Boleh dikatakan semua negara di benua Eropah terjejas dengan wabak pandemik COVID19. Kenyataan Pusat Kawalan Penyakit Eropah (European Center for Disease Control) pada 19 April lalu, kes jangkitan COVID19 di benua itu telah melebihi sejuta kes. Menurut rekod Statista, rekod kematian sehinggan 23 April ialah 113 ribu.

Itali, Sepanyol, Perancis dan United Kingdom antara negara Eropah yang mempunyai rekod positif paling tinggi. Semuanya bagaikan terus bersaing siapa paling tinggi dan siapa dapat hentikan penyebaran lebih cepat.

Republik Czech mempunyai populasi 10.65 juta penduduk. Negara ni macam tak jadi sebutan sangat masa kes wabak ni.

Langkah kawalan yang dilaksanakan dilihat efektif dalam menghentikan penyebaran virus COVID19. Sejak 8 Februari lagi, Czech dah hentikan kemasukan orang dari China. Bila tengok kes di Itali pula meningkat, sekali lagi Czech bekukan kemasukan orang dari negara luar. Bermula 16 Mac, semua pergerakan masuk ke negara ini telah dihentikan. Jangkaan kes positif pada pertengahan bulan April ialah 8000 dan 14000 pada hujung bulan April.

Untuk menjamin sumber peralatan kesihatan supaya bertahan lebih lama, Czech bekukan semua pensanitasi tangan yang akan dieksport. Ubat-ubatan juga dilarang untuk dihantar keluar supaya dapat dijual di dalam negara.Bukan semua orang boleh beli topeng muka jenis FFP3 (N100), hanya staff kesihatan dan kumpulan pekerja yang memerlukan sahaja dibenarkan.

Kes pertama dikesan di negara ini ialah bertarikh 1 mac. Sehingga tarikh 23 April, sebanyak 7138 kes positif dikesan dan sebanyak 210 kematian. Sebanyak 195.7 ribu orang telah menjalani ujian saringan virus ini.

Bermula 16 mac lalu, Republik Czech telah melaksanakan perintah kuarantin terhadap semua rakyatnya. Semua perlu duduk dirumah dan tidak keluar. Kebenaran untuk keluar hanya untuk pergi bekerja berdasarkan keperluan dan mendapat kebenaran pihak berkuasa.  Kalau perlu keluar, tidak lebih daripada dua orang. Perintah kuarantin ini telah dilanjutkan sehingga 30 April.

Semua perhimpunan sosial perlu dibatalkan, sekolah dan pusat pengajian ditutup bermula 2 mac. Pengecualian diberikan kepada mahkamah, pihak berkuasa dan urusan pengebumian. Namun, jarak sosial perlu dijaga untuk mengelakan risiko jangkitan.

Czech memperkenalkan “Smart Quarantine” untuk memastikan semua rakyatnya duduk dirumah dan tidak keluar. Pergerakan seseorang yang positif COVID19 akan disemak semula berdasarkan rekod GPS melalui telefon pintar dan penggunaan kad debit semasa melakukan pembayaran. Ini juga untuk mengesan kawasan yang telah dilawati dan berisiko jangkitan.

Semua data itu akan disimpan oleh pihak kesihatan untuk tujuan mengesan risiko jangkitan tidak lebih enam jam. Selepas itu semuanya perlu dipadam daripada rekod.

Sejak bulan lepas lagi, pihak berkuasa dah menjadikan pemakaian topeng muka adalah mandatori sekiranya berada di kawasan awam. Satu halaman facebook turut mengajarkan cara untuk menjahit topeng muka supaya semua rakyat Czech mempunyai topeng muka sendiri.

Satu studio rekaan fesyen turut membantu untuk menyediakan topeng muka dan dijual kepada orang awam.

Tidak cukup dengan itu, untuk memberi dorongan kepada semua orang supaya memakai topeng, pihak berkuasa telah melakukan satu tindakan bijak. Semua arca patung yang berada di negara ini turut dipakaikan topeng muka. Ini bertujuan untuk mengingatkan semua orang supaya sentiasa memakai topeng muka.

Arca patung pun tahu pakai topeng, takkan yang manusia ni tak pakai topeng.

RUJUKAN:

  1. Alessio Dellanna (2020) Europe’s COVID-19 death toll over 100,000, but worst-affected countries show signs of ‘improvement’, Euronews
  2. Number of new coronavirus (COVID-19) cases confirmed in Czechia in 2020, by date of report, Statista Website. https://www.statista.com/statistics/1104327/czechia-coronavirus-covid-19-new-cases/
  3. Prague Morning (2020) Czech Republic to start Smart Quarantine in South Moravia. How does it work? https://www.praguemorning.cz/czech-republic-smart-quarantine/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.