Tidak lama selepas Amerika Utara menerima kehadiran orang-orang Eropah, suku-suku asli Amerika dari timur mula berpindah ke barat menuju ke Tasik Besar. Perpindahan ini mendorong kebanyakan suku asli di barat seperti suku Kickapoo untuk bermigrasi jauh ke barat dan selatan pada pertengahan kurun ke-17.

Sebahagian warga Kickapoo pada akhirnya menetap jauh di selatan Mexico dan hari ini, keturunan mereka masih boleh dijumpai di sana.

Suku Kickapoo yang merupakan penutur bahasa Algonquian sememangnya berasal-usul dari Michigan selatan dan Ohio utara. Mereka kebiasaannya menjalani kehidupan dengan menanam kekacang, labu, dan jagung di samping giat berburu dan mengumpul hasil hutan.

Namun, apabila suku-suku asli yang menetap di sekitar Tasik Besar diusir, mereka terpaksa mengamalkan gaya hidup yang baru. Suku Kickapoo dan suku Sioux yang hidup di bahagian barat Tasik Besar dan Minnesota masing-masing mula memburu kerbau semasa mula berpindah ke Dataran Besar.

Ladang milik suku asli Amerika yang dipenuhi labu, kekacang, dan jagung

“MANUSIA YANG BERKELANA DI BUMI”

Bahasa Kickapoo mempunyai banyak kemiripan dengan bahasa Shawnee. Kedua-dua suku ini mendakwa bahawa mereka dahulunya wujud sebagai sebuah bangsa yang sama, namun pada waktu bila mereka berpisah tidak dapat diketahui. Menukil rencana yang disiarkan oleh Muzium Awam Milwaukee:

“Kickapoo yang membawa maksud ‘manusia yang berjalan di atas muka bumi’ atau ‘manusia yang berpetualangan ke sana dan ke mari’ dikelompokkan bersama suku-suku lain dalam rumpun bahasa Algonquian dan A.M. Gibson menyebut tanah pertiwi mereka sebagai ‘tanah air Algonquian’.

Kawasan yang dimaksudkan itu bersempadan dengan Tasik Besar di bahagian utara dan timur, dan dengan Sungai Ohio di bahaian selatan. Suku-suku yang menetap di sini berkongsi banyak ciri kebudayaan yang serupa – antaranya dalam gaya hidup yang bercorak separa-sedentari, kaedah menghimpunkan pasukan p3r4ng, dan layanan mesra terhadap orang yang datang berziarah.

Ke-chim-qua si warga Kickapoo

P3RANG MEMERANG

Suku Kickapoo terlibat dalam P3r4ng Memerang tahun 1640an. Pep3r4ngan tersebut turut disertai oleh suku-suku asli Amerika dan Perancis yang terlibat dalam aktiviti perdagangan kulit dan bulu haiwan. P

ada masa itu, kulit memerang merupakan barang berharga buat masyarakat Eropah. Serangan suku Iroquois pada 1650an kemudian memaksa suku Kickapoo berpindah ke Tasik Michigan selatan, Wisconsin selatan, dan Sungai Mississippi.

Rencana yang disiarkan oleh muzium menyatakan bahawa “Kickapoo mengekalkan hubungan tawar dengan Perancis”. Ia juga menyebutkan betapa hubungan tersebut berkisar seputar pembentukan persekutuan di antara suku-suku asli untuk menyekat kemaraan Perancis, kemasukan barang dagangan Perancis ke kawasan setempat, dan aktiviti-aktiviti pendatang Eropah di tanah baru itu.

Pedagang kulit dan bulu haiwan di Kanada yang sedang berurusan dengan orang asli Amerika (1777)

SUKU KICKAPOO BERPINDAH

Sama seperti takdir yang menimpa suku-suku asli lain, suku Kickapoo terpaksa menjalani corak kehidupan baru dengan memakan daging kerbau di Dataran Besar. Tidak berapa lama kemudian, mereka berpindah sekali lagi, dari Michigan dan Ohio menuju ke Illinois, Wisconsin, Missouri, Kansas, Oklahoma, dan Mexico.

Populasi mereka pada masa dahulu agar sukar dianggarkan. Namun pada hari ini, populasi Kickapoo mencecah kira-kira 3000 orang. Menurut rekod sejarah, tidak lama selepas kehadiran orang Eropah, warga Kickapoo berjumlah sekitar 4000 orang.

