Dalam semua trend makanan yang datang dan pergi, avocado kelihatannya masih kekal dalam kedudukannya. Ia wujud dari smoothie sehinggalah ke muzium. Buah tersebut menarik perhatian semua orang. Adalah diakui, saya juga terjebak dalam kenikmatan buah ini.
Baru sahaja dapat tahu tentang nama makanan yang dipesan bersama dengan guacamole dan gegulung California itu dinamakan sempena alat kemaluan lelaki. Bentuknya sahaja pun dianggap logik. Persoalannya, siapakah yang memberi nama tersebut?
Hari ini, kita dapat menikmati avocado seharian, 80% daripada pengedaran avocado di Amerika Syarikat menurut laporan USDA 2017 adalah berasal daripada Mexico.
Avocado yang hangat pada masa kini dapat dijejak pada sekitar tahun 500 SM di Mexico dan Amerika Tengah. Ketika itu, kawasan tersebut dipenuhi oleh orang Aztec yang bertutur dalan Bahasa Nahuatl. Setelah menemui buah tersebut, mereka menamakannya sebagai “āhuacatl” yang secara harfiahnya bermaksud “testis”.
Penamaan tersebut mungkin diilham daripada tekstur bentuk dan saiz alat sulit lelaki. Belum lagi cerita tentang cara buah tersebut tergantung di pokonya.
Nama berkenaan berevolusi setelah penjajah Sepanyol tiba dan mula mengadaptasi budaya mesoamerika. Banyak perkataan Aztec dipermudahkan ejaan dan sebutannya seperti “mizquitl” dan “coyotl” masing-masing menjadi “mosquito” dan “coyote”.
Begitu jua dengan “āhuacatl, ia menjadi “aguacate” dalam Bahasa Sepanyol. Jadi kaitan buah tersebut dengan testis telah tiada dengan perubahan nama tersebut.
Percaya ke tidak, ramai beranggapan yang “guacamole” secara harfiahnya bermaksud “sos testis”. Walaupun mengarut, agak logik jugalah dengan bentuk buah yang melengkung. Perkataan “mōlli” dalam Bahasa Nahuatl bermaksud “sos”.
Sebagaimana orang ramai memikirkan tentang “guacamole” dengan makna lucah, ianya kebetulan. Mitos itu disangkal oleh pakar bahasa Mesoamerika yang bernama Dr. Frances Kartunen.
Beliau berkata makna asal telah diubahsuai menjadi makna berbeza. Membandingkan “guacamole” dengan “sos testis” adalah sama sahaja dengan dakwaan “besboll” dengan “bes testis”.
Kita boleh menarik nafas lega yang avocado bakar bukanlah bermaksud “testis bakar” dan mungkin anda akan mengingati sejarah di sebalik perkataan.
Buah yang sedap… Ya. Sejenis buah yang harganya turun dan naik. Jadi sebelum naik mendadak, nikmatilah kelazatannya.
TERJEMAHAN:
‘Avocado’ actually comes from a word meaning ‘testicle’. https://www.businessinsider.com/avocado-history-word-testicle-2018-6?IR=T
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih