Moving Forward As One

Nutella Lahir Kerana WWII?

1,529

Pietro Ferrero dilahirkan pada 2 September 1898 di sebuah bandar raya bernama Farigliano. Ketika itu Itali merupakan sebuah negara monarki dipimpin Raja Umberto I yang dibenci terlalu banyak pihak.

Pembµnµhan baginda dua tahun kemudian menunjukkan sedikit sebanyak tentang politik Itali. Takhta baginda turun pada satu-satunya putera tunggalnya Victor Emmanuel III.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Menariknya Raja Victor Emmanuel III memimpin Itali selama 46 tahun, menyusuri dua per.ang dunia yang mengubahkan landskap geopolitik Dunia Eropah buat selamanya.

Ferrero membesar dalam landskap ini, yang bergolak meskipun Itali memilih pihak Entente dalam Per.ang Dunia Pertama.

Satu-satunya gambar Pietro Ferrero.

Sekitar 1920-an, beliau bekerja sebagai pembuat roti sambil menjual gula-gula. Pelanggan beliau terdiri daripada pekerja-pekerja kilang, yang selalu membeli roti, keju, tomato dan minyak zaitun.

Empat makanan ini tiada rencah rasa yang menarik. Lalu beliau mendapat ilham untuk menyedapkan lagi makanan mereka.

Semasa berada di Piedmont (yang terletak sejam dari Farigliano), beliau memperolehi stok gianduja, iaitu campuran coklat dan 30 peratus kacang bongkah (hazelnut). Gianduja memang kena dengan selera Ferrero.

Cuma masalahnya, ia terlalu pekat sampai menyusahkan sapuan. Jadi beliau menggunakan konsep gianduja untuk membuat sapuan pastone iaitu campuran coklat gelap, kacang bongkah dan gula.

Selepas membuat beberapa eksperimen, Ferrero pun puas hati dan cuba menjual.

Pastone berjaya menambat hati pelanggan, yang terus suka dengan keasliannya. Setiap hari Ferrero menerima pekerja kilang dan kanak-kanak; semuanya mahu pastone.

Tetapi langit tidak sentiasa cerah. Percaturan penguasa asing akhirnya menyusahkan Ferrero.

Politik Yang Menunggang Arus

Jerman enggan memenuhi syarat-syarat ditetapkan Entente pada tahun 1918. Jadi kerajaan Jerman yang berada dibawah kepimpinan Ad.olf Hit.ler keluar daripada Liga Kebangsaan.Jerman kemudian menjalinkan pakatan bersama Itali yang menjadi Kuasa Paksi.

Sebelum Per.ang Dunia Kedua bermula, Itali sudah melancarkan pencero.bohan di Albania. Benito Mussolini kemudian mengisytiharkan per.ang terhadap British dan Perancis pada 10 Jun 1940.

Semasa tempoh berper.ang, kerajaan Mussolini mengehadkan bekalan coklat kepada orang awam. Setiap orang boleh membeli coklat mengikut kadar ditetapkan, kerana stok banyak dilaburkan untuk kegunaan anggota-anggota ten.tera. Ini adalah untuk meningkatkan semangat atau mengenyangkan perut dengan segera.

Banyak negara mengekang pembelian coklat secara pukal.

Majoriti catuan akan diberikan kepada anggota-anggota tent.era. Jadi Pietro Ferrero terpaksa mencari jalan lain untuk mengekalkan perniagaannya. Sekali lagi Ferrero menghadapi masalah konsistensi.

Sapuan terlalu pekat. Fikir punya fikir, Ferrero sedar yang serbuk koko memang dicatu habis.

Tetapi mentega koko (lemak dikeluarkan daripada kacang koko) bebas dijual tanpa had. Bermakna Ferrero boleh memborong dengan banyak untuk mencapai matlamat ini.

Beliau membeli sebuah mentega koko untuk sekadar mencuba nasib. Resepi Ferrero kali ini termakan umpan.

Dan beliau sedang menyiapkan satu mahakarya makanan yang relevan sepanjang zaman. Semua pelanggan menyukai sapuan coklat Ferrero – tidak mengira zaman.

Beliau berpendapat bahawa produk baru ini mesti dinamakan, sebelum orang lain menciplakkan ilham. Dan beliau berpuas hati dengan nama “nut-“ yang digabungkan dengan “-ella”.

Produk Yang Berglobalisasi

Pietro Ferrero tidak sempat melihat Nutella berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Beliau meninggal dunia pada 2 Mac 1949, ketika berusia 50 tahun.

15 tahun kemudian, Nutella mendapat perhatian pasaran United Kingdom. Rakyat British menyukai keenakan coklat Nutella.

Setahun kemudian, keenakan ini dikongsi Perancis pula. Produk Nutella sudah mempunyai darjat sendiri apabila menembusi pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1983.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Cuma pasaran Amerika Syarikat lebih mengambil cakna tentang kandungan gula dalam Nutella. Syarikat dibawah pengganti Ferrero gagal mengumumkan kandungan 21 gram gula bagi setiap hidangan.

Apabila didedahkan, ramai dalam kalangan ibu bapa Amerika Syarikat memilih produk lain… tetapi ini tidak sama sekali bermakna semua memboikot, cuma segelintir sahaja.

Kilang Ferrero SpA yang juga mengeluarkan Ferrero Rocher

Warisan Pietro Ferrero hari ini dipelihara Giovanni Ferrero yang memiliki harta sebanyak AS$32.6 bilion. Giovanni merupakan individu paling kaya di serata Itali, mengumpulkan aset dengan hanya menjual coklat.

Ruangan komen telah ditutup.