Wajahnya mungkin tidak sesuai dengan gambaran seorang pembu-nuh berpakaian serba hitam dengan senjata membu-nuh & berkemampuan menghilangkan diri dengan bom asap. Ninja, atau lebih dikenali sebagai shinobi di Nippon (baca : Jepun) merupakan tentera upahan yang mahir dalam kerja risikan, sabo-taj & membu-nuh secara senyap.

Namun merujuk kepada rekod Muzium Ninja Igaryu, orang terakhir yang mewarisi ilmu ninjutsu yang asli secara turun-temurun merupakan seorang bekas jurutera berusia 67 tahun (pada 2016) bernama Kawakami Jinichi.

Beliau merupakan ‘Ban-gumi no soke’ atau Ketua Keluarga (baca: klan/clan) Ban. Mempraktikkan ilmu ninjutsu aliran Koga & Iga, sejarah penglibatan Ban-gumi dalam ninjutsu dapat ditelusuri sejak 500 tahun yang lampau. Dengan kedudukan & kelebihan yang diwarisi, bekas jurutera ini dilantik sebagai ‘Banke Shinobinoden no soke’ (Pengetua Sekolah Shinobi Banke). Banke Shinobinoden mula popular sejak penubuhan Muzium Ninja Igaryu pada tahun 1964.

Kawakami-soke mendakwa bahawa beliau adalah satu-satunya pewaris ilmu ninjutsu asli yang masih hidup hingga kini. Menurut Japan Times “Kawakami-soke mempunyai sesuatu yang kebanyakan (proclaimed) shinobi tiada, iaitu sifat rendah diri & pelajaran yang sebenar. Termasuk juga skil pertahanan diri yang tinggi.

Kawakami-soke sendiri bukanlah mewarisi darah keluarga ninja, akan tetapi mewarisi ilmu tersebut sejak berusia tujuh daripada Ishida Masazo, yang merupakan biksu Buddha & pembuat ubatan herba. Menurut Kawakami-soke, lelaki tersebut mendakwa bahawa beliau merupakan salah seorang pengamal ilmu ninjutsu yang asli yang masih wujud.

Sebelum dia berusia 19 tahun, Kawakami-soke sudah mewarisi gelaran sensei (guru) & mewarisi skrol-skrol rahsia ninjutsu.

“Untuk melatih konsentrasi, saya perlu merenung api lilin hingga saya merasa diri saya benar-benar berada di dalam api tersebut. Saya juga berlatih mendengar bunyi jarum yang jatuh di lantai bilik sebelah” kata Kawakami-soke. Dia juga berlatih memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi & belajar bagaimana mencampur bahan kimia untuk menciptakan bahan letupan & bom asap.

“Saya juga dilatih untuk menahan panas & dingin serta rasa sakit & kelaparan. Semua latihan itu sangat rahsia & menyakitkan, tapi saya tidak pernah terfikir mengapa saya melakukan semua ini. Latihan-latihan tersebut telah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya sambil menunjukkan beberapa alat dan teknik yang digunakan dalam tugas risikan & sabotaj pada masa lalu.

“Seni ninjitsu terletak pada pergerakan yang tidak disedari oleh musuh, bukan pada kekejaman.”

Pelajar terbaik Kawakami-soke,Kiyomoto Yasushi, merupakan satu-satunya yang menjadi gurulatih bertauliah dari Banke Shinobinoden. Kiyomoto-sensei menubuhkan sebuah dojo in Sagamihara-shi, Kanagawa, namun kini sudah tidak mengambil pelajar baru.

Pada 2003 pula Jose Defez & beberapa rakan bela diri dari Sepanyol memulakan latihan di Jepun mempelajari Shinobijutsu Koka daripada keluarga Ban. Pada Oktober 2010, Kawakami-soke dan Kiyomoto-sensei mengiktiraf Jose Defez sebagai satu-satunya sensei di luar Jepun, yang berpusat di Valencia.

Namun begitu, pada tahun 2012, Kawakami-soke memutuskan tidak akan mewariskan kedudukan soke kepada sesiapa lagi. Beliau meluahkan bahawa ilmu tersebut akan ma-ti bersamanya kerana ianya tidak sesuai dengan zaman moden. Tambah beliau “Di zaman perang saudara ataupun zaman Edo, kebolehan ninja untuk merisik & membu-nuh mahupun menghasilkan ubat amatlah berguna. Tetapi sekarang sudah ada pistol, internet & ubatan yang lebih baik, jadi seni ninjutsu sudah tiada tempat di zaman moden”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.