Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara seluas 513 120 kilometer persegi (km2) itu mempunyai penduduk hampir 70 juta orang.

Untuk pengetahuan semua, negara tersebut mempunyai 76 wilayah ataupun “Changwat (จังหวัด)” dan sebuah Kawasan Pentadbiran Istimewa yang bernama “Bangkok”. Setiap wilayah diketuai oleh seorang gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat.

Percaya ataupun tidak, sebahagian daripada nama wilayah yang terdapat di negara itu berasal daripada Bahasa Melayu. Kita sebagai generasi baharu agak sukar untuk mengenalpasti kerana telah dithaikan sejak bertahun dahulu. Persoalannya, di wilayah manakah yang mempunyai nama tersebut?

NARATHIWAT

Wilayah Narathiwat adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Narathiwat” berasal daripada perkataan “Menara”. Kawasan seluas 4475 km2 ini mempunyai penduduk lebih 800 ribu orang.

YALA

Wilayah Yala adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Yala” berasal daripada perkataan “Jala”. Kawasan seluas 4521 km2 ini mempunyai penduduk lebih 500 ribu orang.

PATTANI

Wilayah Pattani adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Pattani” berasal daripada perkataan “Pantai Ini”. Kawasan seluas 1940 km2 ini mempunyai penduduk lebih 700 ribu orang.

SONGKHLA

Wilayah Songkhla adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Songkhla” berasal daripada perkataan “Singgora” yang bermaksud “Kota Singa”. Kawasan seluas 7394 km2 ini mempunyai penduduk lebih 1.4 juta orang.

SATUN

Wilayah Satun adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Satun” berasal daripada perkataan “Setul” iaitu nama sejenis pokok yang bernama saintifik “Sandoricum koetjape”. Kawasan seluas 2479 km2 ini mempunyai penduduk lebih 300 ribu orang.

PHATTHALUNG

Wilayah Phatthalung adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Phatthalung” berasal daripada perkataan “Mardelong”. Kawasan seluas 3424 km2 ini mempunyai penduduk lebih 500 ribu orang.

TRANG

Wilayah Trang adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Trang” berasal daripada perkataan “Terang”. Kawasan seluas 4918 km2 ini mempunyai penduduk lebih 600 ribu orang.

NAKHON SI THAMMARAT

Wilayah Nakhon Si Thammarat adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Nakhon Si Thammarat” berasal daripada perkataan “Nagara Sari Dhammaraja”. Kawasan seluas 9943 km2 ini mempunyai penduduk lebih 1.5 juta orang.

KRABI

Wilayah Krabi adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Krabi” dipercayai berasal daripada perkataan “Kera”. Kawasan seluas 4709 km2 ini mempunyai penduduk lebih 400 ribu orang.

PHUKET

Wilayah Phuket adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Phuket” dipercayai berasal daripada perkataan “Bukit”. Kawasan seluas 543 km2 ini mempunyai penduduk lebih 400 ribu orang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


PHA NGA

Wilayah Phang Nga adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Phang Nga” berasal daripada perkataan “Pangan” yang bermaksud “hutan”. Kawasan seluas 4171 km2 ini mempunyai penduduk lebih 200 ribu orang.

SURAT THANI

Nama asal bagi Surat Thani tempat tersebut adalah “Chaiya”. Nama “Chaiya” berasal daripada perkataan “cahaya”. Kawasan seluas 12 891 km2 ini mempunyai penduduk lebih 1 juta orang.

RANONG

Wilayah Ranong adalah nama tempat yang berasal daripada Bahasa Melayu. Nama “Ranong” berasal daripada perkataan “Randung”. Kawasan seluas 3298 km2 ini mempunyai penduduk hampir 200 ribu orang.

KENAPA BOLEH ADA PERKATAAN MELAYU?

Pada suatu masa dahulu, kawasan berkenaan pernah berada di bawah kekuasaan pemerintah Melayu secara silih berganti. Misalnya; Kerajaan Langkasuka (100-1500), Kerajaan Sriwijaya (650-1377), Kesultanan Kedah (1136-Kini), Kerajaan Reman (1810-1902) dan banyak lagi.

Kemuncak pemerintahan Kesultanan Kedah merangkumi negara moden Malaysia (Utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis), Thailand (Satun, Trang, Krabi, Phuket, Ranong dan Phang Nga) serta Myanmar (Thanintharyi). Malah penutur Bahasa Melayu Kedah boleh ditemui di negara Myanmar.

AKHIR KATA

Kesimpulan, itulah nama wilayah di Thailand yang berasal daripada Bahasa Melayu. Sebahagian nama wilayah merupakan perkataan jati dan manakala sebahagian lagi berasal daripada Bahasa Sanskrit.

RUJUKAN:

Population of Thailand. Dicapai pada 11hb April 2020 dari https://population.un.org/wpp/

The World Factbook. Dicapai pada 11hb April 2020 dari https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/th.html

Thailand. Dicapai pada 11hb April 2020 dari https://web.archive.org/web/20190801080847/http://hdr.undp.org/sites/default/files/thailand_nhdr_2014_O.pdf

Ratu-ratu Pattani. Dicapai 0ada 11hb April 2020 dari https://books.google.com.my/books?id=mrrYCQAAQBAJ&pg=PA171&lpg=PA171&dq=maksud+mardelong&source=bl&ots=lL1dHnrLTF&sig=ACfU3U383z1eSNtSf4t5cAG2L_xVqqyaug&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiMt4-W6N_oAhWazzgGHQbzCusQ6AEwAHoECAoQAQ#v=onepage&q=maksud%20mardelong&f=false

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.