Bagi sesuatu hidupan itu untuk hidup kekal abadi, ia perlu mempunyai sistem badan dan DNA yang mampu mengekalkan sel kita menjadi stabil buat jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, hal ini mustahil bagi hidupan strata tinggi dek interaksi biokimia dan juga sistem kita sendiri yang kompleks. Disebabkan itulah, apabila kita membicarakan makhluk kekal abadi, selalunya bakteria lah yang menjadi pemenang utamanya.

Tapi itu tak bermakna kita tak mempunyai haiwan yang mampu hidup kekal abadi. Kita ada obor obor Turritopsis dohrnii, cumanya mekanisme mawli hayatnya adalah berlainan sedikit.

Mekanismenya adalah dengan menjadi muda semula.

Kalau anda pernah melihat filem The Curious Case of Benjamin Button, pasti anda akan cam premisnya sama macam obor obor ini. Benjamin Button dilahirkan sebagai orang tua yang penuh penyakit kronik dalam badan kanak kanak, kemudian menjadi semakin muda apabila umurnya meningkat hinggalah ia mati sebagai bayi. Obor obor ini juga sebegitu, cuma ia berterusan sampai dunia kiamat.

Kitaran hidup obor obor ini bermula dengan persenyawaan oleh telur dan sperma medusa obor obor ini dan dilepaskan ke laut. Selepas ia menetas sebagai larva, ia akan terdampar di dasar laut dan seterusnya membesar sebagai koloni polyp. Bermula daripada sini, koloni polyp akan bertindak seperti kilang yang ‘melahirkan’ ratusan obor obor sebenar dengan genetik yang sama. Ibarat kilang pengklonan dalam filem Star Wars lah, begitu.

Gambar 1: Kitaran hidup kekal abadi Turritopsis dohrnii. Hak milik Australian Academy of Science.

Setelah ia menjadi obor obor matang dan diganggu ancaman bahaya seperti kematian dan cuaca yang terlampau panas, Turritopsis akan melalui proses ‘awet muda’ -nya dengan degradasi badannya sehinggalah ia menjadi sista dan kemudian bertukar menjadi polyp. Proses percambahan polyp ini pula akan menghasilkan koloni polyp, seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini. Mekanisme ini boleh berterusan sehingga dunia ini kiamat. Bermula sebagai bayi, ia menjadi tua dan bertukar menjadi bayi balik. Ok, ini mungkin tak serupa dengan Benjamin Button. Barangkali contoh yang lebih sesuai ialah burung Phoenix yang lahir kembali daripada abu bangkainya.

Disebabkan sistem unik obor obor ini dan daya tahannya, memang tak menghairankan ia boleh ditemui di seluruh ceruk lautan dunia, dengan DNA yang masih sama antara satu sama lain. Disebabkan obor obor ini berjaya memanipulasikan DNA-nya untuk mengawal sistem kitaran hidup, maka ia dikaji oleh saintis sebagai klu untuk merawat kanser, kerana kanser berpunca daripada kegagalan sistem kitaran hidup sel.

RUJUKAN:

De Vito; et al. (2006). “Evidence of reverse development in Leptomedusae (Cnidaria, Hydrozoa): the case of Laodicea undulata (Forbes and Goodsir 1851)”. Marine Biology149(2): 339–346. doi:10.1007/s00227-005-0182-3.

He, J., Zheng, L., Zhang, W., & Lin, Y. (2015). Life Cycle Reversal in Aurelia sp.1 (Cnidaria, Scyphozoa). PloS one10(12), e0145314. doi:10.1371/journal.pone.0145314

Ker Than (January 29, 2009). “”Immortal” Jellyfish Swarm World’s Oceans”. National Geographic News. Retrieved 2010-06-16.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.