Satu peristiwa besar yang berlaku pada tahun 1950 di mana peristiwa ini menyatukan umat Islam di Tanah Melayu tanpa mengira sebarang latar belakang dan fahaman politik. Malah perpaduan yang ditunjukkan boleh disifatkan melebihi perpaduan ketika menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Peristiwa ini adalah peristiwa “Natrah” di mana Mahkamah Inggeris di Singapura mengeluarkan keputusan yang menyinggung perasaan umat Islam. Atas dasar menyelamatkan akidah hanya seorang anak gadis yang bernama Natrah, perpaduan yang ditunjukkan umat Islam pada ketika itu sangat luar biasa. Berikut adalah beberapa rentetan dari peristiwa “Natrah” yang menarik dan menyentuh perasaan :-

– Jawatankuasa Tindakan Natrah (JTKN) ditubuhkan dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin Islam dari parti politik haluan kanan dan haluan kiri seperti UMNO, PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Hizbul Muslimin serta golongan profesional. Di samping itu, hampir semua pertubuhan Islam turut menyertai jawatankuasa ini.

– Antara pemimpin yang menganggotai JTKN ialah Sardon Jubir (pemimpin UMNO), Dr Burhanuddin Helmi (YDP PKMM), Karim Ghani (editor akhbar), Taha Kalu (bekas pegawai polis) dan ramai lagi.

-Berlakunya rusuhan besar terhadap Inggeris pada 11 Disember 1950 yang disertai oleh ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKMM, ahli-ahli Hizbul Muslimin, pertubuhan Islam, golongan India Muslim dan perantau dari Indonesia. Segelintir orang-orang bukan Islam dari kaum Cina dan India turut terlibat bagi menyatakan kebencian kepada penjajah.

– Rusuhan ini dianggap sebagai rusuhan membela agama dan membelasah penjajah paling berani dalam sejarah zaman moden sehinggakan ia menjadi perdebatan utama parlimen di England.

– Orang-orang Melayu datang dari seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu ke Singapura bagi menyertai perjuangan ini. Malah ada yang datang dengan berbasikal sejauh Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Sehinggakan ada yang sanggup bergolok bergadai.

– Perantau-perantau dari Indonesia dan orang-orang Melayu di Geylang menjadikan Geylang sebagai kawasan “bebas orang putih”. Orang-orang putih yang masuk ke Geylang pada ketika itu akan ‘dikerjakan’.

– Anggota polis yang berbangsa Melayu turut memboikot arahan pegawai Inggeris kerana berkongsikan sentimen yang sama dengan umat Islam yang lain. Mereka tidak menangkap perusuh-perusuh dan membiarkan para perusuh. Ini menyebabkan Inggeris terpaksa menggunakan khidmat polis gurkha.

– Seorang pegawai polis Melayu yang bernama Bujang bin Tunggal ditangkap dan dituduh bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja gagal menangkap perusuh.

– Seorang pemilik restoran India Muslim iaitu Restoran Jubilee yang bernama Othman Ghany dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memberikan makanan dan minuman secara percuma kepada para perusuh.

– Ulama-ulama Melayu yang tinggal di Mekah turut menyatakan sokongan dengan menghantar surat bantahan kepada Menteri Jajajan Inggeris di London. Isi kandungan terakhir surat itu dicatat “Adalah menjadi kewajipan semua umat Islam melawan tindakan kejam ini sekalipun dengan jiwa dan harta mereka”.

– Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan. Sejurus selepas itu, beliau memulakan usaha mengutip derma untuk membantu mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Inggeris.

(Sumber : Natrah (cinta, rusuhan dan air mata) karya Fatini Yaacob)

Kesimpulannya, pemerintah mesti sangat peka terhadap sensitiviti orang-orang Melayu. Isu-isu agama adalah perkara yang paling sensitif bagi majoriti orang-orang Melayu. Mana-mana pemimpin yang dilihat tidak mampu membawa naratif ini akan menerima padahnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.