Nenas Gergasi Di Afrika Selatan

587

Berdiri hampir 56 kaki tinggi, ‘Nenas Gergasi’ di Bathurst, Afrika Selatan merupakan binaan nenas terbesar di dunia.

Kawasan sekeliling kebanyakannya adalah tanah pertanian yang masyhur dengan hasil nenas. Para petani yang menetap di kawasan tersebut pada kurun ke-18 pernah mengalami kesukaran untuk meraih hasil tuaian sehinggalah mereka mula menanam nenas.

Maka secara alami, penduduk tempatan pun mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada buah tersebut berikutan banyaknya hasil-mahsul yang diperoleh dengan mendirikan sebuah binaan besar berbentuk buah berkenaan. Nenas Gergasi dibina oleh ahli komuniti pertanian Bathurst pada tahun 1980an.

Binaan ini sendiri berketinggian tiga tingkat. Ia diperbuat daripada besi dan gelas fiber serta dilengkapi platform peninjau (yang membolehkan para pengunjung melihat pemandangan sekeliling). Ruang dalam pula menempatkan sebuah muzium yang didedikasikan kepada buah tersebut secara khusus, dengan menampilkan bermacam-macam produk nenas tersedia untuk dijual.

Walaupun binaan Nenas Gergasi ini mirip dengan sebuah binaan serupa di Australia, Nenas Gergasi dua kaki lebih tinggi sekaligus meraihkannya gelaran Nenas Paling Besar Di Dunia.

KETAHUI SEBELUM KUNJUNGI


Terletak betul-betul di luar Bathurst, Cape Timue. Kira-kira 7.5 batu dari Pelabuhan Alfred di jalan R67. Dibuka 9 a.m. hingga 5 p.m. pada setiap hari.

SUMBER:

Erin Everywhere. (n.d.). The Big Pineapple. Atlas Obscura.
https://www.atlasobscura.com/places/the-big-pineapple-bathurst-south-africa

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.