Mereka sudah lama tiada, dan nama mereka sudah ada yang telah luput daripada lipatan sejarah. Kisah-kisah mereka, ada yang dilupakan begitu saja. Tak kurang, pada hari ini, mereka malah dikutuk oleh sebahagian daripada kita, kerana terpengaruh dengan stigma yang ditanam dlam diam, oleh golongan yang sama yang pernah mereka perangi dulu, demi kita yang pada hari ini bebas bergerak dan menjerit ke sana sini. Ada pula yang anak cucu mereka dikutuk, konon atas dosa mereka sebagai balaci penjajah.

Terpulang pada diri masing-masing. Kata orang, sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Hakikatnya, pada hari ini, tak kurang pula yang telah kalah cuba menang dengan cara yang lain pula.

Sejak ditubuhkan, pasukan Polis kita sudah banyak mencatat sejarah. Pelbagai latarbelakang agama dan bangsa, pasukan, malah kedudukan, mereka menumpahkan darah buat pertiwi ini. Samada kita terima atau tidak, terpulang pada hati nurani masing-masing, meski akan ada ramai yang buta perut dek fahaman politaik. Di bawah adalah sebahagian senarai rekod yang telah dikumpulkan. Ianya tidak lengkap. Ada yang kisah dan butirannya belum dapat dijejak. Sekiranya ada tambahan atau pembetulan, saya persilakan anda memberitahu saya..terima kasih. Kepada yang ambil kisah, semoga catatan ini menjadi sebahagian koleksi sejarah kita. Kerana ianya agak panjang, saya bahagikan kepada beberapa bahagian. Ini adalah bahagian pertama..

Tarikh: 29.04.1915
Nama: Sgt Che Wan Bin Sulaiman
Tempat: Pasir Puteh
Ringkasan: Ditikam oleh Tok Janggut aka Haji Hassan bin Panglima Mat Munas, dari Pasir Puteh, Kelantan ketika cuba menahan beliau. Anggota polis pertama yang terkorban semasa menjalankan tugas, dan menyebabkan tercetusnya peperangan antara pasukan British dan rakyat tempatan di Kelantan.

Tarikh: 09.04.1948
Nama: ASP G.C Sanson
Tempat: Kati, Perak
Ringkasan: Terbunuh ketika menjalankan tugas menentang komunis

Tarikh: 15.08.1948
Nama: PC Mohd Taib
Umur: 22
Pasukan: Jungle Squad
Tempat: Pasir Raja, Terengganu
Ringkasan: Bersama-sama anggota platun 20 Jungle Squad, beliau telah diarahkan menjalankan operasi oleh Ketua Polis Kemaman , DW Bidin untuk mengesan ketua komunis yang dikehendaki – Awang Ali, yang merupakan seorang guru di kawasan Pasir Raja. Apabila ketua platun menerima panggilan daripada pihak markas mengatakan ketua komunis itu sudah menyerah diri di balai polis Kuala Lipis , Pahang, platun tersebut telah bergerak ke Jongok Batu untuk memburu saki-baki komunis. Satu serang hendap telah dilancarkan oleh musuh. Mohd Taib yang mengetuai barisan hadapan telah ditembak di bahagian dada menggunakan rifel Lee Enfield Mk.III . satu lagi tembakan yang juga mengenai dadanya telah melubangkan dada itu, sehingga tembus ke belakang dan mengenai rakan Mohd Taib, PC 9267 Mohd Shah, 20. Mohd Shah yang mengendalikan senjata Bren sempat membalut lukanya menggunakan kain sarung sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan meninggal di sana.

Tarikh: 15.12.1948
Nama: G/466 B.F.S Cooper
Tempat: Gemencheh, Tampin
Ringkasan: tugas menentang komuni

Tarikh: 11. 04.1949
Nama: (C) G/815 R.H Fookes
Tempat: Padang Piol, Jerantut, Pahang
Ringkasan: Tugas menentang komunis

Tarikh: 12.04.1949
Nama: ASP (C) G/102 E.A Freeborough
Tempat: Sri Medan, Batu Pahat, Johore
Ringkasan: tugas menentang komunis

Tarikh: 12.07.1949
Nama: Insp. I/530 Kartar Singh
Umur: 29
Pasukan: Jungle Squad
Tempat: Rawang
Ringkasan: Beliau dan skuadnya sedang menjalankan tugas untuk operasi kedua pada hari tersebut. Mereka telah diseranghendap oleh komunis. Ins Kartar Singh dan anggota-anggotanya telah bertarung habis-habisan sehingga kehabisan peluru. Mereka kemudian ditembak bertalu-talu menggunakan senapang Bren dan mayat mereka dicacatkan. Mata Ins. Kartar telah dikorek keluar. Komunis itu kemudian memberitahu keluarga mentuanya yang tinggal di Kluang, Johor, “Harimau sudah mati” sebelum sempat isteri Ins. Kartar sendiri – Balwant Kaur , sempat menyampaikan berita itu.

