Sejak pandemik Covid-19 membadai dunia pada tahun lepas, New Zealand dianggap antara kisah kejayaan negara dalam mengekang wabak berkenaan. Strategi Covid Sifar yang dilaksanakan menyaksikan tiada kes dilaporkan sejak Februari lepas. Tetapi semua itu berubah pada minggu lepas gara-gara kehadiran varian Delta.

Apabila kes pertama dilaporkan pada 17 Ogos lepas, perintah kawalan pergerakan (PKP) selama tiga hari dilaksanakan di seluruh negara. Kerajaan pimpinan Jacinda Ardern itu berharap menerusi strategi sedia ada, ia dapat menghentikan penularan Covid-19. Tetapi apa yang diharap berlaku ternyata meleset.

Pada Isnin lepas, kes Covid-19 di New Zealand akibat varian Delta kini mencecah 100 kes. Ardern kini mengarahkan PKP di seluruh negara disambung lagi selama tiga hari sehingga 27 Ogos. Sementara PKP yang dikenakan ke atas Auckland yang menjadi titik panas Covid di negara itu disambung lagi sehingga 31 Ogos.

Yang pasti, strategi ini mengundang rasa kurang senang warga New Zealand lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan pintu sempadan negara akan ditutup sehingga akhir tahun ini. Ini tidak dibantu oleh kadar vaksinasi rendah di negara itu di mana 80% populasinya daripada 5.1 juta orang masih lagi belum divaksin.

Bagi Menteri Kesihatan Chris Hipkins, penularan varian Delta memaksa Wellington mengakui strategi sedia ada sudah tidak mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19. Ini kerana kelajuan penularan jangkitan dalam tempoh 24 jam menjejaskan strategi PKP pantas dan pendek untuk jangka masa panjang.

Hal ini turut diakui oleh Ardern pada Isnin lepas tetapi masih menyifatkan ia strategi terbaik tatkala vaksinasi terus berjalan. Walaupun masih berharap strategi Covid Sifar terus berkesan dalam menghapuskan penularan jangkitan, Perdana Menteri New Zealand itu mengakui warganya perlu hidup bersama Covid-19. Kuncinya di sini ialah vaksinasi dan ia harus dipertingkatkan bagi membantu negara itu mencapai imuniti berkelompok.

Pada Sabtu lepas, 52,000 dos vaksin telah diberi sekaligus menjadikan jumlah dos vaksin yang disuntik kepada 2.75 juta dos. Begitupun, hanya sejuta warga New Zealand atau seperlima daripada populasinya yang mendapat vaksin sepenuhnya.

Selain New Zealand, negara jiran Australia juga terpaksa berdepan hakikat sama. Canberra turut memilih pendekatan Covid Sifar dengan PKP pantas dan pendek serta menutup pintu sempadannya sejak pandemik bermula pada tahun lepas. Tetapi kemunculan varian Delta mengakibatkan kes Covid-19 di Australia naik mendadak. Situasi ini tidak dibantu dengan kadar vaksinasi yang rendah sekaligus memberi tekanan kepada Perdana Menteri Scott Morrison.

Morrison sendiri mengakui strategi PKP yang dilaksanakan semakin tidak berkesan dan tidak boleh dibenarkan lagi berlarutan. Kini, fokus Canberra perlu dialihkan daripada bilangan kes kepada kadar kemasukan hospital. Perdana Menteri Australia itu melihat vaksinasi sebagai kunci sekiranya warganya perlu hidup bersama dengan Covid-19.

Di sebalik keinginan Morrison itu, tidak semua negeri di Australia berminat mengikut pelan pemulihan yang dirancangnya. Ini kerana mereka bimbang sekiranya pintu sempadan dibuka semula, ia akan membawa kepada peningkatan kes seperti dialami di Sydney ketika ini.

RUJUKAN:

Thompson, Ainsley. (2021). Delta Forces New Zealand, Australia to Rethink Covid Strategies. Bloomberg.

Corlett, Eva. (2021). ‘Big questions’: New Zealand Covid minister raises doubts about elimination strategy. The Guardian.

Menon, Praveen. (2021). NZ’s slow vaccination rollout criticised as Covid-19 lockdown extended. Reuters.

Sumber gambar: Kai Schwoerer/Getty Images


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.