Nematode: Kisah Si Cacing Halus

0
276
views

Cacing halus, roundworm atau Nematode adalah spesis haiwan dari keluarga besar Nematoda atau Nemathelminthes. Spesis ini biasanya ditemui di seluruh ekosistem dunia tidak kisah di daratan dan laut. Walaupun spesis ini hanya dapat dikenalpasti jenisnya melalui mikroskop, namun sebanyak 40,000 jenis Nematode telah dikenalpasti dan lebih separuh darinya adalah jenis parasit.

Cacing Nematode adalah cacing yang berjaya beradaptasi di seluruh kondisi ekosistem: air tawar ke air laut, tanah pamah ke kawasan pergunungan, hemisfera utara ke hemisfera selatan. Spesis ini meliputi 90% mendiami permukaan laut dan 80% dari seluruh jenis haiwan yang mendiami Bumi.

Kitaran hidup Nematode yang pelbagai dan kehadiran mereka dalam kitaran rantai makanan menjadikan spesis ini adalah spesis terpenting dalam ekosistem. Keluarga Nematoda berpecah kepada keluarga kecil  (families) sebanyak 256, kemudian berpecah lagi kepada keluarga genus sebanyak 2271. 3 dari keluarga genus adalah parasit kepada haiwan bertulang belakang dan sebanyak 35 spesis Nematode adalah parasit dalam perut manusia.

Ada dua jenis cacing Nematode bagi memahami tentang spesis ini. Pertama spesis hidup bebas (free living) dan spesis parasit. Spesis hidup bebas ditentukan melalui diet pemakanan mereka seperti memakan fungus, alga, haiwan kecil, najis, bangkai, dan tisu badan. Nematode yang tinggal di permukaan laut adalah spesis hidup bebas. Peranan spesis ini amat penting dalam ekosistem terutamanya dalam proses pereputan nutrient kepada pecahan-pecahan kecil, mengitar semula nutrient dalam kawasan marin, dan sebagai pengesan kerana sensitif atas perubahan ekosistem oleh pencemaran.

Spesis Nematode yang parasit kepada manusia adalah spesis Ascaris, Filarias, Hookworm, Pinworm, dan Whipworm. Spesis Trichinella spiralis yang dikenali sebagai ‘Cacing Trichina’ ditemui dalam badan tikus, khinzir, beruang, dan manusia. Spesis ini bertanggungjawab atas sebaran penyakit trichinosis iaitu penyakit kelecuran pada otot jantung dan paru-paru. Baylisascaris sp. adalah antara spesis Nematode yang biasanya menjangkiti haiwan liar dan membawa maut jika manusia terjangkit kerana pergerakan larva spesis ini akan menyebabkan ketidakselesaan terhadap tubuh.

Spesis Dirofilaria immitis menyebabkan berlaku penyakit cacing jantung kerana spesis ini menjadikan jantung, saluran darah, dan paru-paru anjing dan kucing sebagai habitat. Tin sardin yang mengandungi cacing telah netizen tularkan itu cacingnya jenis Anisakis sp. yang sentiasa berada dalam perut spesis laut seperti ikan. Apabila menjangkiti manusia, dia mendapat penyakit Anisakiasis iaitu penyakit yang menyerang sistem pencernaan kerana memakan daging ikan yang tidak diproses dan dibersihkan dengan betul.

Gambar 1: Cacing Dirofilaria immitis menjangkiti jantung mangsa.

Tidak sekadar si cacing halus ini menjangkiti manusia dan haiwan, tumbuhan juga tidak terkecuali menjadi mangsa jangkitan. Genus nematode yang biasa menjangkiti tumbuhan adalah Aphelenchoides sp. (parasit tumbuhan berbunga), Globodera sp. (parasit kentang), Heterodera sp. (parasit kacang soya), Meloidogyne sp. (parasit akar pokok), dan beberapa genus lain yang mampu mengurangkan sumber pertanian besar-besaran.

Ada antara cacing Nematode tumbuhan berpotensi menyebarkan virus berbahaya melalui proses penyerapan nutrient dari akar pokok seperti cacing Xiphinema index, pembawa virus daun anggur. Ada antara cacing juga menjangkiti pokok hutan seperti cacing Bursaphelenchus xylophilus, parasit pokok pine. Untuk bidang agrikultur, kehadiran cacing Nematode merisaukan terutamanya melibatkan penanaman pokok buah dan sayur yang laku di pasaran. Bagi menghindari dan menghapuskan kehadiran cacing ini, penanaman bergilir adalah cara yang efektif tidak hanya menyuburkan tanah, ia juga dapat menghindari sebaran penyakit dari nematode sendiri.

Gambar 2: Gambaran cacing Heterodera sp. bersama telurnya memalui electron micrograph.

Kesimpulannya, cacing Nematode ini walaupun ia menjijikkan dan agak menyusahkan seperti kehadiran nyamuk dan lalat, namun peranan mereka amat dititkberatkan dalam ekosistem dunia terutamanya dalam urusan pereputan organisma dan penceraian nutrient dalam tanah. Ada juga cacing yang memberi sumbangan kepada ketamadunan seperti cacing Caenorhabditis elegans, cacing bukan parasit yang menjadi model bagi para saintis untuk mengkaji tentang spesis Nematode. Dikatakan cacing ini selamat dari insiden Space Shuttle Colombia pada Februari 2003, gagal dilancarkan sehingga membunuh 7 orang kru angkasa. Kemudian cacing ini dikaji lebih lanjut tentang ketahanan terhadap zero gravity.

RUJUKAN:

  1. Cobb, N. A. (1919). The orders and classes of nemas.  Sci. Nematol.8: 213–216
  2. Cobb, Nathan(1914). “Nematodes and their relationships”. Yearbook United States Department of AgricultureUnited States Department of Agriculture. pp. 457–90. Quote on p. 472.
  3. Garcia, Lynne (October 29, 1999). “Classification of Human Parasites, Vectors, and Similar Organisms”(PDF). Los Angeles, California: Department of Pathology and Laboratory Medicine, UCLA Medical Center. Retrieved July 21, 2017.

Lemonick MD (2011-06-08). “Could ‘worms from Hell’ mean there’s life in space?”Time.