Berita The Straits Times pada 14 Julai 1949 membawa berita tersebut di mukasurat 5: “Lapan anggota Polis terkorban dalam seranghendap komunis” – “ separuh kekuatan satu Jungle Squad telah terkorban apabila mereka dibunuh oleh musuh yang jumlahnya melebihi mereka 7:1, beberapa batu ke arah utara Rawang. Inspektor Kartar Singh mengetuai skuadnya sedang mendaki sebuah bukit di kawasan barat sebuah estet apabila serangan itu dilancarkan daripada jarak dekat. 8 termasuk Inspektor tersebut, seorang Sarjan dan 6 anggota Polis. 2 lagi anggota Polis turut tercedera”.

Tarikh: 27.07.1949
Nama: ASP (C) G/621 J.A Embery
Tempat: Kemaman, Trengganu
Ringkasan: Tugas menentang komunis

Tarikh: 12.12.1949
Nama: ASP (C) D. Hore
Tempat: Jelebu, Negeri Sembilan
Ringkasan: tugas menentang komunis

Tarikh: 22.01.1950
Nama: Sgt F.R Young, PC 12085 Hanasi Bin Ahmad, PC 1917 Othman Bin Haji Omar
Tempat: Seberang Prai, Penang
Ringkasan: Terbunuh dalam seranghendap oleh komunis yang telah menyebabkan 8 orang pegawai dan anggota terbunuh, manakala 6 anggota Melayu mengalami kecederaan

Tarikh: 23.02.1950
Nama: Sgt 3493 Jamil Bin Mohd Shah, Cpl 7068 Mohd Yassin Bin Haji Abdul Wahab, L/Cpl7168 Jidin Bin Omar, PC 3933 Hamzah Bin Ahmad, PC 5674 Abu Bin Mohd Ali, PC 7493 Mohamad @ Ahmad Bin Jaafar, PC 7862 Abdul Kadir Bin Jusoh
PC 8600 Jaafar Bin Hassan, PC 9136 Hassan Bin Othman, EPC 3475 Mohd Tap Bin Lazim, EPC 3795 Jaafar Bin Arshad, MPC 60 Ibrahim Bin Adam, MPC 68 Awang Bin Ali, MPC 181 Basiron Bin Adam, AP 1912 Mahmood Bin Saat, AP 1925 Ali Bin Akob, AP 2098 Redzuan Bin Alias, AP 2127 Othman Bin Yahya, AP 2130 Samad Bin Yatim
Tempat: Bukit Kepong
Ringkasan: Kejadian bermula pada kira-kira jam 4:15 pagi, sejurus sebelum subuh, apabila 200 komunis diketuai Muhammad Indera, melancarkan serangan gerila ke atas balai Polis Bukit Kepong. Walaupun keadaan tidak menyebelahi mereka, anggota-anggota Polis diketuai Sarjan Jamil enggan menyerah walaupun jenuh dipujuk oleh komunis tersebut. Menjelang penghujung pertempuran tersebut, komunis telah membakar berek dan balai Polis tersebut.

Itupun, mereka hanya mampu berbuat demikian selepas 5 jam mereka melepaskan tembakan pertama. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan sisa kemusnahan dan kematian. 14 anggota Polis, 5 anggota Polis Bantuan dankeluarga mereka terkorban manakala MPC 37, PC 7645, PC 10533 dan EPC 3472 tercedera. Beberapa tahun selepas kejadian tersebut, Mat Indera telah ditangkap oleh detektif Cawangan Khas Batu Pahat dan dihukum gantung di Perak.

Antara yang berlaku bila usaha menjejak kembali sejarah perjuangan dipandang enteng. Lahirlah generasi lupa diri yang enggan menyedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang dikorbankan dengan rakus, sebaliknya sibuk pula dia membela puak-puak pelaku rakus itu

Tarikh: 25.08.1950
Nama: PC 9364 Muhammad Bin Abd Jalil
Tempat: Gua Musang
Ringkasan: Terbunuh apabila pesawat Douglas DC 3 Dakota KN630 daripada British Royal Air Force (RAF) terhempas di hutan tebal daerah Gua Musang semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Kota Bharu, Kelantan. Selain beliau, 12 kru termasuk 3 kru pesawat Dakota itu, 4 air despatchers dan penumpang-penumpang lain turut terkorban. Satu platun pasukan British telah dihantar untuk operasi menyelamat danberjaya menemui pesawat malang itu. Namun, disebabkan oleh ancaman komunis, mereka telah menanam kesemua mangsa di dalam kubur yang tidak sempurna. Pada 3 Oktober 2008, kerajaan British dan Malaysia telah melancarkan project operasi pencarian semula dan mengumpulkan semula kesemua tinggalan.

