Pada tahun 481 S.M., telah sampai satu perkhabaran ke seluruh pelosok kota Yunani bahawa Xerxes, pemimpin Empayar Parsi sedang gigih persiapkan barisan ketent3raannya untuk menyerang Yunani. Tindak balas dari perkara ini,  para pemimpin kota Yunani pun berkumpul dan bersidang untuk membuat perkiraan tahap kesediaan pertahan mereka bagi menghadapi serangan Parsi. Pertemuan ini tercetus, berkemungkinan dari cadangan Sparta dan disokong oleh Athens.

Pada Kongres Pertama ini, terdapat penglibatan dari ahli Liga Peloponesia, kota-kota Yunani Tengah dan juga Thebes. Kongres ini telah bersetuju untuk membentuk sebuah kesatuan yang baru. Kesatuan ini diberikan nama, Liga Helenik.

Rundingan ini telah dimulai dengan menyatakan sumpah mereka untuk pertahankan Yunani dari serangan Parsi dan memberikan perlindungan terhadap kota-kota Yunani yang terlibat. Konferens ini telah sepakat untuk melantik Sparta, memimpin barisan ketent3raan kesatuan tersebut, di darat mahupun di lautan.

Walaupun Sparta mengetuai keputusan strategi ketent3raan, namun Sparta sering kali bertindak atas nasihat dan pandangan majoriti jemaah p3rang kesatuan tersebut.Kebanyakan sejarawan berpendapat bahawa penyatuan ini berjaya diperoleh atas dasar kemampuan pertahanan semasa kota-kota Yunani dan juga sebagai instrumen utama Yunani untuk menumpaskan Parsi. Menurut catatan Herodotus, semasa pertemuan pertama Kongres Helenik berlangsung, beberapa isu telah diambil kira. Antaranya:

1) Ahli-ahli kesatuan hendaklah berdamai semasa mereka.

2) Hantar perisik ke Asia.

3) Melantik duta untuk mohon bantuan dari Argos, Syracuse, Corcyra dan Crete.

Herodotus juga ada menyatakan bahawa duta yang di hantar ke Argos ialah golongan masyarakat Yunani yang telah sama-sama bersumpah untuk menentang Parsi. Mengenai inti pati sumpah tersebut, tidak pula dinyatakan secara terperinci oleh Herodotus.  Menurut beliau juga, sumpah ini secara umumnya tidak lain untuk memberi amaran kepada semua kota Yunani agar tidak menyebelahi Parsi.

Menurut Diodorus pula, 481 S.M. merupakan tahun kongres pertama ini diadakan. Kebanyakan kota Yunani ketika itu sangatlah goyah. Dengan terciptanya sumpah tersebut, dapatlah melindungi dan menakut-nakutkan kota Yunani yang lain kerana sekiranya ada segolongan mereka yang memihak kepada Parsi, maka, hukuman bakal menimpa mereka.

Selain itu, Herodotus juga ada menyebut bahawa semasa kongres itu berlangsung, sesama kota Yunani ini, mereka saling memberi jaminan dari sudut kesetiaan dan bantuan. Melalui sumpah tersebut juga, kesatuan ini bukanlah sekadar bersatu menentang Parsi malah kesatuan ini juga akan saling berkongsi kekuatan dan kepakaran sesama mereka, di daratan mahupun di lautan.Sebenarnya, pada sesi kongres pertama itu mereka tidak dapat putuskan sebarang keputusan mengenai ekspedisi pertama mereka. Hal ini demikian mereka perlu sabar menantikan maklum balas dan laporan dari perisik-perisik yang di hantar ke Asia dan duta-duta yang di hantar ke Argos, Syracuse, Corcyra dan Crete, sehingga mereka pulang. Perkara ini secara tidak langsung telah mendorong kepada perjumpaan kedua mereka, pada musim bunga 480 S.M..

Hasil dari kongres kedua ini, mereka telah sepakat untuk melaksanakan sebuah ekspedisi, yang dimulai dengan ekspedisi ke Tempe. Seterusnya, ke Thermopylae dan Artemisium. Keputusan ekspedisi ini dibuat selepas mengambil kira maklumat yang diperoleh dari duta-duta dan para perisik mereka mengenai keberadaan dan kesediaan hasil bumi yang mereka ada dan situasi semasa pihak musuh.

Pertempuran Thermopylae

Majoriti tentera laut Athens terdiri daripada tent3ra Sparta. Armada laut Yunani ketika itu, mempunyai hampir 350 buah kapal yang mana jumlahnya hanyalah sekitar 1/3 dari jumlah kapal yang dimiliki oleh Parsi. Herodotus memberi anggaran bahawa jumlah tentera Parsi yang terlibat pada ketika itu, menjangkau jutaan bilangan anggota. Namun begitu, ahli sarjana moden meragui dapatan tersebut.

