Saya terkejut bila DS Anwar Ibrahim dilaporkan berkata bahawa Tok Mat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah gagal menyediakan pembangunan di Negeri Sembilan sepanjang 3 penggal menjadi Menteri Besar [1].

Sebenarnya ada banyak pencapaian Tok Mat sepanjang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya perturunkan sebahagiannya di bawah:

1. Tok Mat telah menukar ekonomi Negeri Sembilan daripada berasaskan pertanian, kelapa sawit, getah dan ternakan kepada ekonomi berasaskan pembuatan. Beliau membangun dan mewujudkan beberapa Industrial Park seperti di Taman Industri Tuanku Jaafar Nilai, Tanah Merah Lukut dan Taman Industri Senawang.

2. Pada tahun 2011 dan 2012, ekonomi Negeri Sembilan telah berkembang pada paras 5.2% dan 6.2%. Kejayaan ini dibantu oleh kemasukan pelaburan asing sebanyak RM 5.9b dan RM2.73b pada dua tahun tersebut. Dalam masa yang sama, ia mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sejak itu, FDI tahunan ke Negeri Sembilan tidak pernah kurang daripada sasaran RM1 bilion.

3. Sebelum beliau mengambil alih sebagai Menteri Besar, ekonomi Negeri Sembilan dijana melalui sektor pertanian yang meliputi kawasan seluas lebih 300 ribu hektar. Pada tahun 2012, KDNK N9 adalah sebanyak RM24.63bilion dan 88.9% daripadanya adalah daripada sektor pembuatan besi, machine, elektrik dan pelbagai industri lain.

4. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang berjaya membayar hutang secara tunai kepada kerajaan persekutuan pada tahun 2012.

5. Tok Mat juga telah merancang Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang mengambil masa 30 tahun. Lebih 600 ribu hektar tanah negeri akan dibangunkan melalui konsep kerjasama kerajaan – swasta yang melibatkan integrasi Malaysia Vision Valley (kesinambungan Greater KL), Agropolis (pembangunan bandar dalam desa) dan Biodiversity (Sumber alam). Pelan ini juga mengambilkira pembangunan sepanjang jajaran High Speed Rail KL – Singapore yang akan menjadikan Negeri Sembilan sebagai laluan ekonomi utama dua negara.

6. Tok Mat telah memperkenalkan polisi permit perniagaan percuma bagi membolehkan anak negeri berniaga dengan lebih rancak.

7. Baki Kumpulan Wang Disatukan Negeri Sembilan pada 2016 adalah sebanyak RM540juta, meningkat daripada RM522j pada 2015.

8. 9 daripada 13 jabatan negeri berkaitan kewangan telah menerima pengiktirafan 5 bintang daripada Jabatan Audit Negara pada tahun 2016

9. Kadar kemiskinan tegar Negeri Sembilan pada 2016 adalah 0.2%; lebih rendah daripada purata kebangsaan iaitu 0.4%

10. Jumlah pelancong ke Negeri Sembilan pada 2015 adalah seramai 5.17 juta orang. Peningkatan yang sangat tinggi berbanding 2.36 juta pelancong pada 2011.

11. Jumlah kutipan zakat juga meningkat daripada RM65.4 juta pada tahun 2012 kepada RM94.4 juta pada tahun 2015.

12. Kerajaan Negeri Sembilan berjaya menunaikan 44 daripada 45 manifesto PRU13. Satu satunya manifesto yang gagal ditunaikan adalah menaiktaraf Masjid Negeri dan Kompleks Mahkamah Syariah.


Ditulis oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] https://www.sinarharian.com.my/…/Tok-Mat-dulu-tak-berkesan-…[2] http://m.utusan.com.my/…/tanah-merah-kawasan-baharu-industr…
[3] Data Sosioekonomi Negeri Sembilan 2010-2015, UPEN Negeri Sembilan
[4] Berita Harian, 15 Januari 2018.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.