Tarikh: 18.10.1954
Nama: SC 15906 Mohd Yassin Bin Mahirin, SC 18839 Ahmad Bin Hamzah, SC 38006 Abdul Wahan Bin Tamby, SC 38055 Yasin Bin Ahmad
Tempat: Pontian, Johor
Ringkasan: Komunis telah menyerang dan membakar balai Polis Chuan Seng dekat daerah Pontian. Kesemua anggota tersebut telah terkorban, manakala 7 orang lagi termasuk ketua balai telah mengalami kecederaan parah

Tarikh: 17.06. 1968
Nama: Kpl. 14892 Nizam Bin Mohd Adam, Kpl. 19839 Abdul Ghani Bin Mohd,PC 1479 Abdullah Bin Muhammad, PC 2509 Loh Ah Chu, PC 8365 Jalil Bin Bachik, PC 11401 Ismail Bin Mat Sidi, PC 20239 Abdul Hamid Bin Abu Bakar, PC 23086 Chan Eng Teck, Kpl. 24008 Mustapha Bin Hussein, PC 24827 Mohamad Bin Othman, PC 25200 Hashim Bin Ismail, PC 25700 Abdullah Bin Ismail, PC 30449 Ong Lock Say,PC 30758 Mohd Salleh Bin Abidin, PC 30833 Ismail Bin Amir, PC 40281 Abdul Ghani Bin Daud
Pasukan: Police Field Force (Polis Hutan)/PFF
Tempat: Kroh (kini Pengkalan Hulu), Perak
Ringkasan: Diseranghendap oleh komunis

Tugu peringatan seranghendap Kroh 1968

Tarikh: 16.08.1968
Nama: PC 29987 Abu Bakar Bin Ngah Wahab
Pasukan: PFF
Tempat: Betong, Selatan Thailand
Ringkasan: Beliau telah terlibat dengan satu operasi untuk menyerang sebuah kubu komunis. Beliau terkorban di dalam operasi tersebut

Tarikh: 30.04.1971
Nama: Cpl 1351 Yeap Sean Hua
Tempat: Setapak
Ringkasan: Pada jam sekitar 12.50 tengahari, Yeap telah ditembak dan meninggal serta-merta semasa sedang bertugas untuk cuba menahan seorang remaja Cina yang ganas dan bersenjata di Setapak, Kuala Lumpur. Tembakan yang mengenai Yeap turut didengari oleh PC 30279 Fong Thean Kit yang sudahhabis bertugas dan sedang membeli-belah berdekatan kawasan tersebut. Fong telah mengejar dan berjaya menangkap remaja tersebut. Kedua-duanya telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Tarikh: 12.07.1973
Nama: C/Insp I/1952 Chin Chin Kooi
Pasukan: SB
Tempat:
Ringkasan:Selepas bertugas sebagai seorang pegawai Polis selama 21 tahun, C/Insp. Chin telah ditembak pada hari tersebut, jam 09.00 malam ketika cuba membantu penghuni sebuah rumah yang telah dicerobohi, pada jarak dekat menggunakan 2 pistol. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat menembak balas penyerang tersebut

Tarikh: 26.07.1973
Nama: Sgt 26081 Lee Han Cheong}
Pasukan: PFF
Tempat: Bidor, Perak
Ringkasan: Pada jam 11.00 pagi hari itu, 11 anggota PFF diketuai Sarjan Lee terlibat dengan usaha bersama untuk memindahkan semula penduduk Bidor yang telah berjaya meloloskan diri daripada cengkaman komunis. Sarjan Lee yang sedang membuang air kecil di satu semak berdekatan telah ditembak daripada jarak dekat oleh musuh yang bersembunyi dan mengintip kawasan itu. Beliau mengalami kecederaan parah akibat tembakan di dahi dan meninggal serta merta.

