Persaingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah menjadi pemisah dalam industri aeroangkasa. Amerika Syarikat terkenal dengan program Space Shuttle yang berulang-alik membawa angkasawan.

Manakala Kesatuan Soviet menggunakan teknologi kapsul dikenali sebagai Soyuz. Kedua-dua program ini berjaya dengan cara tersendiri.

Space Shuttle melengkapkan 135 misi antara 1981 hingga 2011 – hanya dua misi sahaja yang berakhir dengan duka iaitu STS-51-L Challenger dan STS-107 Columbia.

Space Shuttle.

Setelah 30 tahun menyumbang bakti kepada sektor aeroangkasa, Amerika Syarikat akhirnya menghentikan program Space Shuttle pada tahun 2004.

Ketika ini Per.ang Dingin sudah lama tamat. Kesatuan Soviet pun telah dibubarkan.

Amerika Syarikat dan Persekutuan Rusia banyak bekerjasama dalam aeroangkasa. Tanpa Space Shuttle, Amerika Syarikat boleh menumpang Soyuz untuk membuat kerja di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Soyuz.

Tetapi NASA tidak suka menumpang, mungkin kerana mereka tahu hubungan dua negara ini tidak bertahan lama.

Jadi NASA berpakat dengan Lockheed Martin dan Airbus Defense and Space untuk membangunkan kapsul angkasa sendiri. Namun sehingga hari ini, Orion Multi-Purpose Crew Vehicle masih belum siap.

Beberapa tahun sebelum Space Shuttle bersara, ada satu syarikat swasta sedang gigih berusaha untuk membangunkan teknologi aeroangkasa sendiri.

Memperkenalkan Space Exploration Technologies Corp, sebuah perusahaan dijalankan Elon Musk sejak 2002.

Dalam masa tujuh tahun, SpaceX melancarkan Falcon 1 ke angkasa. Sistem Falcon 1 digunakan Malaysia untuk melancarkan satelit RazakSAT pada tahun 2009.

Falcon 1

Dan SpaceX tidak berhenti dengan satu kejayaan. Mereka mahu menjadi syarikat paling utama dalam sektor ini. Selepas Falcon 1, SpaceX melancarkan Dragon dan Falcon 9 pula.

Ada prototaip yang terhem.pas dan meletµp semasa pelancaran. Kemal.angan ini diambil sebagai iktibar untuk menjayakan misi keseluruhan.

Teknologi Crew Dragon

SpaceX mempunyai matlamat jangka panjang yang baik. Zaman sekarang, manusia masih belum perlu berada di luar angkasa terlalu lama.

Habis kuat pun pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan muatan kargo seperti biasa.

Mungkin satu hari nanti, manusia akan mendarat sana sini. Dan pada masa itu, manusia perlu mengangkut muatan yang sangat berat. Jadi SpaceX menyediakan teknologi untuk memenuhi tujuan tersebut.

Dragon 2 ialah nama kapal angkasa yang mempunyai dua jenis: Crew Dragon dan Cargo Dragon.

Projek Crew Dragon bermula sejak 2011 lagi, apabila SpaceX berganding bahu dengan Paragon Space Development Corporation.

Sementara SpaceX membina sistem, pihak Paragon SDC membuat sistem “Life-Support” untuk angkasawan.

Setahun kemudian, SpaceX berbincang dengan Orbital Outfitters pula untuk membuat baju angkasa sendiri.

Selepas menghitung kos operasi, SpaceX mengira margin keuntungan pula. Dan pihak mereka berpuas hati dengan harga AS$23 juta seorang angkasawan. Mungkin nampak mahal… tetapi sebenarnya, harga ini jauh lebih rendah kalau banding dengan bayaran NASA kepada Roscosmos untuk Soyuz.

Jadi NASA pun berpusu-pusu menempah perkhidmatan SpaceX. Kapal Crew Dragon kecil dan bersesuaian dengan roket Falcon 9 yang akan melancar dari Bumi.

Kapal Crew Dragon kecil sahaja, dipasang pada roket Falcon 9 untuk tujuan pelancaran. Dragon 2 mempunyai peranti digital canggih, mampu berhubung (docking) dengan ISS secara automatik.

Sambil bekerjasama dengan NASA, SpaceX sedang menguji keupayaan Cargo Dragon untuk tujuan mengangkut muatan berat tanpa penumpang yang banyak.

NASA Meminang SpaceX

Pada 23 April 2021, sebuah kapal angkasa SpaceX Crew Dragon berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Crew Dragon ini mengangkut empat angkasawan daripada NASA, ESA dan Jepun.

Misi mereka di luar Bumi dijangka selama enam bulan.

Ini bukan kali pertama NASA menggunakan teknologi SpaceX. Kapal yang sama sebelum ini membawa Douglas Hurley dan Robert Behnken ke ISS. Untuk misi Hurley dan Behnken, SpaceX sebenarnya menggunakan semula roket Falcon 9.

Inilah keistimewaan SpaceX, yang berusaha untuk mengurangkan kos penerbangan angkasawa dengan mengguna semula barangan sedia ada. Kaedah ini terbukti berkesan dan selamat; roket yang sama berlepas berpuluh kali untuk menghantar kargo dan satelit.

Kejayaan SpaceX ialah bukti kukuh bahawa sektor swasta lebih berinovasi dalam arus teknologi. SpaceX sebelum ini telah menerima dana AS$2.6 bilion daripada NASA untuk Crew Dragon. Ternyata dana ini tidak disia-siakan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.