Onagadori: Ayam Yang Paling Panjang Ekornya

863

Ayam baka Onagadori ini dipercayai terhasil akibat daripada mutasi genetik yang berlaku kepada baka ayam Shokoku. Dan sejarah baka ayam ini bermula ketika pertengahan Zaman Edo di Jepun, yakni sekitar tahun 1600-1868.

Ayam Onagadori ini dianggap sebagai baka yang paling istimewa diantara pelbagai lagi spesies atau baka ayam yang berasal dari Jepun.

Hal ini demikian kerana, dengan keadaan yang sesuai, ekornya itu tidak akan ditanggalkan, satu proses yang dikenali sebagai “moulting” atau bersalin bulu.

Selain itu, ia berkeupayaan untuk memanjang sepanjang hayat, mencapai 7 meter. Untuk makluman, ekor ayam Onagadori terpanjang yang pernah direkodkan adalah sepanjang 13.5 meter.

Sejarah Onagadori

Salah seorang bangsawasan dari keluarga Yamanouchi a.k.a Yamauchi. Yamanouchi Toyoshige

Sejarah menceritakan kisah tentang seorang bangsawan dari keluarga Yamanouchi atau Yamauchi, yang memerintah wilayah Kochi di bahagian selatan Jepun mempunyai tentera yang topi dan tombaknya dihiasi dengan bulu ekor daripada ayam baka Onagadori, sama ada untuk memuliakan kehadiran Maharaja, atau diperagakan dalam perbarisan serta majlis istimewa.

Turut diceritakan bahawa, sekiranya tuan tanah atau peladang yang membela ayam baka Onagadori, kemudian menghantar bulu-bulunya yang istimewa itu sebagai hadiah kepada pemerintah, dia akan dikecualikan daripada dikenakan cukai.

Sehingga ke hari ini, topi dan tombak yang dihiasi oleh bulu ayam baka Onagadori masih boleh dilihat, menjadi koleksi muzium di Jepun.

Pada tahun 1952, baka ayam Onagadori ini telah diberikan status istimewa sebagai Khazanah Negara Jepun. Dan hari ini, baka atau spesies ayam ini dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan Jepun.

Jumlah ayam Onagadori ini dianggarkan tinggal 250-1000 ekor sahaja. Dan ia dibiakkan dengan penuh penat lelah oleh pembiak baka, oleh kerana ayam ini memerlukan penjagaan istimewa yang rapi yakni sebuah sangkar dikenali sebagai “tombaku”.

Tamboku

Sangkar ini mempunyai tempat bertenggek yang tinggi untuk menggalakkan supaya ekor itu tumbuh lebih panjang, dan menjaga kecantikan bulu ekornya.

Ruangan komen telah ditutup.