Tidak lama dahulu, penulis pernah menulis secara panjang lebar perihal usia syarikat-syarikat Jepun di portal kewangan The Patriots iaitu The Outlook. Ramai merasa terkejut apabila mendapati sesetengah syarikat bukan saja berusia seabad tetapi ada juga yang sudah mencecah usia lebih sealaf.

Boleh rujuk artikel berkenaan di sini: Ini Adalah Sebab Syarikat Jepun Bertahan Lebih Seabad – https://theoutlook.asia/ini-adalah-sebab-mengapa-syarikat-jepun-bertahan-lebih-seabad/

Salah satu daripada entiti perniagaan ini ialah sebuah hotel yang dibuka pada abad kelapan Masihi. Hotel yang dimaksudkan penulis ialah Nishiyama Onsen Keiunkan yang terletak di Yamanashi, Jepun.

Suasana dalaman hotel.

Mungkin ada pertikai penulis memandai-mandai saja letakkan fakta sebegini tetapi hotel ini mendapat pengiktirafan Buku Rekod Dunia Guinness sebagai hotel paling lama beroperasi di dunia sejak 705 Masihi.

Sementara hotel kedua tertua di dunia ialah Hoshi Ryokan yang terletak di Ishikawa, Jepun dan beroperasi sejak 718. Melihat usia hotel ini, penulis tidak terkejut sekiranya produksi Hotel Del Luna menjadikan Nishiyama Onsen Keiunkan sebagai asas hotel fiksyen mereka.

Menariknya, hotel yang terletak tidak jauh dari Gunung Fuji itu diuruskan oleh keluarga pemilik yang sama atau 52 generasi sejak diasaskan oleh Mahito Fujiwara. Fujiwara bukan calang-calang orangnya kerana dia merupakan anak kepada pembantu Maharaja Jepun ke-38, Maharaja Tenji.

Salah sebuah bilik.

Hotel ini mempunyai akses kepada kolam air panas yang diambil terus daripada Kolam Air Panas Hakuho. Memandangkan air kolam ini dikatakan mempunyai khasiat penyembuhan peny4k1t, ia menjadi tumpuan ramai orang termasuk tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah. Antara tokoh yang pernah menjadi penginap hotel ini ialah ketua puak Takeda, Shingen Takeda dan pengasas Keshogunan Tokugawa, Ieyasu Tokugawa.

Tempat mandi air panas.

Hotel ini mempunyai 37 bilik, sebuah restoran (kaiseki) dan sebuah platform untuk melihat bulan. Nishiyama Onsen Keiunkan menjalani penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan penambahbaikan utama dibuat pada tahun 1997. Di sebalik semua penambahbaikan yang dibuat, seni bina tradisional hotel terus dikekalkan sehingga ke hari ini.

Lagi suasana dalam bilik.

Antara ciri baru yang ditambah pada hotel ialah pemasangan Wi-Fi untuk kegunaan internet tetamu dan tempat air panas peribadi bagi tetamu yang mahu menikmati air panas di bilik mereka. Harga penginapan semalam di Nishiyama Onsen Keiunkan ialah AS$470 (RM1904.20).

RUJUKAN:

Romano, A. (2018). The World’s Oldest Hotel Has Been in the Same Family for 52 Generations (Video). Travel and Leisure.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.