Nostalgia Everton FC

450

Kadang-kadang bagus jugak bila team Merseyside biru ni jadi kuat. Sebagai penyokong Liverpool, walaupun rasa bitter dan tak mungkin nak Everton juara liga, aku rasa ia akan mempunyai kesan yang lebih naik untuk Liverpool kuat.

Liverpool FC akan lebih bermotivasi nak kalahkan Everton bila Merseyside derby lagi. Barulah rasa puas nak tengok rivalry.

Dan dari segi ekonomi juga, akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah Merseyside yang dah lama ekonominya dibiarkan sejak Margaret Thatcher.

Bayangkan dua kelab dari bandar yang sama, macam Manchester, North London, Tyne and Wear, Birmingham, dia punya rivalry macam mana?

Mestilah sengit dan bila dua-dua team kuat dan bersaing sengit dalam liga, maka akan lebih banyak bar dibuka, lebih banyak merchandise dibuat, dan lebih banyak pelancong luar akan melawat Anfield dan Goodison Park, atau tempat stadium Everton baru nanti.

Dari segi sentimen perasaan yang langsung tak saintifik, memang taubat lahum tak nak Everton menang. Dari segi akal logik dan saintifik, kalau Everton dan Liverpool bersaing sengit, ekonomi akan lebih baik di Merseyside.

Sebab habis perlawanan bola Merseyside Derby ni semalam, aku ada pernah terfikir, bila last sekali Everton menang piala? Jangan cerita liga la, kita kira Piala FA atau Piala Kerbau pun jadi la.

Rupanya pada tahun 1995, menewaskan Manchester United, dalam Piala FA.  Bayangkan masa tahun 1995 ni, Battle of Britpop berlaku. Zaman Zamani Slam nyanyi lagu Nur Kasih. Kau tau tak Windows 95 tu kuno dia macam mana?

Anyway, aku puji Everton punya gaya permainan sekarang. Walaupun rival, aku terpaksa kata yang Everton ni memang improve bawah Carlo Ancelotti. Aku rasa Ancelotti ni memang sejak Istanbul 2005 ni dia berdendam.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.