Di pihak Yunani pula, mereka sekadar mengerahkan sejumlah 7000 anggota tent3ranya ke Thermopylae dan 271 buah kapal yang di bawah pimpinan Themistocles ke Artemisium. Dalam masa yang sama juga, para tentera Xerxes bergelut menghadapi cuaca yang sangat mencabar. Namun begitu, mereka tetap gigih, mara ke medan peper4ngan. Pada Ogos 480S.M., tercetuslah pertempuran antara Liga Helenik dan Empayar Parsi.

Situasi di lautan, terdapat hampir 200 buah kapal Parsi telah membuat cubaan seragan hendap. Namun begitu, Yunani lebih awal telah menjangka taktikal sedemikian dan telah bersiap sedia dengan ser4ngan tersebut dan mereka telah bersemuka dengan barisan hadapan tentera laut Parsi. Malang tidak berbau, pada malam tersebut, ribut yang dahsyat telah melanda dan telah memusnahkan skuadron Parsi manakala di pihak Yunani pula, baik-baik sahaja kerana mereka telah menyimpan kapal-kapal mereka  di pelabuhan yang selamat dari ribut tersebut.

Lain pula situasinya di daratan. Parsi telah menyerang Yunani di Thermopylae dan pertempuran ini berlangsung selama dua hari. Walau bagaimanpun, pada malam kedua, seorang pengkhianat Yunani telah memimpin sekumpulan tentera terbaik Parsi untuk melalui satu jalan yang sering digunakan oleh pengembala kambing. Hal ini telah memberikan Parsi peluang yang sangat baik untuk menyerang Yunani.

Menyedari perkara tersebut, tindakan awal telah di ambil oleh Leonidas I. Beliau telah memindahkan hampir kesemua penduduk Yunani Selatan ke tempat yang lebih selamat. Namun begitu, beliau telah bertarung sehingga ajal menimpa beliau di Thermopylae, bersama-sama dengan Sparta yang lain. Pertempuran Thermopylae berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Parsi.

Sementara pertempuran yang dahsyat berlangsung di Thermopylae, kapal-kapal Parsi juga telah mengorak langkah, menyerang tentera laut Yunani, yang berkesudahan dengan kedua-dua belah pihak kehilangan banyak kapal. Untuk pengetahuan, tentera Xerxes pada masa itu, telah diperkuat dengan bantuan dari Yunani Utara dan mereka telah berarak ke selatan untuk turut serta dalam peper4ngan.

Pada September 480 S.M., Parsi telah bertindak membakar Athens, yang mana pada ketika itu, kawasan tersebut telah pun dikosongkan. Sementara itu juga, Yunani telah merancang untuk menempatkan kapal-kapal mereka di Selat Salamis.

Taktik ini merupakan sebuah muslihat Themistocles . Beliau berpura-pura menyatakan bahawa Yunani telah mengaku kalah dan dia umpan kapal-kapal Parsi untuk lalu ke selat yang sempit tersebut. Parsi pun berjaya diperdaya dan telah dib4ntai habis-habisan oleh kapal-kapal Yunani. Sebahagian tentera laut Parsi yang tinggal kemudiannya, telah berundur ke Asia.

Walaupun Xerxes telah pulang ke Parsi pada musim sejuk, angkatan tent3ranya masih kekal di Yunani sehinggalah Pertempuran Plataea tercetus pada 479 S.M. Parsi telah dikalahkan oleh gabungan ketenteraan Sparta, Tegea dan Athens. Tentera laut Parsi pula telah dikalahkan di Mycale, apabila mereka enggan bersemuka dengan kapal-kapal Yunani.

Perjuangan tidak tamat di situ. Tentera laut Parsi kemudiannya telah melabuhkan kapal-kapal mereka dan bergabung dengan tentera darat Parsi. Walau bagaimanapun, barisan tent3ra  Parsi tetap kalah dalam pertempuran menentang Sparta, pimpinan Leotychidas.

Walaupun serangan tent3ra Parsi telah tamat setelah pertempuran di Plataea dan Mycale, pertarungan antara Yunani dan Parsi tetap berterusan sehingga 30 tahun lamanya. Liga Helenik kemudiannya ditukar kepada Liga Delos (Delian League), yang diterajui oleh Athens. Matlamat kesatuan ini adalah untuk berjuang membebaskan negara kota Ionia, yang terletak di persisiran Anatolia. Pelbagai siri kejayaan telah dikecapi oleh kesatuan ini. Pada tahun 449 S.M, berlakunya Rundingan Damai Callias, yang mengakhiri perseteruan antara Athens bersama sekutunya dengan Empayar Parsi.

RUJUKAN:

Brunt, P. (1953). The Hellenic League against Persia. Historia: Zeitschrift Für Alte Geschichte, 2(2), 135-163.

The Editors of Encyclopedia Britannica. (2020). Greco-Persian Wars | Definition, Summary, Facts, Effects, & History. Encyclopedia Britannica.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.