Oliver Kahn meninggalkan Bayern Munich dengan satu legasi yang besar. 557 perlawanan pantas berlalu. Kerana faktor usia, Kahn pun perlu bersara. Jadi Bayern pun mencari pengganti Kahn sejak tahun 2008.

Awalnya, Bayern bergantung pada Michael Rensing yang diberi banyak peluang apabila karier Kahn menghampiri penamat. Tetapi prestasi Rensing tidak memuaskan hati Louis van Gaal yang menggantikannya dengan Hans-Jörg Butt.

Jadi Rensing pun membuat keputusan untuk keluar (Eurosport, 2009). Dalam perlawanan menentang Juventus, Butt berjaya menjaringkan gol penalti dalam Minit Ke-30 yang berakhir dengan kemenangan 1-4 buat Bayern.

Butt kehilangan tempatnya pada tangan Thomas Kraft yang malang sekali gagal bermain dengan baik sehingga menyebabkan kekalahan 2-3 di Allianz Arena. Butt pun bersara pada tahun 2012 selepas Bayern mendapat pengganti mungkin bersesuaian.

Namun Manuel Neuer dibenci peminat Bayern atas sebab yang mungkin tidak disedari semua. Neuer berasal daripada Gelsenkirchen yang memasuki Bundesliga bersama Schalke 04.

Sesiapa yang mengikuti Bundesliga mesti tahu bahawa Bayern ialah musuh antara-wilayah Schalke 04. Jadi Neuer bukan saja melompat ke kelab jahat (untuk Schalke). Beliau juga datang dari kelab jahat (untuk Bayern). Ada peminat Schalke siap membenci beliau lagi.

Schalke memenangi Piala Jerman pada tahun terakhir Neuer. Mereka menewaskan Duisburg dengan jaringan 5-0. Pada masa ini, spekulasi tentang Neuer memang sangat banyak.

Ramai tidak suka dengan bunyi beliau akan pergi ke Bayern. Jadi semasa sambutan Piala Jerman, Neuer cuba memeluk ribuan peminat yang ingin menyambut bersama. Tetapi seorang lelaki bertindak menamparnya (Reuters, 2011).

Bagi lelaki tersebut (dan ramai lagi), Neuer telah berpaling tadah. Dulu Neuer pernah berkata, “aku adalah warganegara Jerman, tetapi kamu boleh kata aku juga orang Schalke. Aku masih bersama kalian – walaupun aku sekarang ini berdiri di hadapan kalian sebagai penjaga gol, bukan bersama kalian di teres (kerusi penonton)” (Lovell, 2017).

Kenyataan sedemikian mengundang amarah daripada peminat-peminat Bayern pula. Seramai 6,000 orang berhimpun Munich pada hari kedatangan Neuer. Mereka membawa slogan “Koan Neuer!” yang bermaksud “No Neuer!” (Lowe, n.d.).

Itulah cabaran pertama Neuer di Bayern. Bukan lagi sana, bukan juga sini. Jadi Pengerusi Lembaga Eksekutif Bayern membuat sesuatu. Karl-Heinz Rummenigge tidak pernah merestui tindakan peminat Bayern terhadap Neuer semasa di Schalke lagi.

Memandangkan sekarang ini Neuer menyertai Keluarga Bayern, Rummenigge membuat perbincangan meja bulat bersama kumpulan perwakilan penyokong pada 2 Julai 2011. Mereka mencapai persetujuan, bahawa para peminat wajib menerima hakikat bahawa Neuer ialah pemain Bayern.

Neuer wajib dihormati. Tiada kompromi dalam perkara tersebut. Dan prestasi Neuer menunjukkan kenapa beliau ditandatangani Bayern. Selama 1,000 minit perlawanan, tiada gol pun menembusi gawang Bayern.

Neuer sekelip mata menandingi rekod Kahn, cukup untuk menutup mulut pembenci. Pada 25 April 2012, Bayern bertembung dengan Real Madrid. Pemenang akan mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah. Hanya penalti saja menentukan siapa.

Ketika itu Real Madrid mempunyai skuad yang begitu kuat seperti Cristiano Ronaldo dan Kaka. Namun Neuer memelihara gawangnya dengan baik, kerana kedua-dua pemain tersebut tidak menjaringkan gol. Real Madrid tersingkir.

Selepas perlawanan, Neuer memberi penghargaan kepada jurulatih Toni Tapalović yang menunjukkan bagaimana Ronaldo akan ambil penalti. Sesi tersebut sangat berbaloi untuk Bayern, kerana Neuer menghalang Ronaldo (Mira, 2012).

Sejak hari itu, Neuer sudah tidak lagi dipertikaikan. Beliau berjaya menjadi kapten untuk Bayern (dan juga pasukan antarabangsa Jerman) dengan karier mungkin sudahpun setanding dengan Kahn.

Bayern memenangi Bundesliga lapan kali berturut-turut, semuanya dengan Neuer di gawang gol. Malah beliau juga telah menjulang Piala Dunia pada tahun 2014, dengan Liga Juara-Juara Eropah dua kali.

RUJUKAN:

Eurosport. (2009, November 12). Rensing wants out of Bayern. Retrieved from https://www.eurosport.com/football/bundesliga/2009-2010/rensing-wants-out_sto2120844/story.shtml

Lovell, M. (2017, Februari 2). Schakle reeling as Manuel Neuer goes from zero to hero at Bayern. ESPN. Retrieved from https://www.espn.com/soccer/club/bayern-munich/132/blog/post/3052161/schalke-reeling-as-manuel-neuer-goes-from-from-zero-to-hero-at-bayern

Lowe, G. (n.d.). Bayern Munich Fans Jeer Potential Signing of Schalke’s Manuel Neuer. Goal. Retrieved from https://www.goal.com/en/news/15/german-football/2011/03/02/2376707/bayern-munich-fans-jeer-potential-signing-of-schalkes-manuel

Mira, L. (2012, April 28). Neuer: I knew how Cristiano Ronaldo would take his penalty. Goal. Retrieved from https://www.goal.com/en/news/1716/champions-league/2012/04/28/3065829/neuer-i-knew-how-cristiano-ronaldo-would-take-his-penalty


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.