One Two Jaga: Desakan Dan Masa VS Kewarasan

0
582
views

Time Is Running Out

Dalam naskah One Two Jaga, masa telah menjadi elemen yang sangat penting dalam plot.

Cepat cepat, aku tak ada masa dah ni. Semua orang bergegas dan mengejar ‘deadline’ masing masing dalam hidup.

Sama ada kerana janji ataupun terpaksa melakukannya demi orang kita sayang.

Si Hassan mahu mencari wang kerana janjinya dengan bininya. Si Sugiman terpaksa mencari RM500 dalam masa yang singkat dan banyak lagi

Kadangkala perlumbaan dengan masa ini menguji ketahanan kita untuk kekal waras dalam apa jua tindakan.

Manusia yang rasa tertekan dan cuba melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan urusan dalam masa yang diperlukan.

Tekanan itu lebih tinggi apabila ia melibatkan soal nyawa dan juga akibat yang tak kita kehendaki.

Salah guna kuasa dan juga isu pentingnya sentiasa mengikut SOP dalam kerja juga ditekankan.

Namun bukan mudah sebab ada yang terpaksa akur dengan kitaran sosial yang terbina.

Seterusnya emosi kita dalam melakukan kerja.

Kitaran sosial itu si Hussein sendiri tahu ianya sedang berlegar di sekeliling dia.

Kalau dia stick dengan SOP dia akan dianggap menyusahkan kawan.

Dalam pada filem ini diangkat sebagai wadah kritikan terus kepada beberapa polis korup, diselit bagaimana polis korup ini sendiri merosakkan ekosistem pekerjaan rakan mereka yang lain termasuk imej polis itu sendiri.

Membuatkan titik hitam itu membarah dan tekanan engkau apabila cuba menongkah arus itu seorang diri.

Kenapa tak report sahaja? Ala kawan kawan.

Secara plot cerita ini bukanlah fast tempo walaupun dalam durasi sekitar 120 minit. Kerana suapan cerita masih dalam gaya filem Melayu.

Namun pergerakan plot dia sentiasa diisi dengan dialog dan kritikan sosial yang penting.

Dari stereotaip masyarakat tentang polis sehinggalah tanggungjawab kita dalam peranan kita sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat.

Ada 2 manusia berlatarbelakangkan hidup yang mencabar. Si Hassan adalah polis. Dia pun ada cabaran tersendiri menjadi ayah.

Waqaf Saham

Manakala si Sugiman hidupnya lebih mencabar dengan persekitaran hidup sebagai pekerja asing yang mengejar impian, mahu hidup lebih selesa di Malaysia.

Pergerakan plot watak Sugiman bermula dengan kehadiran adiknya Sumiyati yang sudah menyerah untuk terus kerja di Malaysia kerana seperti diperhambakan.

Sugiman sorang lelaki yang tak banyak cakap dalam urusan kerja. Dia rajin. Sebab itu dia menjadi antara pekerja kesayangan majikannya.

Dia anggap adiknnya jenis tak tahan susah dalam bekerja walaupun Sumiyati mengadu dia diperkuda majikannya.

Perspektif penceritaan daripada sudut berbeza.

Apa pandangan manusia yang menentang undang undang ke atas polis. Dan apa pandangan mereka ke atas polis korup.

Begitu juga dengan masyarakat yang sebenarnya meletakkan polis ni tinggi darjatnya di mata mereka.

Si Vanida Imran dengan terang beritahu dia berkahwin si Hasan ni sebab polis.

Dia kata pada si Hussein:

‘Tak kan tak ada yang nak, polis kan?’

Seterusnya, manusia ini kadangkala dipaksa ataupun mengerah diri mereka melampau batas kemampuan mereka.

Apa impak apabila anda mengerah diri anda ataupun dipaksa melebihi ‘limit’ ini?

Watak paling power adalah Amerul Affendi, dia memang semulajadi gila dalam penyampaian dan penghayatan watak.

Dia memegang watak Adi. Seorang yang melakukan kerja untuk hidup.

Prinsip dia:

‘Kalau kita tak buat, orang lain buat.’

Dia seorang yang hati kering. Dalam hatinya penuh kebencian dengan polis yang dianggap dia sebagai kaki pau.

Dia seorang yang hebat berkata-kata untuk menanam propaganda di kalangan circle dia.

Filem ini ada je humors dalamnya. Tipulah yang cakap filem ni tak ada unsur jenaka.

Watak Adi yang penuh falsafah hidup, tak nak dipijak dan sangat defensif serta protektif menjaga orang yang dia sayang dan kenali juga banyak juga mencuit hati apabila dia berhujah.

Tapi ni bukanlah jenaka yang buat kau terbahak bahak ketawa.

Bagi aku filem ini sesedap rasa. Walaupun aku tak suka banyak bahagian censored dialog tu. Aku faham tu bukan kerja production tetapi penapisan filem.

Seterusnya watak mat Filipina tu rasanya sangat lemah sub plot dia. Tak banyak membantu.

Bahagian penamatnya dia pun aku jangkakan lebih. Sebab ada watak penting dalam penamatnya itu aku tak dapat hayati sangat.

Keseluruhannya, filem ini sarat dengan mesej dan kritikan sosial. Tiada watak ala drama petang, fokus stim bercinta dengan polis.

Spotlight memang terus kepada isu pokok dan tema. Ramai cakap Nam Ron straight dalam penceritaan. Aku tak setuju. Banyak mesej diselit dengan sindiran.

Kudos for this movies.

8.5/10.