Bagi peminat permainan video tanah air, kita mungkin biasa dengan Call of Duty, Counter Strike, Pro Evolution Soccer atau siri permainan FIFA. Tetapi tidak ramai tahu, ada anak tempatan menempa pencapaian tersendiri dengan menghasilkan permainan video mereka sendiri. Permainan yang dimaksudkan ialah No Straight Roads yang dilancarkan pada 25 Ogos lepas.

Permainan video bergenre aksi pengembaraan ini mengisahkan kisah kumpulan rock Bunk Bed Junctions yang melawan sebuah empayar genre muzik tarian elektronik (EDM) yang berkuasa di Vinyl City. Bagi Metronomik terutama untuk dua orang kuatnya, Daim Dziauddin dan Wan Hazmer Wan Abd Halim, permainan video ini merupakan satu pencapaian kepada mereka kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh anak-anak tempatan.

Elemen wayang kulit dalam permainan video!

Buktinya, terdapat banyak elemen Malaysia ditampilkan dalam permainan berkenaan seperti wayang kulit dan lagu-lagu dikir barat. Menariknya, suara-suara di sebalik watak-watak No Straight Roads turut menampilkan bakat tempatan seperti Joanna Bassey (Kopitiam) dan Chan Su Ling (Rimba Racer dan Bola Kampung). Satu lagi keunikan No Straight Roads ialah ia mempunyai sarikata dalam Bahasa Melayu.

Bila ditanya apa inspirasi di sebalik No Straight Roads, Wan Hazmer memberitahu ia diinspirasikan oleh permainan ritma lain seperti Gitaroo Man, Space Channel 5, dan Jet Set Radio. Sementara warna kulit watak yang lain dari yang lain diinspirasikan daripada siri animasi Steven Universe. Dan jika yang biasa dengan JoJo’s Bizarre Adventure dan Scott Pilgrim, pasti perasan bagaimana ia mempengaruhi pembangunan cerita dan penghasilan watak.

Wan Hazmer.

Bagi Wan Hazmer dan Daim, mereka percaya muzik kurang digunakan dalam sesebuah permainan video. Justeru, mereka percaya dengan membawa muzik dan permainan video secara harmoni kepada orang ramai tanpa menukarnya kepada permainan ritma, ia boleh menjadi satu permainan yang dinikmati semua. Ini dicapai dengan dunia No Straight Road mengikut muzik dalam konteks permainan sama seperti Kingdom of Hearts dan Nier Automata.

Pengasas bersama Metronomik turut melihat muzik seharusnya ditonjolkan secara keseluruhan dan bukan sekadar melodi lagu semata-mata. Ini kerana dalam setiap genre muzik, terkandung budaya, kreativiti dan pelbagai kisah yang membentuk genre berkenaan. Justeru dalam permainan video, ia ditonjolkan bukan dalam bentuk adegan selingan tetapi penceritaan berbentuk visual.

Tambah kedua-dua orang kuat Metronomik, No Straight Road bukan sekadar berkisar tentang pertentangan muzik rock dengan EDM. Tetapi ia juga merujuk tentang pertentangan idea dan perbezaan mentaliti minat muzik seseorang itu berbeza.

No Straight Roads boleh dimainkan di platform Playstation 4, Xbox, Nintendo Switch dan PC serta boleh didapati menerusi Epic Games Store. Permainan ini sudah membanggakan negara apabila memenangi anugerah Best of E3 2019 oleh Gaming Trend dan Techraptor.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.