Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 memberi amaran sekiranya pandemik Covid-19 terus berlaku pada tahun hadapan, temasya Sukan Olimpik yang akan diadakan pada 23 Julai 2021 akan dibatalkan terus. Kenyataan tegas itu dikeluarkan oleh presiden jawatankuasa Tokyo 2020, Yoshiro Mori.

Semasa ditanya media sama ada Sukan Olimpik Tokyo bakal ditangguhkan lagi sekiranya Covid-19 terus berlaku, Mori menjawab, “Tidak, ia akan dibatalkan pada ketika itu juga. Sukan Olimpik pernah dibatalkan pada masa silam akibat masalah seperti p3rang. Ketika ini, kita melawan musuh halimunan.”

Bagaimanapun pada masa sama, Mori menegaskan pihak jawatankuasa masih berusaha untuk memastikan temasya Olimpik Tokyo 2021 dapat direalisasikan. Tambahnya, penganjuran temasya itu menjadi lebih istimewa berbanding temasya-temasya Sukan Olimpik lain kerana menandakan kejayaan dunia mengatasi Covid-19.

Sementara itu, pakar perubatan Jepun terkenal Yoshitake Yokokura berpandangan agak sukar untuk menganjurkan Sukan Olimpik selagi mana tiada vaksin Covid-19 yang efektif wujud. Presiden Persatuan Perubatan Jepun itu berkata, “Saya mahu percaya bilangan pesakit yang dijangkiti semakin berkurangan. Tetapi kadar pengujian Covid-19 masih lagi tidak mencukupi jadi agak sukar untuk kita menilai.”

Berdasarkan rekod terkini yang dibuat oleh Universiti Johns Hopkins, Jepun merekodkan 13,614 kes dan 385 warganya menemui ajal akibat Covid-19. Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberitahu Jepun tidak akan menangguhkan temasya sukan itu buat kali kedua tetapi akan berusaha merealisasikan penganjurannya pada tahun hadapan.

Tetapi jika jangkaan Mori itu menjadi kenyataan pada tahun hadapan, ia sudah pasti mengenakan lebih banyak tekanan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe. Abe yang ketika ini dikecam hebat berikutan tindakan kerajaan yang perlahan dalam mendepani Covid-19 sudah pasti akan mengucapkan selamat tinggal kepada cita-citanya untuk menyambung satu lagi penggal sebagai Perdana Menteri.

SUMBER

Ramsay, George et. (2020). Olympics could be canceled if coronavirus persists next year, says Tokyo 2020 president. CNN. https://edition.cnn.com/2020/04/28/sport/olympics-coronavirus-canceled-tokyo-2020-spt-intl/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.