Tarikh: 10.01.1974
Nama: DPC 1443 Othman Bin Ahmad
Pasukan: Jabatan Siasatan Jenayah/CID
Tempat: Chuping, Perlis
Ringkasan: Beliau dan rakan patrolnya telah diserang oleh 6 penjenayah di sebuah kilang gula. Beliau terkorban selepas bergelut dengan salah seorang penjenayah itu dan membunuhnya

Tarikh: 07.06.1974
Nama: IGPG/484 Tan Sri Abd. Rahman Bin Hashim
Pasukan: Bukit Aman
Umur: 49
Tempat: Persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
Ringkasan: Dibunuh daripada jarak dekat oleh pengganas Komunis.

Tan Sri Abd. Rahman Bin Hashim
Sumber: infoje.com
Gambaran kejadian tersebut

Tarikh: 06.04.1975
Nama: ASP G/4741   Mohd Johny Bin Mustapha, PC 1642 Nuing anak Saling
Pasukan: PFF
Tempat: Sungai Setabau , Sibu,Sarawak
Ringkasan: Terup PFF diketuai ASP Mohd Johny telah diseranghendap oleh kumpulan komunis PARAKU di sebuah ladang lada. Walaupun tercedera teruk, beliau tidak membenarkan PC Nuing untuk merawatnya, sebaliknya menyuruh beliau meneruskan serangbalas. Nuing menurut perintah pegawainya dan terus maju. Kedua-duanya terkorban sebelum musuh berundur ke dalam hutan.

Tarikh: 28.08.1975
Nama: EPC 5247 Yeop Bin Omar, EPC 5261 Sharif Bin Yaakob   , EPC Mat Alias Bin Nik Daud, EPC 5272 Wan Marzuki Bin Wan Hussein
Tempat: Pos Tapong, Perak
Ringkasan: Kesemua anggota daripada Balai Polis Gerik itu telah ditugaskan menghantar bekalan kepada terup VAT69 yang sedang beroperasi di Pos Tapong melalui jalan sungai. Bot mereka telah diseranghendap dan kesemuanya dibunuh kejam oleh komunis. Mayat masing-masing telah diperlakukan dengan zalim. Kesemua bekalan dan senjata yang dibawa mereka dirampas. Operasi susulan oleh Pasukan VAT69 telah berjaya merampas semuanya kembali.

Tarikh: 04.09.1975
Nama: ASP G/3427   Mohd Zabri Bin Abdul Hamid
Pasukan: VAT-69
Tempat: Operasi Bamboo 6
Ringkasan:     Selepas mengetua operasi memburu kumpulan komunis yang telah menzalimi jenazah 4 orang SC yang sepatutnya menghantar bekalan kepada Pasukannya, Zabri telah tercedera parah terkena jerangkap samar semasa dalam perjalanan pulang ke Pos Tapong pada 3 September 1975. Kecederaan pada bahagian celah kelengkangnya telah mengakibatkan pendarahan serius yang membawa kepada pemergian beliau kerana tidak dapat dibawa keluar untuk rawatan. Beliau dinakkan pangkat daripada Inspektor kepada AP secara posthumous. Beliau turut dikurniakan pingat keberanian tertinggi negara, SP pada tahun 2014.

Allahyarham ASP Zabri

Tarikh: 1975-06-03
Nama: PC 46955 Mohd Yusof Bin Abd Rahman, PC 49614            Abd Hamid Bin Muhamad
Pasukan: PFF
Ringkasan: Terbunuh dalam insiden pengeboman Kuarters Pasukan Polis Hutan (sebelumnya PFF) oleh komunis di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak ). 10 lagi anggota tercedera

Tarikh: 1975-11-13
Nama: DCP G/4218   Dato’ Khoo Chong Kong, PC 5135 Yeong Peng Chong
Pasukan: Ketua Polis Perak
Tempat: Ipoh, Perak
Ringkasan:Dato’ Khoo, yang ketika itu juga merupakan Ketua Polis Perak, sedang dalam perjalanan pulang ke markas selepas makan tengahari apabila 2 penembak daripada Skuad Bergerak Pertama Parti Komunis Malaya yang bermotorsikal, menembak beliau daripada jarak dekat di persimpangan Fair Park dan Jalan Anderson. Yeong yang menjadi drebar beliau telah membalas tembakan, tapi dia juga telah ditembak di kedua-dua bahagian dada da kepala. Penembaknya sempat melarikan diri, tapi berjaya ditangkap kemudian dan dihukum gantung. Dato’ Khoo dinaikkan pangkat kepada DCP dan dikurniakan gelaran Tan Sri secara posthumous, manakala Yeong pula dikurniakan pangkat Sarjan , juga secara posthumous. 

Nama beliau diabadikan di Ipoh

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply