Negative Flash – Bila Kemarahan Menguasai Diri

0
612
views

Apabila moral seseorang dibuang demi menyelamatkan orang yang disayangi, sudah tentulah seseorang itu akan menjadi lebih agresif. Itulah yang terjadi kepada The Flash, Barry Allen. Setelah The Flash dibawa oleh Reverse Flash ke dalam Negative Speed Force, keseluruhan tenaga Negative Speed Force telah mempengaruhi The Flash. Dengan tenaga pemusnah Negative Speed Force, The Flash telah digelar sebagai Negative Flash.

Moral ditolak tepi. Tidak ada perkara yang boleh menghalang Negative Flash. Dia pasti akan menumpaskan musuhnya tidak kira dengan apa cara sekalipun. Negative Flash beberapa kali melaungkan kepada Reverse Flash bahawa dia akan membunuh Reverse Flash dengan mematahkan lehernya. Sebelum ini juga, The Flash pernah membunuh Reverse Flash dengan cara yang sama secara tidak sengaja.

Menjadi seorang superhero kadang-kadang terpaksa mengorbankan perasaan orang lain. Contoh, Barry Allen terpaksa menipu Iris West setiap kali dia ingin menyelesaikan kes jenayah seperti rompakan oleh The Rogues, serangan Gorilla Grodd, dan lain-lain lagi. Menurut prinsip asas superhero, seorang superhero itu tidak boleh mendedahkan dirinya kerana ini akan mendatangkan bahaya kepada orang yang disayanginya. Barry Allen masih juga tenang menghadapi situasi itu.

Namun menjadi seorang Negative Flash, dia tidak hirau tentang tindakan yang dibuat olehnya. Personalitinya lebih bersifat agresif, tegas dan memberontak. Perlahan-lahan Negative Flash menjadi seperti Reverse Flash. Negative Flash telah menarik kesemua Negative Speed Force yang ada pada Reverse Flash. Kata-kata Negative Flash telah membuatkan Reverse Flash sedar bahawa dia bukanlah sesiapa pun pada mata The Flash.

“Kau ialah seorang yang mudah dilupakan. Dan tak akan ada orang yang akan bina Muzium Eobard Thawne!”

Waqaf Saham

Dengan kekuatan Negative Speed Force nya, Negative Flash tidak perlu mengelak daripada ditembak oleh peluru pun. Peluru-peluru tersebut menjadi debu sebelum menyentuh Negative Flash. Namun, kekuatan ini tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Negative Flash pun. Ia lebih menjadi beban kepada Negative Flash kerana proses penyembuhannya menjadi lebih lambat daripada biasa.

Personaliti alter ego Negative Flash iaitu Barry Allen juga berubah. Seorang yang sabar dan tenang telah berubah menjadi seorang yang penuh dengan konflik, keras kepala dan memberontak. Dia sanggup mempertikaikan kerjayanya sebagai seorang Saintis Forensik yang telah berjasa untuk Central City. Barry Allen meninggikan suaranya kepada Captain Singh, iaitu orang atasannya. Barry Allen telah menjadi seorang yang panas baran dan hanya mengikut emosi. Malah, Iris West juga takut dengan Barry Allen yang panas baran.

Emosi panas baran dan memberontak sewajarnya dikawal, jika tidak ia akan memakan diri sendiri. Memperhambakan sifat marah akan membuatkan orang lain terkesan dengan perbuatan anda. Raut wajah, pergerakan yang tidak tentu arah, kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain ialah kesan daripada terlampau mengikut sifat marah. Mahukah orang tersayang anda menjauhi diri anda akibat takut dengan sifat marah anda? Maka, pengawalan sifat marah ini perlu dilakukan dengan perlahan dan berkala supaya tidak ditimpa musibah.