Nasib Tebusan Yang Menyedihkan Akibat Gas Beracun

887

Pernahkah anda mendengar sejenis ubat bernama Fentanyl? Fentanyl adalah sejenis ubat yang berada di dalam kumpulan opioid, iaitu yang sering digunakan untuk merawat pesakit yang sedang mengalami kesakitan yang mana mengikut skala kesakitan Stanford, ubat ini digunakan untuk kesakitan yang berskala 8-10. Opioid adalah sejenis kelas ubat yang mengandungi ubat-ubatan yang sering kita dengar seperti Morfin, Codein, Oxycodone dan semestinya Fentanyl.

Ubat ini dihasilkan daripada pokok poppy di mana biji benihnya sering digunakan untuk penghasilan opioid. Ubat-ubatan ini seringkali menjadi dadah yang sering disalahgunakan kerana kesannya yang bukan sahaja menghilangkan kesakitan, bahkan memberikan seseorang yang mengambilnya untuk merasai tenang atau ‘high’, euphoria (rasa keseronokkan), halusinasi dan boleh menghilangkan kesedaran. Di penulisan ini, saya akan tumpukan kepada kesan ubat ini yang mana secara spesifiknya mengenai ubat bernama Fentanyl ini yang mana dikatakan telah digunakan dalam satu konflik antarabangsa yang berlaku pada 2002.

Fentanyl, iaitu sejenis ubat dari kumpulan opioid yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan amat berbahaya kerana kepekatannya boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan berhenti bernafas. Ubat ini mempunyai potency yang teramat tinggi, yang bermaksud, penggunaan dos yang kecil boleh menyebabkan kesan yang amat besar. Jika dilihat di dalam jadual di atas, dos morfin yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang sakit teruk adalah sebanyak 5 miligram, yang mana untuk mencapai keupayaan yang sama bagi fentanyl, jumlah ubat yang digunakan hanyalah 0.05 mg sahaja.

Daripada sini kita boleh lihat betapa tingginya keupayaan fentanyl ini dalam dos yang diberikan untuk mencapai kesan yang sama dengan ubat dalam kumpulan opioid yang sama, bermaksud, kesan ubat fentanyl ini amat berbahaya, yang mana dos yang kecil sahaja boleh membunuh seseorang

Pada dos yang tinggi, Fentanyl akan menyebabkan seseorang itu pengsan, dan berhenti bernafas. Hal ini merupakan satu sebab mengapa para doktor di hospital jarang-jarang kali memberi ubat ini kepada pesakitnya, kerana risiko ini. Juga, merujuk kepada graf di atas, anda akan dapati semakin tinggi dos Fentanyl yang digunakan, semakin rendah kadar pernafasan seseorang itu jika anda lihat berdasarkan graf di atas.

Kegagalan untuk bernafas sebanyak 16 – 18 kali seminit akan menyebabkan seseorang itu menghadapi hypoxia, yang akan menyebabkan kematian. Justeru, jika anda berada di hospital dan diberikan ubat ini, para doktor dan staf kesihatan akan terus menerus memantau anda kerana risiko yang muncul ini.

Dalam satu kejadian pada tahun 2002 yang berlaku di sebuah bandar di Russia, terdapat berpuluh orang pengganas daripada Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev menggempur masuk sebuah teater yang sarat dengan penonton. Teater tersebut bernama House of Culture of State Ball-Bearing (Dubrovka Theater) yang terletak di bandar Moscow. Sebanyak 900 orang penonton terkurung dalam teater ini, rata-ratanya merupakan orang Russia sendiri dijadikan tebusan.

Movsar Barayev menyatakan tuntutannya untuk kerajaan Russia menarik balik kesemua askar mereka daripada Chechnya, serta menghentikan operasi rejimen artileri dan tentera udara mereka. Tuntutan tersebut tidak dilayan, memandangkan presiden Russia ketika itu mengamalkan polisi “We Do not Negotiate with Terrorist”.

Dalam usaha untuk menamatkan konflik antarabangsa ini, di mana perbincangan pegawai tertinggi kerajaan sebulat suara untuk menggunakan sejenis gas yang sedang di dalam penyelidikkan tentera Russia sendiri.

Gas ini dikatakan hampir menyerupai dengan komposisi Fentanyl ini. Untuk Fentanyl sendiri, ubat ini seringkali digunakan di dalam dewan bedah untuk menidurkan pesakit, yang mana disebabkan ramai pesakit yang maut kerana potency ubat ini teramat sukar dikawal, yang mana kebanyakkan pesakit maut kesan daripada terlebih dos.

Akan tetapi, di dalam isu ini, pihak mereka bersetuju kerana keadaan yang amat memaksa memandangkan daripada 40 orang pengganas di dalam teater tersebut, terdapat 10 orang wanita yang memakai jaket yang sarat dengan bahan letupan, iaitu pengebom berani mati disamping sebuah bom yang amat besar dipasang di tengah-tengah teater tersebut.

