Semua maklum kebanyakan negara dunia teruk dibadai Covid-19 dengan gelombang kedua wabak itu kini menghentam benua Eropah dan Amerika Syarikat. Sedang negara-negara yang dinyatakan itu menyaksikan bilangan kem4tian yang semakin meningkat dari hari ke hari, negara-negara Asia dilihat berupaya mengekangnya. Kenapa perkara ini berlaku?

Jujurnya, setiap negara terutama negara-negara Asia mempunyai pendekatan berbeza-beza dalam menangani penularan wabak Covid-19. Tetapi ada beberapa strategi pengekangan pandemik sama yang dilakukan oleh negara-negara Asia iaitu:

  • Kapasiti pengujian berskala besar

Dari segi kapasiti pengujian Covid-19, Korea Selatan dianggap pendahulu kerana melakukan lebih banyak ujian Covid-19 per populasi berbanding negara-negara lain. Bagi mencapai objektif tersebut, 17 makmal kebangsaan dan wilayah berupaya membuat pengujian Covid-19 berskala besar.

Bagi Taiwan pula, pengujian Covid-19 berskala besar bukan sekadar digunakan untuk mengumpul bilangan kes positif. Malah, ia merupakan satu peluang bagi pasukan penyelidik dan saintis untuk menkaji keupayaan musuh baru mereka itu.

  • Pengesanan kontak dan kuarantin

Strategi pengesanan kontak dan kuarantin menjadi elemen utama strategi pengekangan Covid-19 negara-negara Asia dari Korea Selatan hingga Malaysia. Pengesanan kontak ialah mengesan mana-mana individu yang pernah berhubung dengan pesakit atau individu disyaki menghidap Covid-19 bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Dari situ, kontak rapat atau individu yang diletakkan di bawah siasatan pihak berkuasa akan diuji dan diletakkan dalam kuarantin bagi mengelak penularan Covid-19. Kuarantin atau perkataan lebih tepat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/perintah berkurung dikenakan apabila kes meningkat secara mendadak bagi mengurangkan impak wabak terhadap perkhidmatan kesihatan sesebuah negara.

Kaedah PKP/perintah berkurung setiap negara berbeza-beza dari segi syarat perlaksanaan. Tetapi kebanyakan negara Asia yang melaksanakannya berjaya mengurangkan penularan kes Covid-19 seperti yang berlaku di China, Korea Selatan, Taiwan dan terbaru, Malaysia.

  • Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)

Kita selalu dengar keluhan sesetengah negara tentang kekurangan PPE dalam mendepani Covid-19. Tapi di sesetengah negara Asia, perkara itu tidak berlaku.

Di Singapura misalnya, semua pengeluar topeng muka, sarung tangan, cecair pembunuh kuman dan komponen PPE yang lain diarah memastikan stok simpanan mereka dapat bertahan selama tiga hingga enam bulan.

Manakala di Taiwan, stor-stor perubatan pusat negara itu sentiasa diarah memeriksa stok mereka bagi memastikan stok mereka boleh digunakan sebelum tarikh luput. Berdasarkan pemeriksaan tahun lepas, ia boleh diterjemah dalam bentuk peratusan iaitu 28% topeng muka, 35% topeng N95 dan 18% gaun perubatan.

  • Pemantauan di setiap pintu masuk negara (lapangan terbang dan pelabuhan)

Kebanyakan negara Asia melaksanakan pemantauan di pintu masuk negara masing-masing termasuk imbasan suhu, pengujian Covid-19 dan kuarantin bagi yang memasuki negara mereka. Justeru, bukan satu kejutan sesiapa yang memasuki sesebuah negara perlu menjalani ujian Covid-19 dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebelum dibenarkan pergi.

Tetapi paling penting, pengalaman yang membezakan negara-negara Asia dengan negara-negara dunia dalam mengendalikan krisis wabak penyakit. Pengendalian wabak penyakit bukan sesuatu yang baru di benua ini terutama di Asia Timur dan Asia Tenggara kerana mereka berpengalaman mengendalikan krisis SARS, MERS dan selsema burung.

Dan ini diakui Pengarah CDC Amerika Syarikat di Thailand, Dr John MacArthur. Beliau berkata, “Negara-negara ASEAN mempunyai pengalaman melawan wabak penyakit berjangkit seperti SARS, Nipah dan MERS lebih dari 20 tahun.

“Berikutan pengalaman awal mereka, mereka segera bersetuju dengan peraturan badan kesihatan antarabangsa dan berusaha mencapai objektif keperluan kapasiti teras di bawah kerangka baru yang digariskan badan tersebut.”

Bagi pakar genetik Profesor Daneil Falush dari Institut Pasteur di Shanghai, lensa pengendalian wabak berbeza di Timur dan Barat. Di Barat, mentaliti mereka ialah membina imuniti berkumpulan menerusi vaksinasi atau penurunan kadar jangkitan. Sementara di Asia pula, mereka melihat keperluan menurunkan kes jangkitan sehingga tiada lagi kes dilaporkan.

Bagi kebanyakan pakar di Barat, mustahil bagi sesebuah negara mengekang penularan virus kerana ia sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Tetapi hasilnya sudah terbukti di negara-negara Asia bukan sekali tetapi berkali-kali.

Atas sebab itulah, negara-negara yang pernah melabel perintah berkurung sebagai mengarut dan melanggar hak asasi manusia akhirnya terpaksa melakukan perkara sama demi melindungi kesihatan warga mereka. Ya, imuniti berkumpulan boleh dicapai tetapi apakah ia mampu mengurangkan bilangan kem4tian akibat wabak penyakit sama seperti pengekangan wabak? Amat diragui.

Mungkin sebab inilah yang mendorong kerajaan Britain yang diterajui pemangku Dominic Raab (Boris Johnson masih bercuti selepas pulih dari jangkitan Covid-19) enggan melepaskan dokumen simulasi pandemik yang dipanggil Exercise Cygnus yang dibuat pada tahun 2016 dan membabitkan semua jabatan kerajaan ketika itu.

Akhbar The Telegraph berusaha mendapatkan akses terhadap dokumen berkenaan di bawah Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) bagi melihat sejauh mana tindak balas kerajaan dalam simulasi berkenaan. Namun, usaha tersebut gagal dengan London menggunakan peruntukan Seksyen 35 (1) (a) FOIA iaitu melindungi pembentukan dan pembangunan polisi kerajaan.

Keengganan London melepaskan Cygnus mengundang kekecewaan ramai pihak kerana ramai ingin tahu pengajaran di sebalik Cygnus, apa tindakan kerajaan dan apakah ia bersesuaian dengan tindak balas kerajaan dengan penularan Covid-19.

RUJUKAN:

Nuki, Paul et. (2020). Revealed: Why Asia was better prepared to fight the coronavirus than Britain. The Telegraph. https://www.telegraph.co.uk/global-health/science-and-disease/revealed-asia-better-prepared-fight-coronavirus-britain/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.