Naratif Berbeza Kes Arwah Adib

2865
views

Tidak dapat dipastikan kenapa seolah-olah wujudnya 2 naratif berbeza mengenai perkembangan inkues kes arwah Adib pada hari ini di antara media B.Melayu dan media B.Inggeris.

Di media-media B.I, telah diceritakan bahawa saksi telah menyaksikan arwah Adib diselamatkan dan ditolong oleh perserta rusuhan yang mana memberikan gambaran seolah arwah Adib diselamatkan daripada sebuah ‘aftermath’ yang telah berlaku sebelum itu.

‘Aftermath’ yang mana dalam kes ini merujuk kepada ‘kemalangan’ melibatkan jentera bomba mengundur yang mungkin telah menimpa Adib. Boleh rujuk sendiri di ruangan komen dipost-post tersebut.

Manakala di media-media B.M pula, diceritakan bahawa saksi mendapat maklumat daripada peserta rusuhan bahawa arwah Adib telah dipukul (dibantai) yang mana memberikan gambaran seolah arwah Adib sememangnya telah di’bantai’ oleh peserta rusuhan sebelum diselamatkan oleh sebahagiannya yang lain dan dihantar ke SJMC.

Sangat ketara perbezaannya jika diperhatikan di media B.I di mana ianya tidak menyebut langsung mengenai gambaran daripada saksi bahawa dia telah dimaklumkan oleh peserta rusuhan bahawa arwah Adib sememangnya telah dipukul/dibantai pada malam 27 November yang lalu.

Kes yang sama, saksi yang sama, tetapi naratif yang berbeza.

Persoalannya kenapa?

Sekian.
#justice4adib

Rujukan:


Group helped injured fireman at temple riot scene, inquest told
https://www.malaysiakini.com/news/463824

Adib inquest: I saw some men helping fireman who was in pain, says witness
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/02/13/adib-inquest-i-saw-some-men-helping-fireman-who-was-in-pain-says-witness

Inkues Muhammad Adib: ‘Dia kena bantai’, saksi awam imbas kembali insiden
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-muhammad-adib-dia-kena-bantai-saksi-awam-imbas-kembali-insiden-198411

Inkues Adib: “Dia kena bantailah”
https://www.sinarharian.com.my/article/12682/KHAS/Inkues-Adib/Inkues-Adib-Dia-kena-bantailah