sebagai Invite System. Kebanyakan pengulas-pengulas teknologi di YouTube dan blog-blog mengkagumi cara Oneplus mencari dan mendekati peminatnya.

Walaupun pada ketika ia dilancarkan tanpa sebarang pra-pengenalan, Oneplus One berjaya mendapat tempat dihati pengguna seluruh dunia pada tahun 2014 setanding dengan iPhone 6, Nexus 6, LG G3, Galaxy Note 4 dan seangkatan. Ini juga membuatkan seorang dari pengulas teknologi terkenal dari YouTube, menerusi siaran Marques Brownlee atau lebih dikenali sebagai MKBHD mengangkat Oneplus One sebagai Best Budget Smartphone bagi tahun 2014. bagi yang tidak mengenali Marques, beliau merupakan salah seorang pengulas teknologi popular di internet sebaris dengan siaran-siaran lain seperti Android Authority, Unbox Therapy, Dave2D dan banyak lagi. Sehinggakan anugerah yang dibikin menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu para penggemar dunia telefon pintar setiap tahun.

Lanjutan daripada kejayaan pertama mereka dipersada ini, rekod jualan yang tinggi Oneplus One iaitu melebihi sejuta unit berbanding pelan asal sebanyak 50,000 unit sahaja membuatkan mereka lebih yakin dan mengeluarkan model-model baru sehingga kini. Berikut merupakan senarai keluaran Oneplus sehingga kini:

  1. Oneplus One
  2. Oneplus 2
  3. Oneplus X
  4. Oneplus 3
  5. Oneplus 3T
  6. Oneplus 5
  7. Oneplus 5T
  8. Oneplus 6
  9. Oneplus 6T

Sehingga kini, mereka masih mendapat respon positif dan negatif meskipun syarikat Oneplus telah berkembang sebesar ini. Platform yang disediakan Oneplus kepada penggunanya untuk memberi respon secara terus melalui forum mereka juga membantu Oneplus dalam membina dan menbangunkan model terbaharu dari masa kemasa. Demikian itu juga mereka masih memegang falsafah utama pembikinan model-model telefon mereka iaitu Never Settle, di mana meletakkan sesuatu yang mereka bangunkan tanpa sempadan.

Mengingatkan kembali aplikasi USB Type-C pada telefon pintar, Oneplus 2 merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi tersebut meskipun kelajuan caj belum mencapai tahap kelajuan USB Type-C yang ada kini. Namun begitu, Oneplus membangunkan teknologi yang dipanggil Dash Charge pada model Oneplus 3 dan mencatatkan masa mengecaj terpantas berbanding telefon pintar yang lain.

Mereka juga merupakan antara pertama yang menyediakan sistem cetakan cap jari dalam skrin (In-screen finger print) iaitu pada model terbaharu Oneplus 6T. Lebih-lebih lagi apabila Oneplus membangukan sistem pengoperasian sendiri iaitu Oxygen OS dan Hydrogen OS berasaskan Android juga membuatkan peminat tegar telefon pintar memilih Oneplus sebagai pemandu harian mereka. Ciri-ciri yang dihasilkan tidak terlalu padat dan kelihatan seringkas Android stok yang terdapat pada telefon-telefon keluaran Google (Nexus, Pixel, dsb.)

Pada keseluruhannya, dapat disifatkan Oneplus sudah jauh melangkah meskipun permulaan mereka yang sekecil-kecil semut jika dibandingkan dengan gajah yang sudah melata di seluruh dunia. Dengan pengalaman dan perancangan yang jitu dalam perniagaan, pasti akan menghasilkan buah sepadan dengan usaha yang kita letakkan.

Artikel disumbangkan oleh Malayo_Seagypsie untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.