Mereka mengatakan bahawa gas yang digunakan bukanlah 100% Fentanyl, sebaliknya terdapat beberapa campuran-campuran bahan kimia yang lain (masih lagi bersifat confidential) untuk meningkatkan lagi kesan ubat Fentanyl ini. Seperti yang tertulis di atas, ubat ini amat bahaya untuk digunakan kerana seseorang doktor pakar sekalipun menghadapi kesulitan untuk mengawal dosnya yang teramat kuat, inikan pula penggunaan gas ini dikatakan akan disalurkan melalui ruang udara (ventilation) teater tersebut.

Tambahan pula, untuk tebusan yang berada di dalam teater tersebut, mereka terdiri daripada orang yang berbagai berat badan, umur, jantina dan lain-lain. Kerajaan Russia mengatakan bahawa mereka mempunyai antidote untuk ubat ini, dan keputusan mereka untuk menggunakan ubat ini adalah relevan, memandangkan mereka tidak mempunyai cara lain untuk menyelesaikan koflik ini tanpa melibatkan kehilangan nyawa yang banyak.

Pada hari keempat kejadian ini berlaku, askar khas Russia, bersama pasukan polis khas (FSB) mulai mengatur satu strategi untuk melepaskan gas ini, dengan tujuan untuk memengsankan kesemua pengganas dan tebusan yang terperangkap di dalam teater tersebut. Pada jam 5 pagi, pasukan khas Russia (Spetznas) daripada divisyen  Russian Federalnaya Sluzhba Bezopasnosti (FSB) mula memanjat ke atas bangunan, dan menyalurkan gas tersebut di dalam saluran udara.

Kesannya, kebanyakkan pengganas dan tebusan yang terhidu gas tersebut akan pengsan serta merta. Dan selepas 30 minit menunggu untuk kesan ubat tersebut bertindak, pasukan Spetznas Alpha dan Vega mulai meletupkan pintu utama teater tersebut.

Beberapa orang pengganas yang memakai topeng gas mulai menembak semula ke arah mereka, namun, mereka tidak mampu untuk berlawan dengan pasukan-pasukan elit yang sememangnya mempunyai latihan khusus untuk situasi sebegini. Ketua pengganas tersebut, Movsar Barayev ditembak mati dalam pertempuran ini, dan mana-mana pengganas wanita yang tertidur dan pengsan di dalam teater tersebut ditembak kepalanya bagi mengelakkan sebarang perbuatan untuk meletupkan diri mereka.

Walaupun seramai 40 orang pengganas terbunuh dalam operasi yang diklasifikasikan sebagai satu kejayaan mengikut pasukan khas Russia, namun, yang menjadi mangsa serangan gas tersebut kebanyakkannya adalah tebusan. Setelah serangan tersebut berakhir, serama 646 orang tebusan dimasukkan ke hospital, yang mana 150 orang terpaksa dikejarkan ke Intensive Care Unit (ICU). 130 orang tebusan disahkan mati serta-merta akibat tersedut gas tesebut, yang mana seramai 25 orang daripadanya adalah kanak-kanak berumur 13 – 18 tahun.

Angka sebenar kematian tebusan meningkat kepada 300 orang setelah menghampiri hujung tahun 2002, yang mana lebih kurang 170 orang mati, setelah pelbagai rawatan yang diberikan tidak menunjukkan tanda-tanda kesembuhan mereka.

Para doktor yang merawat mangsa-mangsa ini berasa begitu kecewa kerana pihak tentera Russia tidak mahu berkongsi mengenai kandungan gas tersebut atas alasan informasi tersebut adalah classified, walaupun setelah diterangkan berkali-kali oleh pasukan perawat bahawa mereka perlu mengetahui kandungan gas tersebut supaya mereka boleh merawat pesakit-pesakit tersebut. Bukan itu sahaja, antidote yang diberikan kepada mangsa-mangsa tersebut tidak berkesan, dan hujungnya, kematian para tebusan (300 orang) adalah 7.5 kali lebih tinggi daripada kematian para pengganas (40 orang).

Daripada sini kita boleh lihat sememangnya, pihak Russia amat menjaga dan memandang sesuatu yang sulit itu dengan begitu serius, dan adakalanya, walaupun rahsia tersebut melibatkan nyawa rakyatnya, mereka tidak akan membocorkan apa-apa informasi kepada orang lain.

Hal ini juga terbukti dalam kes kapal selam mereka yang meletup akibat kemalangan, mereka mendiamkan diri sahaja dan usaha mencari dan menyelamat menjadi tergendala kerana pihak mereka tidak ingin meminta pertolongan kepada negara-negara luar, yang mana, dalam kes kapal selam ini, sekiranya mereka meminta pertolongan negara lain yang mempunyai kepakaran dan teknologi yang lebih tinggi, mereka mungkin dapat menyelamatkan nyawa askar-askar mereka, dan dalam kes teater ini, nyawa rakyat mereka sendiri.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.