Nobuo Uematsu: Beethoven Untuk Final Fantasy

0
653
views

Siapa minat bermain permainan video Final Fantasy? Sungguh, ia merupakan sebuah permainan video yang amat terkenal diseluruh dunia kerana keunikan cara permainan dan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Malah permainan video, Final Fantasy ini sudah wujud sejak tahun 1987 dan ia masih dimainkan sehingga kini. Terbaru, Final Fantasy XV (15) sudah keluar dari pasaran. Saya memang peminat Final Fantasy. Buat masa sekarang ini, saya sendiri sedang bermain Final Fantasy yang lama di dalam tablet saya. Dari Final Fantasy I (1) Sampai VI (6). Nanti saya akan cari “emulator” untuk download PS1 dan PS2 untuk main Final Fantasy VII (7) hingga XII (12). Besar cita-cita ni.

Nak buat macam mana? Saya memang peminat tegar Final Fantasy. Kepada geng-geng peminat Final Fantasy, semestinya anda akan kenal muzik-muzik Final Fantasy yang rancak, menarik dan sedap didengar kan? Mesti anda juga kenal siapa yang komposer muzik-muzik Final Fantasy ini kan? Saya akan ceritakan satu biodata yang menarik tentang seorang komposer Jepun yang agak terkenal di Jepun malah dikenali diseluruh dunia kerana beliau yang “menghidupkan” jalan cerita Final Fantasy melalui muziknya. Perkenalkan, Nobuo Uematsu.

Nobuo Uematsu dilahirkan di Kochi-Kochi, Jepun pada 21 Mac 1959. Beliau sebenarnya tidak pernah memasuki kelas Muzik sebaliknya beliau mempelajari sendiri nota-nota muzik dan mempelajari piano dengan sendiri, beliau dengan kakaknya memang meminati muzik sejak kecil jadi beliau berlatih piano bersama kakaknya setiap hari. Disebabkan keluarganya agak miskin, ibu bapanya membelikan piano murah dan beliau mempelajari piano dengan sendiri kerana tidak mampu membayar yuran kelas muzik.

Beliau juga dikatakan amat meminati sukan gusti sehinggakan beliau pernah berkata dalam satu temu ramah, jika karier muzik beliau gagal, beliau akan menjadi ahli gusti kerana itu adalah minat paling utama beliau selain muzik. Beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Kanagawa dengan jurusan Degree Bahasa Inggeris dan menghabiskan pelajarannya di sana.

Beliau menjadi pemain muzik separuh masa di berberapa bar atau pub bersama kugiran-kugiran amatur dan juga berberapa iklan TV. Beliau juga bekerja disebuah kedai Muzik di kawasan Tokyo untuk menampung perbelanjaannya. Suatu hari pada tahun 1985, beliau ditemui oleh seorang pekerja dari syarikat game Square (kini Square Enix) untuk bekerja dengannya dalan membuat muzik dalam game Cruise Chaser Blassty dan beliau bersetuju.

Pada awalnya, beliau hanya mengambil kerja dengan syarikat Game Square untuk kerja sampingan. Namun siapa tahu, langkah awalnya itu adalah batu loncatan untuk beliau dalam bidang  muzik beliau dalam masa akan datang. Beliau menyertai Square pada tahun 1985. Setahun selepas itu, beliau dipertemukan dengan salah seorang orang atasan Square, Hinorobu Sakaguchi untuk membantu beliau membuat sebuah permainan video bergenre Role Playing Game.

Ia adalah salah satu genre game yang baru dalam perindustiran permainan media pada ketika itu. Kerjasama beliau dan Hinorobu Sakaguchi akhirnya lahirlah satu game baru yang akan mengharumkan nama syarikat Square dan juga nama beliau dari setiap game yang dibuat, iaitu Final Fantasy yang di jual pada tahun 1987 dan menjadi laris hampir 15 juta unit hanya beberapa bulan selepas ia dilancarkan.

Waqaf Saham

Disebabkan kejayaan ini, mereka mengeluarkan lagi sekuel iaitu Final Fantasy II (2) dan berjaya mendapat sambutan. Mengikut pendapat pengkritik terutama sekali di Gamespot, X-Play dan Extended Play menyatakan salah satu sebab mengapa game Final Fantasy ini dikatakan menarik dan unik kerana muziknya. Muziknya yang pada mulanya ia mendayu selepas itu menjadi rancak, selepas itu sedih dan juga rasa bersemangat, mengikut situasi dalam permainan video itu.

Malah lagu-lagu dalam  itu semuanya “kena”  mengikut situasi dalam permainan video tersebut. Inilah komen-komen pengkritik permainan video yang memuji lagu-lagu dalam Final Fantasy yang semuanya dikompos oleh beliau (Nobuo Uematsu). Beliau pada awalnya menggunakan piano 8 bit untuk Final Famtasy I hingga Final Fantasy III, selepas itu beliau menggunakan piano MIDI untuk Final Fantasy IV hingga VI manakala siri seterusnya pula, beliau menggunakan piano atau Synth yang sebenar dalam Final Fantasy VII hingga Final Fantasy XI (11).

Beliau akhirnya keluar dari syarikat Square (Yang ketika itu sudah menjadi Square Enix) pada tahun 2004 dan membuka syarikat muziknya sendiri iaitu Smile Please. Sungguhpun keluar dari Square, beliau juga ada membantu menghasilkan berapa lagu dalam permainan video dari Square. Contohnya, ketika Final Fantasy XII keluar pada tahun 2006, beliau mencipta lagu Tema Final Fantasy dan itu adalah satu-satu lagunya yang beliau buat dalam permainan video tersebut, selebihnya dari komposer Sakimoto yang menjadi komposer buat Final Fantasy XII.

Beliau pernah menyertai kugiran rock Jepun The Black Mage pada tahun 2002 bersama rakan sekerja beliau di Square. Pada awalnya beliau tidak mahu menyertai kugiran ini kerana sibuk dengan kerja, namun beliau bersetuju untuk meluaskan lagi bidang karier muzik beliau. Peranan beliau ialah bermain piano, synth, elektronik organ dan organ dalam kugiran itu.

Kebanyakan lagu yang dibuat oleh kugiran itu ialah lagu-lagu dari permainan video Final Fantasy di mana lagunya di -rock kan atau “remix”. Kugiran ini berpecah pada tahun 2010 atas masalah peribadi masing-masing, namun menurut beliau, muzik-muzik Final Fantasy yang didendangkan sejak berpuluh tahun yang lalu akan diteruskan di konsert atau media. Kini, beliau masih aktif membuat muzik dalam pelbagai syarikat-syarikat permainan video, namun beliau lebih terkenal ketika beliau berada dalam komposer lagu-lagu Final Fantasy. Beliau sentiasa diingati sebagai Beethoven of Final Fantasy. Tanpa beliau, mungkin Final Fantasy tak semenarik seperti sekarang ini.

Sumber:

Nobuo Uematsu Profile”. Game Music Online

Dammann, Guy. “Nobuo Uematsu: the video game composer shaking up classical music

Mielke, James (February 15, 2008). “A Day in the Life of Final Fantasy’s Nobuo Uematsu