Nama-Nama Planet Dalam Bahasa Korea

427

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sistem Suria adalah sistem planet dalam galaksi Bima Sakti. Sistem Suria terdiri daripada matahari, planet, asteroid, komet, meteor, meteorit, gumpalan awan dan habuk planet.
Bahasa Korea adalah sebuah bahasa Koreanik yang dituturkan oleh enam puluh tiga juta orang di seluruh dunia. Korea Selatan, Korea Utara, China, Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan dan Rusia adalah negara yang mempunyai komuniti bahasa tersebut.

Sebagaimana bahasa lain, Bahasa Korea juga mempunyai nama sendiri dalam Sistem Suria. Persoalannya, apakah nama tersebut? Artikel ini akan menjawab sedikit persoalan kita.

NAMA SISTEM SURIA

Sistem Suria dikenali sebagai “taeyang-gye (태양계)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “sistem matahari”. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “taeyang (太陽)” dan “gye (系)” yang masing-masing bermaksud “matahari” dan “sistem”.

Matahari dikenali sebagai “taeyang (태양)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “cahaya hebat” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “tae (太)” dan “yang (陽)” yang masing-masing bermaksud “hebat” dan “cahaya”.

Utarid dikenali sebagai “sueun (수은)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “air perak” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “sue (水)” dan “un (銀)” yang masing-masing bermaksud “air” dan “perak”.

Zuhrah dikenali sebagai “geum seong (금성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang emas” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “geum (金)” dan “song (星)” yang masing-masing bermaksud “emas” dan “bintang”.

Bumi dikenali sebagai “jigu (지구)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “sfera tanah” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “ji (地)” dan “gu (球)” yang masing-masing bernaksud “tanah” dan “bola”.

Bulan dikenali sebagai “dal (달)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut adalah perkataan jati dalam bahasa tersebut. Perkataan berkenaan adalah sepadan dengan perkataan “doal” dalam Bahasa Jeju. Perkataan “dal” dan “toal” adalah berasal daripada Bahasa Korea Tengah (1000- 1600) iaitu “tol”.

Marikh dikenali sebagai “hwa-seong (화성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang api” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “hwa (火)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “api” dan “bintang”.

Asteroid dikenali sebagai “songhaengseong (소행성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “song (小)”, “haeng (行)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “kecil”, “pergi” dan “bintang”.

Musytari dikenali sebagai “mokseong (목성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang kayu” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “mok (木)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “kayu” dan “bintang”.

Zuhal dikenali sebagai “tosaeong (토성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang bumi” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “to (土)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “bumi” dan “bintang”.

Uranus dikenali sebagai “cheong wang seong (천왕성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “raja bintang jannah” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “cheong (天)”, “wang (王)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “jannah”, “raja” dan “bintang”.

Neptun dikenali sebagai “hae wang seong (해왕성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “raja bintang laut” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “hae (海)”, “wang (王)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “laut”, “raja” dan “bintang”.

Pluto dikenali sebagai “myeong wang seong (명왕성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “raja bintang gelap” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “myeong (冥)”, “wang (王)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “gelap”, “raja” dan “bintang”.

Komet dikenali sebagai “hye seong (혜성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang alir” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “yu (流)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “alir” dan “bintang”.

Meteor dikenali sebagai “yu seong (유성)” dalam Bahasa Korea. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “bintang penyapu” dalam bahasa tersebut. Nama berkenaan berasal daripada Bahasa Cina-Korea iaitu “hye (彗)” dan “seong (星)” yang masing-masing bermaksud “alir” dan “bintang”.

APAKAH ITU CINA-KOREA?

Jika tuan-tuan dan puan-puan perasan akan perkataan dalam Bahasa Korea, kebanyakan perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Cina-Korea. Mesti tuan-tuan dan puan-puan terfikir. Apakah itu Cina-Korea?

Cina-Korea ataupun dalam Bahasa Inggeris, “Sino-Korean” adalah Bahasa Korea yang dipengaruhi oleh Bahasa Cina. Sehingga enam puluh peratus (60%) daripada perbendaharaan kata dalam Bahasa Korea adalah berasal daripada Bahasa Cina.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah nama-nama Sistem Suria dalam Bahasa Korea. Apakah pendapat anda tentang nama tersebut? Apakah yang kami terlupa? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

RUJUKAN

Nota Geografi STPM SMKRP. Dicapai pada 24hb Oktober 2020 dari http://smrpanjang.blogspot.com/…/geografi-1-6r-apakah…

Omniglot: Korean. Dicapai pada 24hb Oktober 2020 dari https://www.omniglot.com/writing/korean.htm

The Solar System. Dicapai pada 24hb Oktober 2020 dari http://letsrokandroll.blogspot.com/…/solar-system.html…

Langfocus: How similar are Japanese and Korean? Dicapai pada 24hb Oktober 2020 dari https://m.youtube.com/watch?v=JB2ZCa2arqA&vl=en

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.