Tanpa kita sedari, sebuah negara telah lama wujud sekitar beberapa batu nautika jauhnya dari perairan pantai England. Negara yang dimaksudkan ini bernama Sealand. Sealand diisytiharkan sebagai sebuah negara terkecil di dunia ketika ini dengan jumlah bilangan penduduk seramai 27 orang, direkodkan pada tahun 2002.

Negara yang bermotokan E Mare, Libertas (Dari Laut, Kebebasan) ini, menjadi sebuah negara merdeka yang berdaulat sejak tahun 1967, anggaran empat tahun lewat dari tahun pembentukan Persekutuan Malaysia.

Negara kecil ini mempunyai sistem pemerintahan beraja. Individu yang bertanggungjawab terhadap pemerintahan di negara Sealand ini ialah keluarga Bates. Setiap ahli keluarga Bates merupakan pemerintah dan mempunyai gelaran diRaja yang tersendiri.

Tidak terlepas juga, Sealand telah merangka dan mempunyai perlembagaan mereka tersendiri. Negara yang berdiri di atas sebuah pelantar campuran konkrit dan besi ini telahpun memacakkan bendaranya di puncak Gunung Everest dan juga memiliki sebuah kelab bola sepak.

Awal mula sejarah pertapakan negara Sealand ini dipanggil HM Fort Roughs ataupun Roughs Tower. Pelantar tersebut merupakan satu daripada empat kubu pertahanan yang dimiliki oleh British Royal Navy untuk menahan serangan ket3nt3raan Jerman ketika era P3rang Dunia Kedua.

Sepanjang tempoh p3p3r4ngan, sekitar 100 hingga 120 pegawai t3nt3r4 laut telah ditempatkan di sana. Pada awal tahun 1950-an, pusat kawalan ini telahpun usang dan ditinggalkan. Makluman umum, kubu-kubu pertahanan tersebut direka oleh Guy Maunsell.

Roy dan Joan Bates menghuni Sealand pada tahun 1960-an (Kredit: Rex)

Pada tahun 1966, Roy Bates telah dikenal pasti oleh kerajaan British, menjalankan aktiviti penyiaran haram di salah satu kubu pertahanan tersebut yang bernama Knock John. Kubu ini hanyalah 3 batu dari pantai kawasan kerajaan British. Bagi menyelesaikan masalah ini, Roy telah mengambil tindakan untuk berpindah ke Roughs Tower, lebih jauh jaraknya dari pantai British.

Walau bagaimanapun, beliau tidaklah memulakan sebuah syarikat stesen radio di sana, malah beliau bersama keluarganya menetap terus di kubu tersebut. Setahun selepas kependudukan mereka di sana, pada tarikh ulang tahun kelahiran Joan Bates, 2 September 1967, Roy telah mengisytiharkan kemerdekaan di pelantar tersebut.

Perkara ini mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak keluarga Bates dan kerajaan British yang diwakili oleh para peguam lantikan kerajaan British. Joan telah ditabal sebagai Puteri Sealand. Maka, lahirlah sebuah kerajaan kecil di atas pelantar yang bernama Sealand.

Tidak hairanlah sekiranya, Sealand ini menjadi isu perdebatan di sana. Topik utama mengenai Sealand ini sudah semestinya, layakkah Sealand diisytiharkan sebagai sebuah negara? Menurut wawancara BBC bersama seorang ahli keluarga Bates, iaitu Michael Bates, beliau menyatakan bahawa kami (keluarga Bates) tidak pernah meminta, merayu untuk mendapatkan pengiktirafan bagi negara kami.

Walaupun kami telah lama berkomunikasi dan berhubung dengan Presiden Perancis untuk sekian lamanya, kami tidak pernah sama sekali meminta kerajaan Perancis untuk mengiktiraf kami. Bagi kami, ia (pengiktirafan) bukanlah satu keperluan.

Pada tahun 2000, berita mengenai sebuah syarikat bernama HavenCo Ltd, telah merancang untuk menyediakan sebuah operasi kompleks pelayan internet di Sealand. HavenCo telah menawarkan sebanyak $250 000 kepada keluarga Bates dan memajakkan Roughs Tower dengan pilihan untuk membeli Sealand pada masa hadapan. Tawaran ini sangat menarik bagi keluarga Bates kerana mampu menampung perbelanjaan membaik pulih dan pemeliharaan Sealand kian meningkat saban tahun.

Negara kecil ini juga telah menghasilkan beberapa syiling mereka sendiri. Matawang yang digunapakai oleh negara ini ialah Sealand Dollar ataupun Sealandic Dollar. Selain itu juga, koleksi setem edisi khas Sealand juga telah dihasilkan. Penggemar setem, sudahkah anda memiliki setem ini?

RUJUKAN:

Sealand Population 2020. Retrieved September 04, 2020, from https://worldpopulationreview.com/regions/sealand-population

Amos, T. Become A Lord Or Lady With Sealand. Retrieved September 04, 2020, from https://sealandgov.org/

‘I rule my own ocean micronation’.Retrieved September 04, 2020, from https://www.bbc.com/future/article/20150414-i-rule-my-own-ocean-micronation

Sealand dollar.Retrieved September 04, 2020, from https://currencies.fandom.com/wiki/Sealand_dollar

Rosenberg, M.Why the Principality of Sealand Is Not Independent. Retrieved September 04, 2020, from https://www.thoughtco.com/principality-of-sealand-1435434


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.