Nomura “Underweight” Saham Malaysia

2540
views

1. Akibat daripada kebimbangan berlakunya sovereign ratings downgrade dan juga rentak reformasi kerajaan baharu Malaysia yang sumbang, Nomura Global Research telah menasihati para kliennya untuk ‘underweight’ (mengurangkan pegangan) di dalam saham-saham di Bursa Malaysia.

2. Ini adalah sebenarnya ‘downgrade’ kali kedua oleh Nomura pasca PRU-14. Di mana selepas PRU, mereka telah revised outlook kita daripada positif kepada neutral dan sekarang kepada kurang positif, perkataan yang mereka gunakan adalah ‘slow pace reform’ oleh pihak kerajaan.

3. Nomura berpendapat bahawa terdapatnya risiko yang tinggi untuk berlakunya kemerosotan fiskal dan juga sovereign ratings downgrade yang boleh trigger capital outflows yang lebih lagi untuk pasaran Malaysia.

4. Nomura juga menjangkakan bahawa perbelanjaan kerajaan persekutuan juga akan mengalami defisit fiskal sebanyak 3.7% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara lebih tinggi daripada ramalan rasmi 3.4% dalam Bajet Negara 2019, hal ini adalah kerana harga minyak mentah telah turun dari kemuncak baru-baru ini dan kekurangan pendapatan kerajaan akibat dari kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

5. Nomura berpendapat walaupun dividen Petronas akan membantu perbelanjaan persekutuan, namun tindakan kadar sifar GST akan masih memberi kesan fiskal yang besar kepada kerajaan Malaysia.

Berikut adalah komen Nomura mengenai kadar sifar GST yang telah memberi kelompongan besar kepada kocek kerajaan,

“Despite Petronas’ large dividends, our team believes there is still likely to be a fiscal hole from the zero-rating of the GST, which will only be partially filled by small new measures and spending cuts announced in the budget.”

6. Berikut pula adalah komen Nomura mengenai bajet kerajaan yang terlalu bergantung sumber minyak yang mana mungkin akan menyebabkan kadar faedah OPR akan terpaksa diturunkan oleh BNM.

“Another major issue is that oil prices are no longer high,” Nomura commented. Its economist Euben Paracuelles estimated that 30.2% of federal revenue in 2019 would come from oil-related sources.

Brent crude oil prices were trading at US$59.26 (RM243.81) per barrel at press time. Nomura notes that this is “much below” the US$70 per barrel assumption for Budget 2019. Slowing growth and inflation may force the Bank Negara Malaysia to slash the overnight policy rate by an expected 25 basis points this year to 3%”

7. Selain itu Nomura juga telah bertindak untuk downgrade market kita berdasarkan poor earnings, prospects pertumbuhan yang limited dan juga lack of major expansionary reforms oleh kerajaan baru.

Malah Nomura juga telah mengatakan bahawa Malaysia’s earnings growth adalah antara yang terburuk di rantau ini.

Ditambah pula dengan tindakan penjualan non-strategic assets oleh Khazanah Nasional Bhd, yang dianggap sebagai our domestic defender boleh lead to “some overhang on the market”.

8. Nomura juga melihat bahawa tidak ada reformasi yang signifikan atau pembaharuan yang penting yang telah dilakukan oleh kerajaan yang berpotensi untuk membawa kepada pengembangan aktiviti ekonomi.

Bagi Nomura, kerajaan hanya melakukan beberapa inisiatif mudah seperti penutupan beberapa agensi kerajaan, meletakkan beberapa agensi di bawah pengawasan parlimen langsung, dan pengurangan kos untuk projek mega. Tidak ada langkah drastik seperti penghapusan korupsi dan juga liberalisasi ekonomi di antara sektor awam dan swasta.

9. Risiko politik juga adalah salah satu faktor ‘downgrade’ oleh Nomura, di mana ketidakstabilan Parti Keadilan Rakyat dan “obsesi” media dengan garis masa penggantian perdana menteri, telah mengecewakan dan menggusarkan para pelabur kerana kerajaan seolahnya telah lari fokus daripada agenda reformasi mereka.

10. Risiko utama daripada external yang boleh memberi kesan kepada Malaysia pula adalah ketegangan perdagangan China – US.

Nomura berpendapat bahawa adalah mustahil untuk kedua-dua negara ini untuk mencapai perjanjian menyeluruh pada tarikh akhir 1 Mac, namun bagi mereka ancaman oleh Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tarif tambahan tidak akan berlaku.

Menariknya, berbeza dengan Malaysia, Nomura telah menaikkan Filipina ke ‘overweight’ daripada ‘neutral’ dan mengekalkan rating ‘overweight’ di Indonesia.

11. Nomura telah menurunkan ramalan pertumbuhan KDNK untuk Malaysia kepada 4% untuk tahun 2019 pada 4 Jan, lebih rendah daripada anggaran konsensus sebanyak 4.6% yang diberikan oleh Bloomberg dan juga oleh Moody’s yang telah projected growth KDNK Malaysia pada kadar 4.7%, iaitu sebuah unjuran yang sama seperti unjuran oleh Bank Dunia.