Selain Tabut Yahudi dan Holy Grail, Nazi juga mencari Lembing Takdir atau Spear Of Destiny. Lembing ini yang dikatakan menikam Nabi Isa a.s semasa baginda disalib. Kalau dalam siri Legends of Tomorrow DC, lembing ini dikatakan mampu menukar takdir.
Konon bukti kepada mitos ini ialah ada 40 pemerintah terdahulu yang pernah memilikinya termasuk Maharaja Rom, Constantine dan Raja Frederick Yang Agung. Si Misai Kontot yang melihat nilai yang ada pada lembing tersebut pada tahun 1908 di Austria mahu memilikinya.
Selepas Austria ditakluk oleh Nazi Jermanpada tahun 1938, lembing tersebut dipindahkan dari Austria ke bandar Nuremberg. Bila lembing tersebut selamat sampai di Jerman, menurut mitos, Si Misai Kontot melancarkan serangan di Poland. Ironinya, selepas pihak Bersekutu merampas lembing tersebut pada 1945, Si Misai Kontot membunuh diri dalam bunker.
Tapi negara jiran kita ada versi cerita Si Misai Kontot tak mampus pada malam itu, sebaliknya lari ke negara deme dan menyamar hidup sebagai rakyat negara gitu.
Kalau nak baca pasal bagaimana Berlin jatuh di tangan Tentera Bersekutu waktu PERANG DUNIA KEDUA, boleh beli buku kami, PERANG DUNIA KEDUA. Beli di: bit.ly/pratempahww2




No comments yet