Filem Oliver Cromwell, 1970 arahan Ken Hughes merupakan satu lakonan filem yang boleh disifatkan sebagai antara yang terbaik. Filem ini baru sahaja ditonton oleh penulis bagi memahami bagaimana institusi beraja di England pernah goyang satu ketika dahulu. Negara yang berpegang kepada Magna Carta bagi memastikan kuasa diantara institusi beraja dan parlimen seimbang. Ianya juga merupakan negara dimana aliran Protesten menjadi tunjang kepada pembangunan agama dan sosial masyarakat.

Di negara ini juga menjadi sumber rujukan khususnya kepada negara-negara Commenwealth bagi menjalankan pentadbiran negara walaupun ianya dilihat tidak sesuai dijalankan di beberapa negara yang ada. Namun begitu, terdapat satu kisah yang tersembunyi yang segelintir sahaja yang tahu berkenaan kisah P3rang Saudara 1642 antara Raja Charles I dengan pihak Parliament of England. Ianya berkisahkan seorang lelaki bersama rakan-rakannya mahu membina sebuah negara yang bebas dan bertunjangkan rakyat yang berakhir dengan pengembalian sistem beraja yang berubah selama-lamanya.

Oliver Cromwell (1588-1658), merupakan seorang ahli parlimen di House of Commons yang berasal dari keturunan Thomas Cromwell, The Great Minister of King Henry VIII. Beliau pada masa yang sama merupakan antara golongan Puritans yang tegar mahukan pembaharuan bagi agama Kristien di England.

Hasil daripada liku-liku kehidupan yang dilalui, ianya telah merubah kehidupan Cromwell menjadi seseorang yang benar-benar mahukan pembelaan bagi rakyat. Mendapat gelaran Lord Protector of England, Scotland and Ireland, ianya bermula apabila beliau memainkan peranan yang besar dalam peristiwa P3rang Saudara 1642 sebagai kepala p3rang yang digeruni.

Di dalam mengenali kehidupan Cromwell, peristiwa yang paling terkenal adalah P3rang Saudara 1642. Sebagaimana yang diketahui umum, peristiwa ini bermula daripada Raja Charles I bertindak mahu menghapuskan ancaman dari Scotland dan Ireland ketika itu.

Baginda mahukan sumber kewangan dari kerajaan untuk operasi pep3rangan dan tindakan baginda menentang satu usul dari House of Commons untuk mengekang kuasa baginda. Ianya bertambah buruk apabila baginda bertindak mengeluarkan beberapa waran tangkap ke atas beberapa ahli House of Commons yang cuba mempertikaikan kuasa baginda. Hasilnya, Eleven Years Tyranny Eleven Year Tyranny (Sebelas Tahun Kezaliman) berlaku apabila baginda dilihat meletakkan Magna Carta ketepi dan mengenakan tekanan kepada rakyat baginda.

Semasa pep3rangan ini, Cromwell bersama-sama ahli Parlimen yang ada mengumpulkan pasukan militia dalam usaha melawan Raja Charles I. Pep3rangan antara Cavalier (Pasukan Askar Diraja) dan Roundhead (Pasukan Askar Parlimen) dilihat tegang pada peringkat awal. Namun begitu, setelah Cromwell dipilih oleh House Of Commons sebagai jeneral p3rang dan diangkat jawatan dari Kapten kepada Colonel. Cromwell dan Sir Thomas Fairfax dilihat begitu agresif dengan menyusun semula pasukan tentera dengan nama New Model Army yang siap dilatih pada April 1642.

Dengan usaha ini, ianya menjadi titik permulaan kepada kekalahan demi kekalahan Raja Charles I sehinggalah beliau ditangkap pada Januari 1647 apabila pasukan Scotland menyerahkan baginda kepada pihak Parlimen. Namun, Raja Charles I berjaya lolos dan memulakan P3rang Saudara ke-2 yang hanya makin memalukan baginda di mata rakyatnya.

Setelah itu, Cromwell bersama Parlimen telah menghapuskan semua pemberontakan yang gagal dilakukan oleh Raja Charles I di Scotland dan Ireland. Pada 27 Januari 1649, Raja Chales I dihukum m4ti dan sebuah negara Republik telah dibentuk dengan nama The Commonwealth of England dan dikawal oleh The Council of State bagi menggantikan sistem beraja.

Selepas memberikan kuasa penuh kepada Parlimen, Cromwell masih lagi memegang jawatan sebagai General dengan panggilan Lord General kepada tentera England ketika itu. Dengan gelaran Lord Protector of England, Scotland and Ireland, beliau dilihat hampir menyamai peranan seorang raja, namun beliau menyatakan bahawa beliau hanya ‘Konstabel dan Pemerhati’ bagi kerajaan baharu ini.

Selepas kem4tian beliau pada umur 59, Jumaat, 5 September 1658, anak beliau Richard Cromwell mengambil alih jawatan sebagai Lord Protector namun dilicutkan jawatan pada 1659 kerana lemah dalam berpolitik. Pada tahun berikutnya, Raja Charles II, anak Raja Charles I yang melarikan diri ke Perancis bersama ibunya ditabalkan sebagai Raja England yang baharu dan mengembalikan sistem beraja.

Daripada kisah ini, kita dapat mengetahui bahawa Oliver Cromwell boleh disifatkan sebagai manusia yang berani menentang kezaliman dan kerosakkan seseorang pemerintah. Mereka sanggup mengangkat senjata semata-mata mahukan keadilan yang disifatkan oleh mereka.

Namun, perlu kita fahami bahawa masyarakat kita lebih baik daripada itu. Dengan sifat sabar, lemah lembut dan berilmu kita mampu menumpaskan kezaliman daripada berlaku. Tidak perlu bagi kita mengangkat senjata melainkan jika perlu. Kita perlu mengenang kembali bagaimana nenek moyang kita mampu menghapuskan kekejaman hanya dengan ilmu dan iman.

RUJUKAN

Anon, Cromwell (1970), IMBD, https://www.imdb.com/title/tt0065593/ [25 Julai 2020]

Doris Mary Stenton, 1998, Magna Carta: England (1215), Encyclopedia Britannica, https://www.britannica.com/topic/Magna-Carta#info-article-history [25 Julai 2020]

Ellen Castelow, Oliver Cromwell, Historic UK, https://www.historic-uk.com/HistoryUK/HistoryofEngland/Oliver-Cromwell/ [26 Julai 2020]

Frederic Harrison, 1888, Oliver Cromwell, Cornell University Library, USA, hlm 54.

Ian Gentles, 2004, Oliver Cromwell, Radnor Township School District, USA, hlm 1.

Maurice Ashley, 1999, Charles I, Encyclopedia Britannica, https://www.britannica.com/biography/Charles-I-king-of-Great-Britain-and-Ireland [26 Julai 2020]

Westminster Hall, The Trials of Charles I, Parliament UK, https://www.parliament.uk/about/living-heritage/building/palace/westminsterhall/government-and-administration/trial-of-charlesi/#:~:text=Following%20the%20end%20of%20the,south%20end%20of%20the%20Hall. [26 Julai 2020]

Artikel ini ditulis oleh Shaikh Muhammd Afiq Bin Shaikh Sukor. Merupakan pelajar jurusan sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2019/2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.