Moving Forward As One

Netanhayu Memang Sengaja Cipta Kekacauan Untuk Beri Nyawa Politik Tambahan

2,708

PayLater by Grab

S.erang.an Israel kali ini adalah satu “calculated move” oleh PM Israel, Benjamin Netanyahu.

Carta konflik.

Ini kerana “power shift” yang bakal berlaku di Timur Tengah tidak berpihak kepada Israel, jadi Netanyahu perlu buat sesuatu bagi mengekalkan status quo.

Baru-baru ni Israel mengadakan PRU ke-4 dalam masa 2 tahun, dan Netanyahu & parti Likud-nya sekali lagi gagal membentuk kerajaan.

Jadi, Presiden memberi mandat kepada Bennett (Parti Yamina) & Lapid (Parti Yesh Atid) untuk membentuk kerajaan. Sepatutnya angkat sumpah hari ni.

Parti Ra’am (United Arab List) yang mewakili kaum Arab Israel, yang diketuai oleh Mansour Abbas juga dijangka akan menyertai perikatan ini.

Ra’am menang 4 kerusi, walaupun sikit, tapi ia akan membolehkan Yamina-Yesh Atid capai majoriti (61 daripada 120 kerusi) yang diperlukan.

Kalau benda ni jadi, Netanyahu hilang kuasa satu hal, usaha dia selama ni untuk memposisikan Israel sebagai negara eksklusif bagi kaum Yahudi (“Jewish State”) juga akan jadi sia-sia.

Dalam Israel pun ada dalam 20% penduduk Arab. Walaupun mereka warga Israel, tapi gerakan ultra-Zionis seperti Likud cuba menafikan hak diorang dan menuduh mereka sebagai pensimpati Palestin.

Selain itu, beberapa minggu lepas, Arab Saudi mula berdialog dengan Iran bagi memperbaiki hubungan.

Saudi & Iran telah bermusuh sekian lama. Trump dulu cuba mewujudkan “united front” US-Israel-Saudi bagi menekan Iran, memaksa Iran runding semula Perjanjian Nuklear tahun 2015.

Selain melemahkan Iran, Israel juga melihat “united front” ni dapat melemahkan Hamas yang dibantu oleh Iran.

Hamas adalah salah satu kumpulan pejuang Palestin. Berbeza dgn Fatah (yang menganggotai kerajaan Palestin), Hamas menolak “two-state solution” yang mengiktiraf Israel.

Jadi Hamas dilabel sebagai pengganas oleh US dan Israel. Dan sejak Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, Israel cuba sedaya upaya mengenakan sekatan dan s.erang.an ke atas Gaza.

Tapi pengganti Trump, Biden nak teruskan legasi Obama dengan menghidupkan semula perjanjian nuklear dengan Iran. Ada ura-ura US dah ready nak berdialog dengan Iran.

Dan di kalangan Parti Democrat, suara “progresif” (Ilhan Omar, Rashida Tlaib, Bernie Sanders) makin lantang. Mereka mahu US kurangkan komitmennya terhadap Israel, menganggap sokongan US terhadap Israel tak sejajar dengan nilai hak asasi manusia yang dijuarai oleh US.

Kalau semua ni berlaku, maka Israel akan berada dalam keadaan yang lemah untuk tawar-menawar dengan Palestin. Perancangan Israel untuk mengilhak (annex) kawasan Lembah Sungai Jordan (dipanggil “Deal of the Century” di zaman Trump) juga akan gagal.

Jadi tup-tup berlaku provokasi polis di Al-Aqsa, supaya dapat mengundang reaksi Hamas, seterusnya escalate jadi s.erang.an balas-membalas.

Dan keadaan boleh terus escalate jadi sama teruk macam tahun 2014 (di mana lebih 2000 penduduk Gaza & 70 warga Israel terkorban).

Walaupun semua negara, termasuk US, juga menekan Israel supaya de-escalate, tapi Netanyahu masih meneruskan s.eran.gan supaya terus memerangkap US ke dalam konflik ini.

Dan di peringkat dalaman, Netanyahu sekali lagi nak tunjuk dia saja mampu mempertahankan keselamatan Israel.

Dan konflik kali ni juga mencetuskan rusuhan antara kaum Yahudi dan Arab, yang bakal merumitkan kerjasama Yahudi-Arab membentuk kerajaan perpaduan.

Netanyahu akan kata, “See? I told you, Arab ni lebih setia kepada Palestin. Nak bagi kuasa kat diorang lagi ke?”

Walaupun satu dunia menyeru gencatan senjata, Israel masih meneruskan s.erang.an. Negara2 Arab yang ada hubungan diplomatik dengan Israel pun segan nak jadi neutral, sama2 join Turki-Saudi-Iran mengecam tindakannya.

Sebab ni adalah gamble untuk survival politik Netanyahu/Likud.

 

Ruangan komen telah ditutup.