Dalam kegembiraan dan lawak jenaka yang ditunjukkan melalui filem-filemnya. Jauh disudut hati beliau tersimpan perasaan duka. Itulah P.Ramlee yang tidak suka berkongsi kisah duka dan masalah yang dihadapinya dengan semua orang.

Menurut Nasir anak kandungnya, bapanya itu sering berduka, perasaannya tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun, kadang kala dia duduk termenung dan saya dapat melihat kedua kelopak matanya bergenang dengan air mata seolah-olah ada sesuatu yang terpendam di hatinya.

Pada satu malam ketika mama (Saloma) tidak ada di rumah yang pada ketika itu memenuhi undangan nyanyian, Nasir pernah bertanya kepada bapanya yang dipanggil daddy itu, “Tidakkah daddy berasa sunyi bila mama tidak ada?” P.Ramlee menjawab, “Terlalu sunyi.” Nasir dapat rasakan kesunyian yang bapanya alami itu.

Nasir pergi duduk disebelah bapanya lalu bertanya, “Daddy kalaulah nanti daddy sudah tidak ada lagi di dunia ini, kemana Nasir nak pergi?” P.Ramlee hanya tunduk dan mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun soalan dari Nasir. Kemudian beliau merenung muka Nasir dengan wajahnya yang sedih.

Kemudian Nasir bertanya lagi, “Kenapalah Nasir tidak ada adik-beradik kandung yang lain kalau ada kan bagus.” P.Ramlee masih berdiam dan kali ini air matanya jatuh berlinang. Kemudian Nasir terus memeluk daddynya itu.

Selepas itu baru P.Ramlee bersuara, “Nasir jangan bimbang, Daddy akan hidup seribu tahun lagi.” Nasir terus menjawab cakap bapanya itu, “Mana ada orang hidup sampai seribu tahun daddy?” P.Ramlee memendekkan perbualan itu dengan berkata, “Sudahlah, Nasir pergi salin pakaian mari kita pergi makan mee goreng.

Apabila Nasir meningkat dewasa hubungannya dengan P.Ramlee sedikit renggang. Ini kerana Nasir tidak lagi tinggal bersama P.Ramlee tetapi menyewa rumah di tempat lain. Selepas tamat persekolahan Nasir pernah berkerja sebagai pemuzik di salah sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Pada suatu hari ketika Nasir pulang ke rumah bapanya di jalan Dedap, Setapak, dia terlihat P.Ramlee sedang sibuk membuat lagu sambil bermain piano di ruang tamu rumah. Nasir tidak menegur bapanya hanya memerhatikan sahaja gelagat bapanya yang sedang tekun mencipta lagu sambil duduk si atas kerusi.

Walaupun ketika itu P.Ramlee sedang tekun mengadap kerjanya, sesekali matanya melirik memandang ke arah anak tunggalnya itu. Nasir yang perasan akan perbuatan bapanya itu lalu terus bersuara bagi memulakan percakapan, “kenapa lu suka buat lagu bertemakan cinta, nama perempuan, nama bunga? Gua tak minatlah.”

Lu dan Gua adalah ganti nama P.Ramlee dengan Nasir apabila berbual. Apabila P.Ramlee mendengar kata-kata dari anaknya itu terus beliau naik berang dan berhenti bermain piano. Dengan nada suara yang tinggi P.Ramlee menjawab, “kalau Lu nak tahu ada tiga sebab. Pertama Gua punya sukalah, kedua lu adalah anak yang tak guna kerana tidak menghargai ciptaan bapa sendiri. Yang ketiga, kalau gua mati nanti barulah lu tahu betapa klasiknya lagu-lagu ciptaan gua. Apa punya anak, berjuta orang suka lagu aku, dia sendiri pula mencerca kita.”

Selepas mendengar kata-kata dari P.Ramlee itu Nasir terus keluar meninggalkan rumah tanpa bercakap dengan bapanya itu. Ternyata setelah P.Ramlee meninggal dunia Nasir cuba menyusun semula lagu-lagu ciptaan bapanya itu, ternyata barulah beliau sedar betapa uniknya lagu-lagu ciptaan bapanya itu. Salah satu keunikan lagu-lagu ciptaan P.Ramlee ialah mampu bertahan sehingga ke hari ini.

RUJUKAN:

Bapaku P.Ramlee – Nasir P.Ramlee

Sembang Santai Bersama Nasir P.Ramlee di Istana Budaya pada tahun 2005


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.