Menjelang tahun 1660, hampir kesemua suku penutur bahasa Algonquian bercampur antara satu sama lain di Wisconsin. Kehadiran Perancis kemudian membuatkan populasi Kickapoo menurun sehingga 2000 orang pada tahun 1684 sebelum kembali meningkat kepada 3000 orang menjelang tahun 1759.

Pengemuka wanita Kickapoo, sekitar 1900

SEJARAH YANG KOMPLEKS

Sejarah suku-suku asli di rantau ini agak kompleks dengan melibatkan pep3r4ngan, perpindahan, dan perdagangan dengan Perancis. Semenjak berada di Dataran Besar, suku Kickapoo perlu menyesuaikan diri dengan corak kehidupan baru yang berbeza sama sekali dengan suasana di kampung halaman mereka di timur.

Walaupun suku Shawree yang dianggap sebagai saudara jauh suku Kickapoo menetap di sebelah barat sejak sekian lama, kedua-dua suku ini masih berkongsi kebudayaan yang sama. Mereka menetap di sebuah kampung dan mempunyai rumah panjang untuk berteduh semasa musim panas

. Selepas mengharungi musim luruh dengan menuai hasil tanaman, mereka giat berburu kerbau dan semasa musim sejuk pula, mereka berbvru secara berkumpulan. Walaupun suku Kickapoo lebih mengutamakan keluarga sebelah bapa, kaum wanita mereka turut memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka.

A’h-tee-wat-o-mee, wanita dari suku Kickapoo

KICKAPOO MEMELIHARA TRADISI

Suku Kickapoo berkeras untuk tidak berasimilasi dengan budaya dan gaya hidup Barat. Berkali-kali juga mereka cuba dihasut untuk memeluk agama Kristian dan menerapkan dasar ekonomi Barat, namun cubaan tersebut sentiasa berakhir dengan kegagalan.

Sehingga kini, suku Kickapoo berbangga dengan budaya tradisi dan seperti kebanyakan suku asli yang lain, mereka berusaha seupaya mungkin untuk memelihara dan menghidupkan kembali tradisi nenek-moyang yang diamalkan sejak sekian lama.

Kepercayaan yang dianuti mereka masih kekal sama sepertimana dahulu, kecuali dalam kalangan suku Kickapoo-Kansas. Sebahagian masyarakat Kickapoo mengamalkan Agama Gendang atau Tarian Mimpi yang menekankan keluhuran budi dan menurut sejarah, ia diperkenalkan oleh seorang wanita asli pada 1870an. Sebahagian yang lain pula menganuti kepercayaan animisme.

Menukil tulisan EveryCulture.com:

“Secara tradisi, kepercayaan Kickapoo membentuk bahagian penting dalam segenap aspek kehidupan mereka. Kepercayaan mereka bersifat animisme dan melibatkan kepercayaan terhadap roh pembawa khabar berita.

Dewa tertinggi mereka bernama Kisiihiat yang kononnya bertanggungjawab menciptakan dunia dan menetap di langit. Kisiihiat dibantu oleh sebuah pantheon dewa-dewa yang disebut sebagai Manitou atau manitooaki (jamak). Dewa-dewa ini mewakili unsur bumi, objek alam, dan fenomena semulajadi. Ada pula yang kononnya bertugas sebagai pembawa khabar berita buat manusia.”

Pakaian kebudayaan kanak-kanak Kickapoo

Suku Kickapoo juga mempunyai legenda tentang seorang perwira yang bernama Wisaaka si putera Kisiihiat. Menurut legenda itu, Wisaaka bertanggungjawab mengajarkan suku Kickapoo cara membina rumah dan beliau memainkan peranan besar dalam kepercayaan mereka.

Memetik EveryCulture.com:

“Agama ini dipelihara dan diamalkan dengan patuh oleh suku Kickapoo di Mexico, sambil Kickapoo Kansas pula banyak dipengaruhi oleh Kristian. Suku Kickapoo di Oklahoma pula walaupun masih mengamalkan agama tradisi, namun ia tetap meresapi pengaruh daripada Protestan dan gereja suku asli Amerika.”

Pada hari ini, suku Kickapoo menetap di Kansas, Oklahoma, dan Texas sambil sebahagiannya ada juga menetap di Mexico.

TERJEMAHAN:

Mark Miller. (12 September 2018). Kickapoo Nation Was Scattered and Driven South from Michigan to Mexico. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/kickapoo-nation-0010685


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.